13 Tempat Makan Best Arab Di Langkawi, Kedah | Nama Langkawi ialah kombinasi antara “Lang” dan “Kawi”. “Lang” diambil daripada bahasa Melayu iaitu helang. Burung-burung helang yang terbang kebanyakannya di kawasan Kilim Geopark, Pulau Singa Besar dan seluruh pulau di Langkawi. Selain itu, Langkawi juga terkenal dengan tempat-tempat makan yang best yang boleh korang kunjung.

Bagi yang suka food hunting cari port makan yang best, viral korang boleh datang ke sini dan menikmati pelbagai hidangan yang mereka tawarkan. Teringin nak cuba makanan yang menarik di Langkawi tapi tak tahu dekat mana? Berikut kami Khalifah Media Networks kongsi senarai 13 tempat makan best untuk anda cari makanan arab di Langkawi, Kedah.

 

1. KAKI GUNUNG CAFE – MAKANAN ARAB

Ini adalah cafe makanan arab yang agak terkenal dekat Langkawi ni. Makanan portion pon sangat banyak memang berbaloi lah kalau korang nak datang. Kawasan pon best sejuk nyaman dan tak panas. Makanan tip top! Sila lah cuba. Ramai order nasi arab ayam dan kanbing, memang sangat best dan sedap. Home made special burger pon sedap dekat sini.

Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di  9QMG+58, 1448, Jalan Ulu Melaka, 07000 Langkawi, Kedah. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 11 pagi hingga 11 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel:  017-406 6176.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/NASIARABKAKIGUNUNGCAFE7878/

 

2. HADRAMAWT RESTORAN – MAKANAN ARAB

Masakan arab dekat sini memang sedap, cukup rasa, portion besar dan banyak pilihan. Servis pula amat mesra pelanggan, ramah, dan beri cadangan memilih menu. Selesa dan bersih. Antara kedai makanan arab yang popular dan viral. Sedap dia rasa seperti korang makan dekat tanah arab. Harga pon okay je tak mahal sangat. Datanglah ramai-ramai ke sini.

Rancang nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di No 69,71 Langkawi Mall Jalan Kelibang , Kuah Kuah, 07000 Langkawi, Kedah. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 11 pagi hingga 12 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel:  017-500 4011 atau layari  hadramawt.com.my .

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/hadramawtLGK/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/hadramawtrestaurant/

TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@hadramawtrestaurant

 

3. ALHAMDULLILAH RESTORAN – MAKANAN ARAB

Alhamdullilah ialah restoran dan kafe Arab di bandar Langkawi Kuah, mereka  sajikan makanan asli Timur Tengah Syria. Dekat sini terkenal denga Shisha (Hookah) terbaik di Langkawi. “Shisha” dibuat dengan cara tradisional Arab, menggunakan tembakau Arab tulen.

Kalau nak cuba makanan Mediterranean, vegan atau tidak, restoran ini adalah tempat yang sesuai untuk anda. D Dekat sini ada pelbagai masakan vegan dan bukan vegan, seperti hummus, falafel, shawarma, ikan, kebab dan banyak lagi.

Rancang nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di Pekan Rabu – baru Baron, Lot 5, Persiaran Dayang, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 2 petang hingga 10 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel:  017-344 8813.

TWITTER PAGE: https://twitter.com/alhamdulillahmy

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/AlhamdulillahRestaurant/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/alhamdulillahrestaurant/

 

4. AROOS DAMASCUS – MAKANAN ARAB

Aroos Damascus adalah salah satu restoran makanan arab yang sangat popular di Langkawi yang korang boleh kunjung. Staff dan servis yang sangat mesra dan ramah. Rasa makanan mereka yang lazat dan segar. Perubahan yang baik dari makanan Asia.

Makanan yang sesuai untuk cuaca yang lebih panas. Suka hummus dengan pasli dan salad fattoush. Hidangan yang banyak, harga dekat sini sedikit mahal daripada tempat lain, tetapi kalau korang cuba sekali pasti korang akan repeat.

Jika anda dan keluarga nak datang untuk cuba makanan di sini. Lokasi restoran ini terletak di 39, pusat masmayer, Mukim, Kelibang, 07000 Kuah, Kedah. Waktu operasi pada setiap hari pada jam 12 tengah hari hingga 11 malam. Kalau anda ada sebarang soalan atau ingin buat tempahan boleh hubungi di no tel:  011-2754 1546.

 

5. LAILA KEBAB HOUSE – MAKANAN ARAB

Hiasan indah dengan bau dan pemandangan Timur Tengah. Makanannya agak asli, walaupun ayam tandoori sangat kering, dan tiada sos dengan daging kebab.

Korang juga boleh try roti naan bawang putih dan keju. Pilihan makanan Mediterranean yang best. Kopi Turki mereka sangat kompleks dan seimbang.Harga juga okay lah harga kadar pelancong, tetapi portion yang mereka bagi sangat berbaloi dengan harga.

Jika anda dan keluarga nak datang untuk cuba makanan di sini. Lokasi restoran ini terletak di 124, Jalan Teluk Yu, Kampung Ewa, 07000 Langkawi, Kedah. Waktu operasi pada setiap hari pada jam 10 pagi hingga 9 malam. Kalau anda ada sebarang soalan atau ingin buat tempahan boleh hubungi di no tel:  04-959 3121.

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 5 tempat makan best makanan arab di kawasan Langkawi ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply