13 Tempat Makan Malam Best di Marang, Terengganu | Marang adalah sebuah pantai yang berada di negeri Terengganu. Daerah ini sangatlah popular sebagai salah satu destinasi pelancongan tidak kira pelancong dalam atau luar negara dengan keindahan laut dan pantai disini. Oleh kerana itu, daerah ini juga popular dengan hidangan ma tempatan yang segar dan sedap.

Jadi kami bawakan kepada anda, 13 senarai tempat makan best yang ada di Marang, Terengganu yang anda boleh cuba.

 

1. D’BESI IKAN CELUP TEPUNG MARANG – MAKAN MALAM

Korang mahukan makan malam yang ringan sambil ditemani oleh suasana yang tenang? Korang kena singgah di D’Besi Ikan Celup Tepung Marang ini. Dekat sini mereka menghidangkan celup tepung yang sedap, rangup, segar dan juicy. Pelbagai jenis celup tepung korang yang boleh cuba seperti Sotong, Kembung dan Udang. Bukan setakat celup tedung terjual disini, mereka juga ada menyediakan masakan panas seperti Nasi Goreng USA, Nasi Goreng Paprik, Keropok Lekor dan banyak lagi. Rata-rata pelanggan sangat berpuas hati menjamu selera sambil menikmati pandangan sungai disini. Selamat mencuba!

Lokasi ini di Jetty Pulau Kapas/Gemia, Arked Jeti Pelancongan, 21600, 21600 Marang, Terengganu dan dibuka pada setiap hari pada 3:30 petang hingga 11:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di 014-8089181.

 

2. RESTORAN SELERA D’SUNGAI – MAKAN MALAM

Nama pun sudah Selera D’Sungai sudah semestinya tempat ini berada di kawasan sungai. Kalau korang nak tahu, Selera D’Sungai ini adalah salah satu restoran yang menghidangkan pelbagai jenis masakan yang korang boleh cuba seperti masakan tempatan, Thai dan Western pun ada tau. Restoran ini amatlah sesuai bagi korang yang ingin makan bersama keluarga kerana harga, portion dan perkhidmatan disini cukup berpatutan, banyak dan mantap. Bukan setakat tu je, korang pun boleh melihat view sungai yang cantik sambil menjamu selera. Korang mesti akan puas hati punya.

Lokasi restoran iniĀ  21610 Marang, Terengganu dan dibuka pada setiap hari kecuali Selasa pada 5 petang hingga 1 pagi. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di 013-7275633.

 

3. WARUNG CHE DIN – MAKAN MALAM

Ini warung bukan sebarang warung tetapi luar biasa. Warung Che Din ini adalah sebuah restoran yang patut kunjungi di daerah Marang ini. Terdapat bermacam jenis masakan yang korang boleh dapati seperti masakan tempatan, Thai dan Western. Yang pastinya akan membuatkan korang rambang mata dan terliur melihatnya. Semua makanan disini sememang lazat sehingga membuatkan korang menjilat jari. Bukan setakat tu je, korang juga boleh menjamu selera sambil menikmati bunyi air sungai dan angin sepoi sepoi bahasa yang menenangkan. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi Warung Che Din ini di 21600, No Lot 1305 Jln Wakaf Tapai Kpg, Kampung Sentul Patah, 21600 Marang, Terengganu dan dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat pada 4 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di 011-16955095.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Warung-CHE-DIN-100068639835130/

 

4. WARUNG BASYARIATUL – MAKAN MALAM

Bagi korang nak mahukan makan malam dengan aroma kampung, korang boleh ke Warung Basyariatul ini. Dekat sini, korang boleh dapatkan pelbagai jenis makanan dan minuman yang sedap. Bukan setakat itu je, perkhidmatan disini sangatlah friendly, harga berpatutan dan suasana pun sangat menenangkan. Tempat ini bukan sahaja sesuai bagi korang yang ingin melepak bersama kawan tetapi juga sesuai untuk makan bersama keluarga. Korang pasti akan puas hati la.

Lokasi warung ini di 3, Kampung Kuala Tengah, 21600 Marang, Terengganu dan dibuka pada setiap hari pada 7 pagi hingga 1 pagi. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di 017-9095969. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di 017-9095969.

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa empat tempat makan malam terbaik di daerah Marang ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Marang, Terengganu. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply