inapan 13 Penginapan Terbaik Untuk Percutian Di Pasir Mas Kelantan | Pasir Mas pernah menjadi bandar raya kedua di negeri Kelantan hingga ke pertengahan 1990-an apabila ia diatasi oleh Tanah Merah. Pekan ini terhalang dari berkembang ke arah  timur oleh Sungai Kelantan mankala ke arah utara, laluan kereta api memisahkan bandar.

Sepanjang bercuti di Pasir Mas pasti anda akan tercari – cari tempat untuk anda sekeluarga bermalam. Jangan risau kami ada senarai penginapan yang boleh anda kunjung selama anda di Pasir Mas ini. Tanpa buang masa lagi, jom kita lihat yang mana penginapan yang menarik hati anda.

Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.

1. Amy Homestay 

Suasana kampung yang nyaman berada di Pasir Mas. Rumah percutian ini mempunyai 3 bilik tidur, TV skrin rata dengan saluran kabel, dapur yang serba lengkap, dan 2 bilik mandi dengan pancuran mandian. Rumah percutian ini juga ada 2 bilik mandi jadi anda tidak perlu risau untuk berebut bilik mandi.

2. WK Homestay

WK Homestay Pasir Mas menyediakan penginapan dengan WiFi percuma dan tempat parking peribadi percuma. Beberapa unit lengkap dengan penyaman udara, TV skrin rata, mesin basuh dan cerek, serta dapur. Kampung dan Muzium Kraftangan adalah 18km dari sini, manakala Kelab Golf & Negara Kelantan adalah 18km jauhnya.

3. Homestay Pasir Mas

Terletak di Pasir Mas di kawasan Kelantan, Homestay Pasir Mas menyediakan penginapan dengan WiFi percuma dan tempat parking peribadi percuma. Semua unit yang berhawa dingin miliki bilik mandi peribadi, TV skrin rata dan dapur yang serba lengkap. Malahan dapurnya juga cantik dan kemas.

4. Wan Guest House

Masuk saja ke kawasan ini, ianya akan menggamit kembali memori ketika kecil. Terletak di Pasir Mas, Wan Guest House menyediakan WiFi percuma, dan tetamu boleh menikmati taman, lounge berkongsi dan teres. Beberapa unit adalah berhawa dingin dan termasuk patio dan/atau ruang tempat duduk dengan TV skrin rata.

5. SinggahSana Homestay

Terletak di Pasir Mas, SinggahSana Homestay Pasir Mas ini miliki tempat parking peribadi percuma, penginapan ini adalah 29km dari Kampung Kraftangan dan Muzium Kraftangan dan 28km dari Kelab Golf & Negara Kelantan. Homestay berhawa dingin ini mempunyai 1 bilik tidur, TV skrin rata, dan dapur kecil dengan bar mini.

6. Hotel Nawar

Penginapan ini menyediakan penginapan dengan restoran dan juga tempat parking peribadi percuma untuk tetamu yang memandu. Hotel Nawar juga punyai bilik keluarga. Bilik tetamu di sini lengkap dengan TV. Di tempat penginapan ini setiap bilik dilengkapi dengan penyaman udara dan bilik mandi peribadi.

7. Aainaa Villa Homestay

Aainaa Villa Homestay punyai penginapan dengan teres, bar dan WiFi percuma. Vila ini punyai kolam renang peribadi, taman dan tempat parking peribadi percuma. Vila 7 bilik tidur ini akan menyediakan anda dengan TV skrin rata, penyaman udara dan ruang tamu. Dapur ini turut ada bar mini juga.

8. YY Homestay

YY Homestay Pasir Mas juga salah satu homestay di Pasir Mas ini. Membuka ke balkoni, rumah percutian berhawa dingin ini dilengkapi dengan 4 berasingan bilik tidur dan dapur yang serba lengkap. TV skrin rata disediakan. Lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, 27km dari YY Homestay.

9. DZ Hotel Salor

Hotel 3 bintang ini menawarkan khidmat bilik dan kaunter penerimaan tetamu 24 jam. DZ Hotel Salor ini miliki bilik keluarga. Di DZ Hotel Salor bilik – bilik lengkap dengan penyaman udara dan TV skrin rata. Lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, 21km dari tempat penginapan ini.

10. Homestay Berkat D’ Sawah

Jika anda ingin suasana kampung dan pemandangan yang cantik homestay ini pasti sesuai untuk anda. Homestay ini dikelilingi oleh sawah padi yang luas dan menghijau. Mereka turut menyediakan tempat untuk ber”BBQ” di halaman rumah.  Apa tunggu lagi, cepat tempah cepat cepat sebelum penuh.

11. Laman Sufi Aidura

Laman Sufi Aidura ini adalah homestay 2 tingkat sesuai untuk anda buat family gathering dan team bonding di sini. Menariknya homestay ini ada juga kolam renang untuk anda sekeluarga atau rakan – rakan bersuka ria mandi di sini. Seronok kan? Anda boleh cuba menginap di homestay ini.

12. QM Cottage Homestay

Jika lihat dari gambar sudah pasti terpikat untuk menginap di sini. Homestay ini berada di Kampung Belukar, Pasir Mas menawarkan keselesaan untuk anda apabila datang menginap di sini. Bukan itu sahaja, pemandangan dan reka bentuk yang sangat cantik memberikan mood percutian anda yang sangat bagus.

13. Dhiammar Homestay

Homestay ini berada di Kampung Lubuk Jong. Ia juga turut menjadi pilihan bagi mereka yang pernah menginap di sini. Homestay ini miliki 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Lokasinya yang dekat dengan tempat menarik seperti Muzeum Kraf dan Kampung Kraftangan memudahkan anda untuk ke lokasi ini.

 

Bukan main banyak lagi hotel terbaik di Pasir Mas ini, bukan? Berpinar mata untuk membuat pilihan. Jangan disangka pilihan yang menarik di Pasir Mas ini henti di sini sahaja sebab banyak lagi yang dapat anda temui di Booking.com, bukan sahaja menarik, malahan juga di dalam harga yang sangat berpatutan. Selamat Bercuti!

Share.

Leave A Reply