13 Tempat Makan Best Arab Di Cyberjaya | Cyberjaya ialah bandar di Malaysia yang terkenal sebagai pusat teknologi dan inovasi. Ia terletak di daerah Sepang, negeri Selangor. Cyberjaya sering dirujuk sebagai “Lembah Silicon Malaysia” kerana fokusnya dalam industri teknologi dan maklumat.

Dekat sini, banyak makanan yang menarik boleh didapati. Khalifah Media Networks ada buat senarai ini. Tak tahu nak makan apa di Cyberjaya? Di bawah adalah 13 tempat makan best untuk anda cuba di Cyberjaya yang boleh korang kunjungi. Nikmati hidangan yang pelbagai, direka khas untuk puaskan selera anda.

 

1. RESTORAN SHAMNA – MAKANAN ARAB

Restoran makanan arab yang paling popular di Cyberjaya dan pernah viral di media sosial dulu. Ini adalah restoran antara restoran yang ramai pengunjung datang untuk makan makanan arab yang sedap. Pengunjung yang datang pon semua banyak yang repeat kali kedua. Kawasan restoran yang luas, selesa dan juga bersih.

Ingin berkunjung ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini di Lingkaran Cyber Point Barat, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 11 pagi hingga 3 pagi. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel:  03-8322 6332.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Shamna.Restaurant/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/shamnarestaurant/

 

2. SABA RESTORAN CYBERJAYA – MAKANAN ARAB

Bagi penggemar makanan arab, ini adalah salah satu restoran yang dapat rating yang tinggi di Google dan rata-rata pengunjung beri komen dan review yang best dan mereka puas hati dengan makanan dekat restoran ini. Korag kena datang cuba makanan timur tengah mereka. Semua menu makanan mereka bestseller dan selalu soluout awal tau!!

Ingin datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini di 4800-0-2 GROUND FLOOR, BLOCK A1, Jln Perdana, CBD Perdana, 63000 Cyberjaya, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 10 pagi hingga 11.30 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel: 018-378 6915.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/sabarestaurantcyberjayaofficial/?locale=ms_MY

 

3. AL-RAYAN RESTORAN – MAKANAN ARAB

Restoran Al-Rayan ialah restoran makanan arab dan timur tengah yang agak popular oleh penduduk di sekitar Cyberjaya. Menu yang pelbagai seperti nasi mandy arab ayam, kambing dan daging, kebab, shawarma, set hidangan talam dan manisan arab seperti khunafa dan baklava juga ada dekat sini. Memang padu semua makanan mereka, sedap-sedap belaka.

Ingin kunjung ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini di 32/G, Lingkaran cyber point barat domain, Persiaran Cyber Point Selatan, 63000 Cyberjaya, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 11 pagi hingga 11 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel:  010-293 0801.

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/al_rayan_restaurant/

 

4. RESTORAN SANA’A CYBERJAYA – MAKANAN ARAB

Ini adalah restoran makanan arab yang sangat popular di Cyberjaya yang boleh korang kunjung kalau korang berada di sekitar situ. Pelbagai menu makanan korang boleh pilih dekat sana. Sangat menarik dan semua sedap belaka. Harga pon agak murah dan berbaloi dengan makanan. Staff yang ramah dan servis yang cepat korang boleh dapat dekat sana.

Plan nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini di 13-G Block B Neocyber Lingkaran Cyberpoint Barat, 63000 Cyberjaya, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 11 pagi hingga 11 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel: 010-818 2345.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/CyberjayaSanaaRestaurant/?locale=ms_MY

 

5. RESTORAN AL-KHAEMAH – MAKANAN ARAB

Dengan ratusan pelanggan yang puas datang setiap hari, AL-KHAEMAH bangga dapat sediakan perkhidmatan yang cemerlang dan makanan yang lazat secara konsisten. Mereka adalah pakar dalam masakan Mughal dan Arab tradisional.

Menu mereka sangat luas dengan lebih daripada 60 hidangan utama untuk dipilih, semuanya gunakan resipi tradisional yang autentik. Dengan suasana yang elegan dan santai dengan hidangan yang kaya daripada bahan-bahan segar yang tersedia, AL-KHAEMAH telah jadi salah satu restoran yang paling ramai orang kunjungi di Cyberjaya.

Rasa nak kunjung ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini di 29-G, Lingkaran Cyber Point Barat, Neo Cyber, 63000 Cyberjaya, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 12 tengah hari hingga 11.30 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel:  018-209 0148.

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 5 tempat makan best makanan arab di kawasan Cyberjaya ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply