Cuti Sekolah 2024 : Tarikh Cuti Penggal & Cuti Akhir Tahun 2023 | Dalam jadual di bawah ini disertakan bersama tarikh Cuti Akhir Tahun Persekolahan Sesi 2023/2024 dan Takwim KPM yang turut menyertakan cuti perayaan, cuti penggal, cuti akhir tahun serta tarikh pembukaan sekolah KPM bagi sesi baharu 2024/2025 .

Bila cuti sekolah 2023? Berapa lama cuti penggal persekolahan dan macam mana takwim sekolah bagi tahun ini? Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerbitkan perincian takwim persekolahan bagi tahun 2023 dan 2024 berdasarkan Kalendar 2023 dan 2024.

MYsumber yakin pastinya guru dan ibubapa memerlukan takwim penggal persekolahan 2023 bagi merancang aktiviti untuk pelajar dan anak-anak di musim persekolahan mahupun percutian pada tarikh cuti sekolah dan cuti umum 2023. Ia juga membantu pihak sekolah membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran murid

Anda juga boleh merujuk kalendar cuti umum Persekutuan / Negeri serta cuti penggal persekolahan yang dilampirkan dalam artikel ini bagi memudahkan perancangan cuti akhir tahun anda nanti.

Makluman Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2023/2024 Bagi Sekolah KPM

Makluman Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2023/2024 akan bermula pada 09 Februari 2024 (Jumaat) sehingga 10 Mac 2024 (Ahad). Pengoperasian semula sekolah bagi Sesi Akademik 2024/2025 pula adalah pada 11 Mac 2024 (Isnin).

Seperti yang kita sedia maklum, susulan pandemik, KPM telah menunda tarikh persekolahan sesi 2022 / 2023 ke penggal 3.

Oleh itu, terdapat sedikit perubahan pada takwim persekolahan yang biasanya bermula pada awal tahun.

Cuti akhir tahun kini dipendekkan dan terdapat pada bulan Disember dan bulan Februari – Mac.

CUTI AKHIR TAHUN BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2023/2024

Makluman Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2023/2024 akan bermula pada 09 Februari 2024 (Jumaat) sehingga 10 Mac 2024 (Ahad). Pengoperasian semula sekolah bagi Sesi Akademik 2024/2025 pula adalah pada 11 Mac 2024 (Isnin).

  • 9 Februari 2024 – 9 Mac 2024 (Kumpulan A)
  • 9 Februari 2024 – 10 Mac 2024 (Kumpulan B) – (1 hari cuti tambahan sempena Tahun Baru Cina 2024)

Cuti Tahun Baru Cina KPM 2024 :
9/2/2024 Jumaat (Termasuk dalam cuti penggal akhir persekolahan)

NOTA:

  • 9 / 2/ 2024 (Jumaat) adalah cuti perayaan yang diperuntukkan KPM untuk semua sekolah Kumpulan B sempena Tahun Baru Cina kemudian terus disambung dengan Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2023 /2024.
  • 8 / 2/ 2024 (Khamis) pula ialah Hari Israk dan Mikraj, merupakan cuti bagi 4 buah negeri iaitu Kedah, N.Sembilan, Perlis dan Terengganu.
  • Bermakna, 4 negeri ini hari terakhir sesi persekolahan pada 7 / 2/ 24 (Rabu) dan selainnya adalah ada pada 8/ 2/ 24 (Khamis). Tiada negeri yang akan bersekolah pada 9 / 2/ 24 (Jumaat).
  • Sesi baharu 2024 / 2025 adalah pada 11 / 3/ 2024 (Isnin) hari pertama. Esoknya hari kedua 12/3/24 (Selasa) ialah hari pertama Ramadan 1445H.
  • Kalendar akademik perlu dibaca bersama cuti perayaan KPM dan hari kelepasan am negeri-negeri.

Tarikh Buka Sekolah Sesi Akademik 2024 / 2025

Untuk makluman, sesi persekolahan bagi sesi akademik 2024/2025 akan bermula pada tarikh berikut:

  • Kumpulan A (Sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) : 10 Mac 2024
  • Kumpulan B (Sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya) : 11 Mac 2024

Takwim Persekolahan & Tarikh Cuti Penggal Sesi Persekolahan 2024/2025

Sesi Persekolahan Penggal 1

  • 10 Mac 2024 – 31 Mac 2024
  • 1 April 2024 – 30 April 2024
  • 1 Mei 2024 – 23 Mei 2024

Cuti Penggal 1

  • 24 Mei – 2 Jun 2023 [10 Hari]

Sesi Persekolahan Penggal 2

  • 3 Jun 2024 – 30 June 2024
  • 1 Julai 2024 – 31 Julai 2024
  • 1 Ogos 2024 – 31 Ogos 2024
  • 1 September 2024 – 12 September 2024

Cuti Penggal 2

  • 13 September 2024 – 21 September 2024 [9 Hari]

Sesi Persekolahan Penggal 3

  • 22 September 2024 – 30 Disember 2024
  • 1 Oktober 2024 – 31 Oktober 2024
  • 1 November 2024 – 30 November 2024
  • 1 Disember 2024 – 19 Disember 2024

Cuti Penggal 3

  • 21 Disember 2024 – 29 Disember 2024

Sambungan Sesi Persekolahan Penggal 3

  • 31 Disember 2024 – 31 Disember 2024
  • 1 Januari 2025 – 17 Januari 2025

Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2024 /2025

  • 18 Januari 2025 – 16 Februari 2025

Berikut dilampirkan Kalendar Akademik KPM bagi sesi 2024 /2025 sekolah-sekolah Kumpulan A dan Kumpulan B.

Kalendar Akademik Sesi 2024 /2025 KPM boleh dirujuk dalam Lampiran A dan Lampiran B di bawah:

Berikut disertakan Cuti Perayaan Sesi 2024 / 2025 yang diumumkan oleh KPM.

Kongsikan-kongsikan ya!

 

Sumber: Kementerian Pendidikan 

Share.

Leave A Reply