13 Penginapan Terbaik Untuk Percutian Di Marang Terengganu | Terengganu sememangnya punyai banyak daerah yang terkemuka dan dikenali dengan keunikan setiap satunya. Marang punyai banyak tempat menarik seperti daerah yang selalunya dikaitkan dengan makanan laut yang segar.
Marang dekat dengan pantai yang mana menjadi tarikan pengunjung untuk mengambil gambar antara pantai – pantai yang popular di Marang. apa yang dicari rang ramai ialah tempat penginapan yang dekat dengan pantai. Tanpa buang masa lagi, jom kita lihat yang mana yang menarik hati anda.
Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.
1. White Sand Beach Resort
White Sand Beach Resort adalah salah satu tempat penginapan yang menawarkan servis membawa tetamu pergi balik lapangan terbang di Terengganu sama ada Lapangan Terbang Sultan Mahmud atau Lapangan Terbang Kerteh. Di sini, tetamu boleh menggunakan kolam renang, taman permainan untuk kanak – kanak serta bilik bermain.
2. Marang Sunrise Guesthouse
Tetamu yang datang berdua boleh tempah chalet single di Marang Sunrise Guesthouse. Buat mereka yang datang dalam 4 ke 5 orang, chalet dengan 3 bilik tidur berkembar boleh ditempah. Yang sesuai untuk tetamu lebih 5 orang pula ialah chalet dengan 3 bilik tidur.
3. D’Lavender Beach Resort Marang
4. Angullia Beach Resort
Angullia Beach Resort sering membuat tetamu terpegun dengan kecantikan persekitarannya yang bertemakan alam semula jadi. Di luar resort, ada taman yang luas dengan pondok dan jambatan mini yang dikelilingi pokok – pokok hijau. Dalam taman yang sama, terdapat perabot untuk tetamu bersosial.
5. Chalet Su
Chalet Su menawarkan 4 jenis bilik, iaitu bilik bajet, bilik deluxe, bilik keluarga dengan pemandangan laut dan bilik superior dengan pemandangan laut. Untuk nikmati pemandangan dan angin laut yang nyaman, pihak chalet telah sediakan perabot di luar chalet untuk digunakan tetamu seiisi keluarga.
6. Marang Village Resort And Spa
Di hotel ini, tetamu boleh nikmati spa dan juga pergi minum kopi di kedai kopi milik Village Resort. Tetamu boleh memilih untuk menempah bilik superior dengan 2 katil queen, deluxe triple dengan 3 katil single atau hanya satu katil dalam sebuah bilik dengan 6 katil. Kesemua bilik punyai 1 bilik air dilengkapi tuala mandi.
7. Chalet Yunie
Di Chalet Yunie yang sangat mesra kanak – kanak, tersedia sebuah kolam renang khas digunakan oleh anak – anak kecil. Selain itu, chalet ini juga mesra kerusi roda, di mana lif disediakan untuk naik ke tingkat atas. Pilihan bilik buat tetamu dibahagikan kepada dua, iaitu bilik berkipas sahaja dan bilik berpendingin hawa.
8. Impiana Marang Chalet
Setiap chalet di Impiana Marang Chalet lengka[ dengan 2 katil double serta satu bilik air. Tetamu dibenarkan membawa haiwan peliharaan di sini, dan barbeku boleh dibuat di tempat yang disediakan. Sampainya tetamu di chalet, mereka akan sedar yang pantai berada betul – betul dibelakang tempat penginapan itu.
9. Aqil Beach Inn (Abh)
Sepanjang berada di sini, tetamu akan dapat melihat Pulau Kapas hanya dari pemandangan di luar tempat penginapan. Tambahan lagi, Aqil Beach Inn punyai kolam renang untuk digunakan tetamu. Mereka yang mahu keluar makan boleh berjalan kaki sahaja untuk nikmati masakan Terengganu.
10. KC Beachfront
KC Beachfront adalah sebuah rumah yang miliki hanya satu tingkat, memudahkan urusan mereka yang susah menaiki tangga dan menjimatkan masa. Antara 3 jenis bilik yang boleh dipilih, satunya ialah bilik keluarga dengan 1 katil queen dan 1 katil single. Bilik queen dan bilik double pula miliki 1 katil queen.
11. Khaleeda Lodging, Homestay & Recreation Centre
Di Khaleeda Lodging, Homestay & Recreation Centre, tetamu boleh merasai pengalaman berkayak, memanah ataupun ‘flying fox’. Penginapannya terbahagi kepada chalet dan bangunan, di mana chalet berjumlah 4 unit setiap satunya miliki 2 katil queen dan 1 bilik air dengan pemanas air.
12. Che Beach House
Terletak hanya beberapa langkah dari Pantai Marang, Che Beach House menawarkan penginapan di Marang dengan akses ke taman, kemudahan barbeku, serta dapur. Penginapan berhadapan pantai ini menawarkan akses ke tempat berdekatan dan tempat letak kenderaan persendirian percuma.
13. Fishing Village Marang
Terletak di Marang di kawasan Terengganu, Fishing Village Marang Terengganu punyai penginapan dengan WiFi percuma dan tempat parking peribadi percuma. Semua unit miliki penyaman udara dan TV skrin rata. Terdapat bilik mandi peribadi yang serba lengkap dengan alat mandian dan selipar.
Bukan main banyak lagi hotel terbaik di Marang ini, bukan? Berpinar mata untuk membuat pilihan. Jangan disangka pilihan yang menarik di Marang ini henti di sini sahaja sebab banyak lagi yang dapat anda temui di Booking.com, bukan sahaja menarik, malahan juga di dalam harga yang sangat berpatutan. Selamat Bercuti!