13 Penginapan Terbaik Untuk Percutian Di Sungai Petani Kedah | Sungai Petani adalah sebuah bandar yang rancak dengan pembangunan namun masih menyimpan tapak – tapak peninggalan sejarah yang telah berusia beribu tahun. Dari nasi kandar, cendol, laksa dan macam – macam lagi hidangan yang ditawarkan di bandar ini.

Bukan sahaja dapat puaskan jiwa pencinta sejarah, yang menambahkan lagi kesempurnaan Sungai Petani sebagai lokasi percutian adalah kerana kehadiran tempat – tempat makan yang enak sampai terbawa ke mimpi.

Sebagai tempat yang menarik untuk anda lawati, sudah semestinya Sungai Petani menawarkan banyak pilihan penginapan, Tanpa buang masa lagi, jom kita lihat yang mana yang menarik hati anda.

Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.

1. Big Banana Hotel

Big Banana Hotel, Sg Petani adalah sebuah hotel dengan dekorasi dalaman unik dan ‘classy’ menggabungkan warna – warna seperti hitam, kelabu, putih dan coklat. Inginkan penginapan dengan gaya mewah dalam harga bajet? Booking sahaja Big Banana Hotel. Anda pasti akan berpuas hati!

2. Northern Lodge

Northern Lodge adalah sebuah hotel bajet di bawah Park Avenue Hotel Sungai Petani. Hotel dengan tawaran harga yang sangat murah ini miliki lebih dari 80 buah bilik yang lengkap dengan penyejuk udara, tv bersiaran Astro dan banyak lagi kemudahan lain. Bilik-bilik yang ditawarkan juga sangat luas, bersih dan selesa.

3. Emerald Puteri Hotel

Emerald Puteri Hotel miliki bilik – bilik yang sangat selesa, dengan tilam yang empuk dan cadar yang berbau harum, anda boleh terus tenggelam dalam dunia mimpi sebaik anda baring di atas katil setelah kepenatan. Jangan terkejut, hotel dengan harga yang bermula dari RM100+ ini sebenarnya lengkap dengan kolam renang rooftop!

4. Cinta Sayang Resort

Menawarkan pemandangan penuh kehijauan di sekitar, berhadapan dengan padang golf, Cinta Sayang Resort sepatutnya menjadi pilihan utama semasa anda datang untuk bercuti di Sungai Petani. Kedudukannya juga sangat menarik jika anda ingin sebuah lokasi yang tenang dan jauh dari hiruk pikuk kota.

5. El-Zahraa Hotel

Diketangahkan konsep hotel ini, dengar namanya sahaja sudah dapat bayang El-Zahraa ini. Dengan nama ‘searab’ ini anda boleh jangka sentuhan reka bentuk dalaman seperti berada di negara timur tengah. Biliknya sudah tersedia dengan kemudahan untuk para penginap dan ini termasuk Al-Quran dan sejadah.

6. Rock Wood Hotel

Rock Wood Hotel adalah sebuah hotel hipster yang menggabungkan elemen klasik seperti batu bata sebagai dinding sebahagian bangunan, motor klasik yang menjadi hiasan di ruang lobi dan tingkap kayu bersebelahan dengan pintu masuk. Bilik-biliknya pula, dihias dengan minimal menggabungkan warna yang sedap dipandang.

7. Purest Hotel Sungai Petani

Moden dan elegan, bookinglah Purest Hotel Sungai Petani kalau ini suasana yang anda idamkan dari sebuah penginapan. Bilik-biliknya bersaiz luas, tahap kebersihannya pula tidak ubah seperti hotel yang mahal, sebaik langkah masuk ke dalam bilik hotel, anda akan disapa dengan bau harum yang menyegarkan.

8. Park Avenue Hotel Sungai Petani

Park Avenue Hotel Sungai Petani adalah sebuah hotel elegan dengan aura klasik yang sempurna dari segala segi iaitu lokasinya, fasilitinya dan keselesaan yang diberi, semua tip-top! Sesuai dengan tarafnya sebagai sebuah hotel 4 bintang. Biliknya juga punyai konsep minimalis, tapi masih kekal nampak cantik dan mewah.

9. Le An Hotel

Kalau anda mahukan keunikan dan dekorasi dalaman yang “wow!”, Le An Hotel telah menjadi salah satu penginapan yang patut anda letak dalam senarai. Yang menarik lagi, kesemua dekorasi yang digunakan sekali dengan perabot di dalam bilik – bilik ini datang dari pelbagai pelusuk dunia. Menarik, kan?

10. Greencity Hotel

Greencity Hotel adalah sebuah hotel 3 bintang yang menawarkan 62 buah bilik yang dihias ringkas dengan gabungan warna natural putih dan tona kayu coklat. Sambil bersantai di dalam bilik yang sangat lah selesa ini, anda boleh berhibur dengan akses internet unifi yang disediakan atau menonton siaran Astro.

11. Merilton Hotel

Hotel bertaraf 3 bintang, Merilton Hotel ini miliki 130 buah bilik yang luas untuk keselesaan menginap bersama keluarga. Kalau makanan adalah perkara yang anda titik beratkan dari sebuah penginapan semasa bercuti, anda pasti tidak akan kecewa dengan hidangan makanan yang disediakan di hotel ini.

12. Swiss-Inn Sungai Petani

Swiss-Inn Sungai Petani menawarkan 100 buah penginapan yang luas menjadikan ianya pilihan yang tepat sekiranya anda datang bercuti bersama keluarga. Bilik-biliknya dihias dengan ringkas dengan aura klasik yang penuh elegan. Waterslide, kolam renang, jaakuzi dan sauna pun ada dekat sikit tau.

13. T+ Hotel Sungai Petani

T+ Hotel Sungai Petani adalah sebuah hotel taraf 3 bintang yang punyai bilik yang dihias dengan moden dan minimal dengan warna – warna natural yang memberi keselesaan untuk tidur yang lena. Aura hotel ini cukup mendamaikan jika anda sukakan privasi setelah sehari beraktiviti.

 

Bukan main banyak lagi hotel terbaik di Sungai Petani ini, bukan? Berpinar mata untuk membuat pilihan. Jangan disangka pilihan yang menarik di Sungai Petani ini henti di sini sahaja sebab banyak lagi yang dapat anda temui di Booking.com, bukan sahaja menarik, malahan juga di dalam harga yang sangat berpatutan. Selamat Bercuti!

Share.

Leave A Reply