13 Tempat Makan Malam Best di Kulai, Johor | Kulai adalah sebuah bandar yang terletak di daerah Kulai, Johor. Bandar ini berada di sebelah barat laut Bandar Bahru, Johor di antara Bandar Bahru dan Johor Bahru. Bandar Kulai ini amatlah popular sebagai pusat perindustrian penting di Johor dengan banyak perusahaan manufaktur dan kilang. Bukan setakat itu sahaja, Kulai juga mempunyai beberapa tempat menarik untuk dikunjungi seperti tempat makan.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang boleh cuba di Kulai, Johor ini.

 

1. DER’ CABIN BISTRO KULAI – MAKAN MALAM

Sebut saja Der’ Cabin Bistro pasti ramai sudah tahu akan restoran ini. Kalau korang nak tahu, Der’ Cabin Bistro adalah sebuah restoran yang agak popular di Kulai ini. Restoran ini mendapat 4.7 bintang di Google. Rata-rata pelanggan yang pernah kunjung disini memberikan feedback yang positif dari segi makanan, harga, suasana dan perkhidmatan. Jadi kalau korang ada dekat sini, korang kena cuba XXL Chicken Chop. Memang puas, dahlah besar, ranggup, lembut dan apa yang paling penting, mereka hidangkan secara panas-panas. Tak percaya? Korang boleh datang dan cuba rasai pengalamannya.

Lokasi Der’ Cabin Bistro Kulai ini di Sebelah Ptronas, Taman Kulai Permai, 81000 Kulai, Johor dan dibuka setiap hari 4:30 hingga 11:30 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 017-7552074.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/dercabinbistrokulai/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/dercabin/

 

2. THE GRAND BY ADAM’S KITCHEN – MAKAN MALAM

Korang craving masakan Chinese? Jangan risau, korang boleh ke The Grand By Adam’s Kitchen ini. Korang pasti akan suka kerana terdapat banyak menu yang korang boleh pilih. Antaranya ialah The Nyonya Steam Fisg, Sweet & Sour Chicken, Nestum Squid, Hong Kong Steam, Dimsum dan banyak lagi. Memang puas lah orang kata. Jadi, selamat mencuba!

Lokasi ini di LOT 176, PUSAT KOMERSIAL INDAH, JALAN KIAMBANG 13, Bandar Indahpura, 81000 Kulai, Johor dan dibuka setiap hari kecuali Selasa pada 10:30 pagi hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 18-7694047.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Adams-Kitchen-Chinese-Muslim-Eatery-100083361301473/

 

3. WARUNG ORKES – MAKAN MALAM

Korang inginkan makan malam dengan suasana yang tenang dan boleh nikmat makanan? Segala persoalan itu, terjawab di Warung Orkes. Walaupun nama kelihatan biasa biasa saja tapi siapa sangka sebenarnya luar biasa. Korang pasti akan suka kerana hampir kesemua makanan disini sangatlah lazat. Bukan setakat lazat, harga dan portion yang ditawarkan pun sangatlah berbaloi dan mengenyangkan. Tempat ini amatlah sesuai untuk korang yang nak makan bersama kawan. Boleh berootd.

Lokasi Warung Orkes ini di Basement No.40 Lorong 2 Jalan Pasar 81000, 81400 Kulai, Johor dan dibuka setiap hari kecuali Ahad pada 12 tengah hari hingga 11:30 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 017-8624322.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Warungorkes2018/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/warungorkes/

 

4. NASI LEMAK WAK KENTUT – MAKAN MALAM

Craving Nasi Lemak? Korang boleh ke Nasi Lemak Wak Kentut. Walaupun nama ini kelakar tapi siapa sangka, Nasi Lemak ini bukan calang calang. Kalau korang makan dekat sini, korang kena cuba Nasi Lemak dengan Ayam Goreng. Korang pasti akan menambah punya lagi lagi Ayam Goreng. Memang padu lah orang kata.  Bagi korang yang korang tak makan pedas, tempat ini untuk korang kerana sambalnya manis dan tidak terlalu pedas. Jadi, selamat mencuba!

Lokasi restoran ini di 2130, Jalan Susur Kulai 2, Taman Kulai Besar, 81000 Kulai, Johor dan dibuka setiap hari pada 3 petang hingga 11:55 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 012-7543818.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Nasi-lemak-Wak-kentut-Kulai-100069027095331/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa empat tempat makan malam terbaik di daerah Kluang ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Kluang ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply