13 Tempat Makan Malam Best di Alor Gajah, Melaka | Alor Gajah ialah sebuah bandar yang terletak di negeri Melaka. Bandar ini bukanlah sebuah bandar yang asing lagi kerana ia amatlah popular sebagai salah satu tempat percutian antara keluarga atau rakan-rakan disini.
Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang boleh cuba di Alor Gajah, Melaka ini.
1. KADIR’S CAFE – MAKAN MALAM
Inginkan makan malam dengan suasana yang tenang? Korang boleh ke Kadir’s Cafe ini. Kalau korang nak tahu, Kadir Cafe adalah sebuah kafe yang menghidangkan makanan Western yang padu. Rata-rata pelanggan yang pernah kunjung disini memberikan feedback yang positif terhadap hidangan, portion, suasana dan perkhidmatan yang ditawarkan. Korang pasti akan puas hati punya. Antara menu yang korang boleh cuba ialah Chicken Chop, Mac and Cheese, Fish and Chips, Mix Grilled dan banyak lagi. Korang pasti akan suka punya lah.
Lokasi kafe ini di SP 46, Jalan Sungai Petai Permai 2 Utama, Taman Sungai Petai permai, 78000 Alor Gajah, Melaka dan dibuka setiap hari pada 3:30 petang hingga 10:30 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 010-6590807.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kadirscafe/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kadirs_cafe/
2. RESTORAN ZOL SATE – MAKAN MALAM
Rasa nak makan Satay tapi tak tahu dekat mana best? Jangan risau, korang boleh ke Restoran Zol Sate ini. Dikatakan mereka disini menghidangkan hidangan Satay yang mantap. Aroma saja akan membuatkan korang terpukau dengan kelazatannya. Bukan setakat sedap tapi saiz juga cukup besat. Memang kenyanglah makan. Harga yang ditawarkan pun cukup berbaloi. Tak percaya? Korang boleh cuba singgah disini.
Lokasi Restoran Zol Sate di Pulau Sebang, 78000 Alor Gajah, Malacca dan dibuka setiap hari kecuali Selasa pada 6 petang hingga 12 tengah malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 012-2652766.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/zolsatemy/
3. FULLSTOP COFFEE & CAFE – MAKAN MALAM
Korang seorang big eater, selalu tak puas dengan portion yang sedikit? Jangan risau, Fullstop Coffee & Cafe adalah jawapannya. Dekat sini, mereka menyediakan banyak jenis hidangan Western yang padu. Korang mesti akan rambang mata punya. Antara menu yang korang boleh dapatkan disini ialah Lamb Chop, Chicken Chop, Nasi Goreng Chicken Chop, Mushroom Soup dan banyak lagi. Korang mesti akan repeat punyalah. Tak percaya? Cubalah rasai sendiri pengalaman. Takkan menyesal punya.
Lokasi Fullstop Coffee & Cafe di Jalan Pengkalan, Kampung Pengkalan, 78000 Alor Gajah, Melaka dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 5:30 petang hingga 11 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 019-6507822.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Fullstop-Coffee-Cafe-100070203098278/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/fullstopcoffeecafe/
4. MELAKA STEAMBOAT – MAKAN MALAM
Nak makan Steamboat tapi tak tahu dekat mana best? Korang boleh cuba singgah di Melaka Steamboat. Kalau korang nak tahu, dekat sini mereka menyediakan pelbagai jenis makanan laut yang korang boleh dapatkan. Sememangnya segar dan juicy. Korang pasti akan menambah nambah punya lah nanti. Bukan setakat sedap je tapi harga yang ditawarkan pun cukup berpatutan. Tempat ini amatlah sesuai bagi korang yang ingin makan malam bersama keluarga atau melepak bersama rakan korang. Jangan lepaskan peluang ini, selamat mencuba!
Lokasi Melaka Steamboat di 41 PUSAT NIAGA, Jalan Gangsa, 76100 Alor Gajah, Melaka dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 5 petang hingga 12 tengah malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 017-6004450.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/melakasteamboat/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/melakasteamboat/
Sekarang ni, kami hanya jumpa empat tempat makan malam terbaik di daerah Alor Gajah ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Alor Gajah ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!