13 Tempat Makan Malam Best di Skudai, Johor | Skudai adalah sebuah bandar yang terletak di negeri Johor. Bandar ini bukanlah sebuah bandar yang asing lagi kerana ia amatlah popular sebagai salah sebuah kegiatan industri yang penting dalam sektor pembuatan dan teknologi. Bukan setakat itu saja, bandar ini juga kaya dengan pelbagai hidangan tempatan yang lazat-lazat.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang boleh cuba di Skudai, Johor ini.

 

1. RESTORAN ASAM PEDAS & BBQ – MAKAN MALAM

Tiba-tiba terasa nak makan Asam Pedas? Restoran Asam Pedas & BBQ adalah tempatnya. Restoran Asam Pedas & BBQ adalah sebuah restoran yang popular dengan hidangan Asam Pedasnya. Dikatakan Asam Pedas disini sangatlah pekat, gravy dengan rasa masam dan rasa pedas yang seimbang. Memang korang akan menjilat jari kesedapan punya lah. Bukan setakat Asam Pedas saja yang menjadi pilihan disini. Sotong Bakar, Ayam Bakar, BBQ Fish juga menu popular disini. Korang pasti akan repeat punyalah nanti. Tempat ini amatlah sesuai untuk korang yang nak makan malam bersama seisi keluarga atau kawan-kawan. Suasana sangatlah tenang dan cantik. Perkhidmatan pun tiptop!

Lokasi restoran ini di 93 & 94, Jalan Pendidikan 5, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor dan dibuka setiap hari pada 10 pagi hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 07-5202668.

 

2. AL HAYFA ARABIC RESTAURANT – MAKAN MALAM

Korang dah jemu nak makan makanan Western dan Local? Jangan risau, korang boleh ke Al Hayfa Arabic Restaurant ini. Al Hayfa Arabic Restaurant adalah sebuah restoran yang menghidangkan masakan Arabic dengan harga yang cukup murah. Kalau korang ada dekat sini, korang bolehlah cuba Mandy Arabian Rice. Sedap. Bukan setakat sedap, portion pun banyak. Kalau korang seorang big eater pasti akan puas hati punya. Apa yang menarik dekat sini ialah korang juga diberi pilihan untuk duduk di atas kerusi ataupun bersila. Memang best lah. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba.

Lokasi Al Hayfa Arabic Restaurant ini di 63-01 & 64-01, Jalan Pendidikan 4, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor dan dibuka Selasa hingga Ahad pada 11:30 pagi hingga 10 malam.  Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-11827947.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/nasiarabjb/

 

3. WARUNG SUPPAKMAON SKUDAI – MAKAN MALAM

Rasa nak makan makanan Local, Western dan Thai tapi tak tahu dekat mana best? Korang boleh ke Warung Suppakmaon Skudai ini. Kalau korang nak tahu, Warung Suppakmaon Skudai ini adalah salah satu tempat makan malam terbaik yang ada di Skudai ini. Apa yang menarik ialah mereka ada menyediakan pelbagai jenis masakan terdiri daripada Local, Western dan Thai. Memang best. Antara menu yang korang boleh cuba disini ialah Sup Kambing, Nasi Lemak, Pecel Lele, Ayam Penyet dan banyak lagi. Korang pasti akan gembira kekenyangan punya. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi Warung Suppakmaon ini di 25, Jalan Ria 1, Taman Skudai Ria, 81300 Skudai, Johor dan dibuka Selasa hingga Ahad pada 12 tengah hari hingga 11:30 malam.  Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 013-6888660.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/suppakmaonsenai/

 

4. RESTORAN SAYAM 2 TAMAN MELATI – MAKAN MALAM

Sebut saja Sayam, pasti ramai sudah tahu akan kelazatan makanan di restoran ini. Kalau korang ada di Skudai ini, korang bolehlah singgah di Restoran Sayam 2 Taman Melati ini. Terdapat banyak menu yang korang boleh cuba. Antaranya seperti Siakap 3 Rasa, Tomyam Campur, Sotong Goreng Tepung dan banyak lagi. Kalau korang bercadang nak makan bersama keluarga, korang bolehlah kunjung disini. Harga dan portion disini sangatlah berpatutan.

Lokasi ini di Lorong Melati 4, Taman Melati, 81200 Johor Bahru, Johor dan beroperasi pada 4 petang hingga 11:30 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 013-7889901.

 

5. ALMIZAN SATAY HOUSE BBU – MAKAN MALAM

Korang kaki satay? Korang boleh ke Al Mizan Satay House BBU ini. Al Mizan Satay House adalah salah satu port yang popular di Skudai ini. Dekat sini, terdapat banyak jenis Satay yang korang boleh dapatkan seperti Satay Ayam, Satay Daging, Satay Kambing dan banyak lagi. Apa yang menarik lagi ialah Satay disini sangatlah juicy, lembut dan besar. Memang puas lah makan orang kata. Harga pun cukup mampu milik. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi Al-Mizan Satay House BBU ini di 2, Jln Padi Emas 1/7, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor dan dibuka setiap hari pada 3 petang hingga 11:30 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-7900471.

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa lima tempat makan malam terbaik di daerah Johor Bahru ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Skudai ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply