13 Tempat Makan Best Arab Di Kuala Kangsar, Perak | Terletak di negeri Perak, Kuala Kangsar merupakan pilihan yang baik untuk perjalanan jalan-jalan bersama keluarga dan rakan-rakan, kerana ia tidak terlalu jauh dari pusat bandar. Oleh itu, Kuala Kangsar adalah destinasi yang sesuai untuk dijadikan pilihan percutian anda menjelang tiba cuti sekolah yang akan datang.

Untuk peminat food hunting yang sentiasa cari tempat makan yang trendy dan best, sertailah kami di dalam mencari kuliner yang memukau! Jika anda nak mencuba makanan arab yang memikat hati di Kuala Kangsar, tak perlu risau, kami Khalifah Media Networks telah senarai 13 tempat makan best dan terbaik yang pasti akan anda puas hati.
1. AL-BASHA MESIR RESTORAN – MAKANAN ARAB
Tempat paling best makan nasi arab ! Ramai pengunjung yang pernah datang memang akan repeat datang makan sini lagi. Makanan diorang memang semua nice dan sedap sangat.
Harga pon murah sangat dengan makanan yang diberikan. Tempat makan berhawa dingin selesa. Korang kalau datang boleh try duduk dekat tempat makan duduk bersila tu. Best ala2 arab padang apsir.
Rancang nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di Lot, 37A, Jalan Taiping, 33000 Kuala Kangsar, Perak. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 11.30 pagi hingga 11.30 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel: 010-390 5735.
2. RESTORAN AL-TOYYIBAT – MAKANAN ARAB
Tempat di mana anda boleh try Makanan Timur Tengah yang sedap, Makanan Barat, dan juga Makanan Tempatan. Anda boleh rasa makanan Timur Tengah mereka yang autentik dengan herba dan rempah yang harum. Ambien yang sangat bagus.
Korang boleh memilih kawasan duduk dalam atau luar. Restoran ni terletak berdekatan dengan jalan utama dan mereka ada sediakan kawasan letak kereta yang luas untuk pelanggan. Ada juga kemudahan Surau & Bilik Rehat.
Rancang nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di 24, Jalan Nakhoda, Kampung Penaga, 33000 Kuala Kangsar, Perak.Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 11 pagi hingga 9 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel: 018-570 6291.
3. HADEEL RESTORAN – MAKANAN ARAB
Hadeel Restoran ialah restoran yang sangat popular dengan makanan arabnya yang sangat sedap dan lembut. Rata-rata orang Kuala Kangsar semua tahu restoran ni. Mereka juga akan recommend restoran ni kepada pengunjung kalau ada yang nak try nasi arab dan makanan lain. Restoran ini juga sesuai untuk korang raikan apa-apa acara dengan orang yang tersayang.
Teringin nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak diB-G, 14, Persiaran Puri Bestari 2, Taman Puri Bestari, 33000 Kuala Kangsar, Perak. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 3 petang hingga 2 pagi. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel: 014-866 3545.
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best makanan arab di kawasan Kuala Kangsar ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (
https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !