13 Penginapan Terbaik Untuk Percutian Di Perlis | Banyak tempat menarik di Perlis yang harus anda terokai. Bukan itu sahaja, Negeri Perlis kini semkain dikenali dan menjadi pilihan para pelancong. Kalau anda nak tahu, Perlis adalah sebuah negeri yang kecil di dalam Malaysia. Namun, di sini punyai banyak tempat pelancongan yang menyeronokkkan.
Perjalanan yang ambil masa sehari dua untuk datang bercuti dan terokai negeri yang menakjubkan ini. Untuk itu, anda pasti ingin kan penginapan yang terbaik untuk keselesaan anda sekeluarga. Tanpa buang masa lagi, jom kita lihat yang mana yang menarik hati anda.
Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.
1. Homestay Arau Idaman
Terletak di Arau, Perlis dan punyai ciri – ciri Homestay idaman yang sesuai dengan namanya iaitu Homestay Arau Idaman. Dijamin memang tidak akan mengecewakan anda dan akan membuat percutian anda menjadi lebih menarik. Mereka menawarkan bilik yang bersih, besar, terjaga dengan sangat rapi dan kemas.
2. Lot Seribu Homes
Memang tenang jika anda memilih untuk tinggal di Lot Seribu Homes kerana berada di kawasan perkampungan dan bersebelahan sawah padi. Terdapat dua penginapan yang disedia iaitu pakej 3 dalam 1 serta family room. Lot Seribu Homes antara homestay Perlis dengan private pool yang terkenal di sini.
3. Family Villa M.H.A 
Family Villa M.H.A menyediakan 3 buah bilik tidur yang lengkap dengan air cond, kipas, bilik air dan almari di setiap bilik. Istimewanya homestay ini adalah ianya miliki surau yang cantik dan selesa. Homestay ini juga berada di Kawasan perkampungan yang dekat dengan sungai dan sawah yang pasti akan mencuri tumpuan anda.
4. Panggas Village Homestay
Penginapan di Panggas Village Homestay yang berkonsepkan Roomstay di mana setiap bilik sederet dan dibina berhadapan kolam. Sekiranya anda ingin bercuti bersama keluarga yang ramai dengan suasana privasi, anda boleh menyewa kesemua 8 buah bilik yang ada di Homestay ini yang mana lebih mudah untuk anda sekeluarga.
5. Orang-Orang Village
Anda suka akan percutian yang dapat menenangkan jiwa? Orangorang Village pasti menjadi penginapan terindah bersama keluarga kerana berada dikelilingi sawah padi. Jika anda menginap di sini, jangan lupa untuk bergambar di banyak sudut yang menarik. Nikmatilah suasana privasi di sini.
6. Wood Valley Lodge, Perlis
Wood Valley Lodge yang berada di Perlis ini memang terkenal dengan keunikkan reka bentuknya. Direka berasaskan seni bina rumah tradisional Melayu dengan gabungan konsep rumah tradisional Thailand. Homestay di Perlis ini dikelilingi dengan kawasan sawah padi dan punyai latar belakangkan Bukit Chuping.
7. Istiqamah Homestay
Istiqamah Homestay berada di Mata Ayer, Perlis dan adalah salah satu penginapan yang terbaik di Perlis. Mereka menawarkan rumah yang punyai 3 bilik tidur yang luas, dapur dan 2 ruang tamu. Kalau anda nak tahu, setiap bilik di sini punyai bilik air sendiri yang telah lengkap dengan segala barangan untuk mandi.
8. Aisy Homestay
Dikelilingi dengan pagar biru yang dari jauh pon anda boleh nampak, Aisy Homestay yang berada di Simpang Ampat, Perlis ini miliki 3 bilik tidur bersama dengan 1 bilik air. Di sini juga ada sebuah kolam renang besar yang mampu memuatkan anda sekeluarga untuk bermandi – manda.
9. Noor Homestay
Homestay yang lengkap dengan banyak kemudahan seperti berpenghawa dingin, peralatan memasak, barbeque, cerek elektrik, periuk nasi elektrik, daput gas, water heater dan macam – macam lagi. Mereka juga akan menyediakan 6 biji bantal ekstra, 2 toto dan 1 tilam single untuk kedua-dua homestay.
10. Syed Homestay Arau
Syed Homestay menyediakan sebuah penginapan yang terbaik dan menjaminkan keselesaan buat anda yang menginap. Menawarkan homestay rumah dua tingkat yang besar dan mewah untuk anda menginap sekeluarga. Terdapat balkoni di bilik utama tingkat dua untuk anda melihat pemandangan indah.
11. Damai D’Homestay
Sekiranya anda masih mencari tempat penginapan yang mampu memberi anda ruang privasi, anda memang patut menempah Damai D’Homestay. Mereka menawarkan 3 bilik tidur dengan 2 bilik mandi yang punyai shower, dapur bersama ruangan makan dan ruang tamu tempat anda berkumpul.
12. Riverview Homestay Perlis
Percaya atau tidak, antara Homestay yang paling best di Perlis adalah Riverview Homestay. Mereka menyediakan 3 jenis pakej bilik yang boleh anda pilih sebagai tempat anda bermalam. Di satu bilik mampu memuatkan seramai 6 orang kerana tempat ini miliki 2 katil bersaiz queen dan 1 bilik air.
13. Mirnaz Roomstay @ Kampung Masjid
Mirnaz Roomstay yang berada di Kangar, Perlis ini adalah sebuah tempat penginapan yang baru dibuka. Apa yang menariknya tentang tempat penginapan ini adalah rekaan bilik tidur yang berbentuk segi tiga apabila dilihat dari luar. Penginapan ini amat sesuai jika anda ingin mengadakan hari keluarga
Bukan main banyak lagi hotel terbaik di Perlis ini, bukan? Berpinar mata untuk membuat pilihan. Jangan disangka pilihan yang menarik di Perlis ini henti di sini sahaja sebab banyak lagi yang dapat anda temui di Booking.com, bukan sahaja menarik, malahan juga di dalam harga yang sangat berpatutan. Selamat Bercuti!