13 Tempat Makan Malam Best di Bangsar, Kuala Lumpur | Bangsar adalah sebuah bandar di Kuala Lumpur. Bandar ini muncul sebagai salah satu kawasan yang paling dicari disini kerana popular dengan pemandangan kulinari yang menakjubkan dan kehidupan malam yang meriah.
Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang boleh cuba di Bangsar, Kuala Lumpur ini.
1. MAHBUB RESTAURANT @ BANGSAR – MAKAN MALAM
Kalau korang nak makan malam dengan suasana santai, korang boleh cuba di Mahbub Restaurant ini. Mahbub Restaurant adalah sebuah restoran Indian muslim yang menghidangkan makanan yang padu-padu. Dekat sini, mereka menyediakan banyak hidangan yang korang boleh pilih seperti Nasi Kandar Ayam Madu, Briyani Ayam Madu, Nasi Bukhara Kambing, Ayam Briyani dan banyak lagi. Jadi, selamat mencuba!
Lokasi ini di 15-17, Lorong Ara Kiri 1, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dibuka pada 7 pagi hingga 11:30 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 03-20955382.
BUSINESS PAGE: https://www.restoranmahbub.com/v3/
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/restoranmahbubbangsar/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/restoranmahbubbangsar/
2. OMBAK KITCHEN BANGSAR – MAKAN MALAM
Korang craving Seafood tapi tak tahu yang best? Korang boleh singgah di Ombak Kitchen Bangsar. Memang terbaik. Kalau korang nak tahu, Ombak Kitchen Bangsar adalah restoran terbaik dalam menghidangkan seafood. Dekat sini, korang boleh dapatkan bermacam-macam jenis seafood yang segar. Antaranya Ketam, Udang, Sotong, Ikan dan banyak lagi. Korang pasti akan kesedapan punya lah. Bagi korang yang nak makan bersama keluarga atau rakan-rakan, tempat ini amatlah sesuai untuk korang. Selamat mencuba!
Lokasi Ombak Kitchen ini di 12, Lrg Ara Kiri 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari pada 11 pagi hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 010-2165946.
BUSINESS PAGE: https://www.ombakkitchen.my/
3. NAJ & BELLE BANGSAR – MAKAN MALAM
Cari makanan Western tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, korang boleh singgah di Naj & Belle Bangsar ini. Naj & Belle Bangsar adalah salah satu restoran Western terbaik di daerah ini. Mereka menyediakan berpelbagai aneka hidangan yang lazat dan sesuai untuk korang yang suka berootd. Korang pasti akan suka punya kerana harga, portion, suasan dan perkhidmatan disini sangatlah terbaik. Jadi, tunggu apa lagi. Cubalah rasai disini.
Lokasi restoran ini di Jln Tandok, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari. Isnin hingga Jumaat dibuka pada 11 pagi hingga 10 malam, Sabtu dan Ahad pada 10 pagi hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 011-26651285.
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/najnbelle/
4. KNOWHERE BANGSAR – MAKAN MALAM
Dah buntu nak makan apa? Korang boleh ke Knowhere Bangsar ini. Kalau korang nak tahu, Knowhere Bangsar adalah sebuah kafe hidden gem yang ada di Bangsar. Apa yang menarik disini adalah terdapat banyak menu sehingga korang boleh rambang mata. Antara makanan yang korang boleh cuba ialah Bombastic Chicken Burger with Cheese, Deconstructed Pavlova, Nasi Daun Pisang, Nasi Goreng Ulam Ayam Bakar, Squid Ink Pasta dan banyak lagi. Dah lah makanan sedap, harga disini pun cukup berpatutan. Bagi korang yang suka berootd, tempat ini adalah jawapannya.
Lokasi ini di 50, Jalan Maarof, Bangsar, 59100 Wilayah Perseketuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari. Isnin hingga Khamis dibuka pada 4 petang hingga 1 pagi dan Jumaat hingga Ahad pada 1 tengah hari hingga 1 pagi. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 010-2202358.
BUSINESS PAGE: https://www.knowheretoeat.com/en_MY/
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/knowherebangsar/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/knowherebangsar/
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Lembah Pantai ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Bangsar ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!