13 Tempat Makan Malam Best di Kepong, Kuala Lumpur | Kepong adalah sebuah bandar yang berada di utara Kuala Lumpur. Perkataan Kepong ini bermaksud tertutup atau keliling sebagaimana bandar ini dikelilingi dengan bukit bukau.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang boleh cuba di Kepong, Kuala Lumpur ini.

 

1. RESTORAN IKAN BAKAR SEMPORNA – MAKAN MALAM

Kalau korang ada di Kepong ini, korang wajib singgah di Restoran Ikan Bakar Semporna. Restoran Ikan Bakar Semporna adalah sebuah restoran yang cukup popular disini dengan hidangan Ikan Bakar. Dikatakan Ikan Bakar disini sangatlah segar, juicy, lembut dan sedap dimakan. Aroma Ikan Bakar disini pasti akan buatkan korang terpikat. Bukan setakat sedap, harga yang ditawarkan pun sangatlah berpatutan. Tempat ini amatlah sesuai bagi korang yang ingin makan bersama keluarga. Selamat mencuba!

Lokasi Restoran Ikan Bakar Semporna ini di 10G, Jalan Prima 7, Metro Prima, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dibuka pada 12 tengah hari hingga 12 tengah malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 018-2909833.

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/ikanbakarsem4na/

 

2. SAI FOOD STALL 2.0 – MAKAN MALAM

Korang teringin nak makan masakan India tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, korang boleh ke Sai Food Stall 2.o. Dekat sini, mereka menyediakan pelbagai jenis masakan India yang korang boleh pilih. Sememangnya sedap, murah dan penting halal. Antara menu dipilih ramai ialah Anthe Meenu Adi Poli, Curry dan banyak lagi. Pasti korang akan menjilat jari kesedapan punya. Tak percaya? Cubalah rasai sendiri pengalamannya.

Lokasi kedai makan ini di Lot 6, Jalan Kuang Bulan, Taman Kepong, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari kecuali Ahad pada 7:30 petang hingga 12 tengah malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 010-2005083.

 

3. NAJATH CORNER – MAKAN MALAM

Kalau korang nak makan Western dan juga masakan Mamak, korang boleh singgah di Najath Corner ini. Dekat sini, mereka menyediakan banyak aneka makanan Western dan Mamak yang korang boleh cuba. Antaranya ialah Roti Canai, Maggi Goreng, Chicken Chop, Lamb Chop dan banyak lagi. Korang pasti akan puas hati punya kerana harga yang ditawarkan pun sangatlah berbaloi. Jadi tunggu apa lagi, selamat mencuba!

Lokasi Najath Corner ini di Kepong, 1587, Jalan E 3/5a, Taman Ehsan, 52100, Selangor dan dibuka setiap hari pada 24 jam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 03-66643276.

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah  ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Kepong ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply