13 Tempat Makan Best Arab Di Johor Bahru, Johor | Johor Bahru adalah sebuah pusat perindustrian, perdagangan, dan pelancongan yang utama. Pelancongan ialah penyumbang yang besar dalam ekonomi Johor Bahru. Walau bagaimanapun, perkembangan perindustrian di Johor Bahru yang begitu pesat telah jadikannya sebagai salah satu pusat perindustrian yang terbesar di negara.
Untuk peminat food hunting yang sentiasa cari tempat makan yang trendy dan best, sertailah kami di dalam mencari kuliner yang memukau! Jika anda nak mencuba makanan arab yang memikat hati di Johor Bahru, tak perlu risau, kami Khalifah Media Networks telah senarai 13 tempat makan best dan terbaik yang pasti akan anda puas hati.
1. WADI HANA ELARABI – MAKANAN ARAB
Restoran Mesiraya Mesra Keluarga dengan menu makan yang berwarna-warni, suasana yang seakan-akan di rumah sendiri, dan mereka ada sajikan beberapa hidangan Arab autentik terbaik di bandar sejak tahun 2013. Korang patut datang cuba makan dekat sini ramai-ramai, pasti korang puas hati.
Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di 1,1A,3A, Jalan Pembangunan, Taman Desa Rahmat, 81200 Johor Bahru, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Selasa pada pukul 11 pagi hingga 10.30 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel: 012-772 7352.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/wadihanaelarabi/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/wadihana_elarabi/
2. RESTORAN STAR HADRAMOUT – MAKANAN ARAB
Kalau korang makan kat sini korang dapat rasa Arab vibes doh. Rasa makanan mereka sama macam makanan dekat Mekah. Siapa yang rindu makanan Mekah boleh pergi kedai ni. Harga dalam rm13-50 untuk satu hidangan.
Antara menu yang korang wajib try ialah Kebab ayam or daging, Syai Adnii( Teh Tarik Masala) ala-ala teh tarik rasa herba dan Halawiyat (manisan arab) pon korang wajib try. Semua sedap-sedap belaka dan rata-rata pengunjung yang datang semua bagi 5 bintang.
Rancang nak datang ke sini tapi tak tahu kat mana? Lokasi kedai ini terletak di 3a, Tebrau Hwy, Wadi Hana, 80300 Johor Bahru, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 11 pagi hingga 2 pagi. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel: 011-1185 4766.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/restoranstarhadramout/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/restoranstarhadramout/
3. CAIRO ELARAB – MAKANAN ARAB
Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di 2, Lorong 3, Kampung Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 11.30 pagi hingga 11.30 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel: 010-661 2066.
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/cairoelarab/
4. RESTORAN NUR TAHARA – MAKANAN ARAB
Restoran Nur Tahara tawarkan makanan Timur Tengah terbaik, hidangan Arab tulen, dan masakan Mesir yang sangat sedap. Mereka sangat beri perhatian kepada perkhidmatan yang berkualiti tinggi, makanan berkualiti, menjaga kesihatan makanan, dan memastikan dapur bersih, dengan memasak dengan penuh kasih sayang
Menu yang ada termasuk hidangan istimewa seperti Mandi Domba dan Ayam Atlantik, Makklobah Domba dan Ayam, Mandi Tagin Domba istimewa, Mandi Tagin Ayam, Bukhari Domba, Ayam, Koftah Domba, Daging Lembu, Ayam Panggang; Kebab Ayam dan banyak lagi lah.
Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di 17, Jalan Setia Tropika 1/30, Setia Tropika, 81200 Johor Bahru, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 11 pagi hingga 11 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel: 07-244 3404.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kempasjb/
5. DALLAH RESTORAN – MAKANAN ARAB
Ini juga salah satu restoran makanan arab yang korang boleh pergi. Rata-rata pengunjung yangd atang semua bagi review yang memeuaskan dan akan recommend kepada orang lain. Korang boleh try nasi arab diorang pasti korang akan repat lagi lepas tu. Harga pon okay dan berbaloi dengan makanannya. Tunggu apa lagi, datang lah beramai-ramai dan rasai makanan arab mereka.
Plan nak datang lunch kat sini? Lokasi kedai ini terletak di No 25 ,25 A &25 B, Jalan Kolam Air 1, Kampung Nong Chik, 80100 Johor Bahru, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 11 pagi hingga 11 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel: 07-207 3106.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/dallahrestaurantjb/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/dallahrestaurantjb/
6. RESTORAN TARIM HADRAMAWT – MAKANAN ARAB
Dah bosan asyik pergi makan di restoran arab yang sama? korang boleh datang cari makanan arab di restoran ni. Sangat eksklusif dan mewah hiasan dalaman restoran mereka macam korang makan dekat restoran di luar negara. Menu pon banyak sangat korang boleh pilih. Luas dan selesa untuk bawa family yang ramai.
Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di 1, Jalan Lurah Utama, Kempas Baru, 81200 Johor Bahru, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 10 pagi hingga 2 pagi. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel: 012-227 8772.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/noyrestaurantkampungdanga/
Buat masa ini kami hanya menjumpai 6 tempat makan best makanan arab di kawasan Johor Bahru ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !