13 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Yang Anda Harus Lawati | Kuala Lumpur adalah ibu kota Malaysia yang terkenal dengan bangunan pencakar langit, kepelbagaian budaya dan pemandangan yang unik. Anda boleh cari street food, melawat tempat – tempat ikonik atau taman tema air.

Sangat banyak aktiviti menarik untuk dibuat di bandaraya yang bertaraf dunia ini. Dari aktiviti yang lasak ke aktiviti yang santai, banyak yang sesuai untuk dibuat bersama keluarga. Di sini, kami beri senarai 13 tempat menarik di Kuala Lumpur untuk anda lawati, jangan buang masa lagi, jom kita terokai kota yang penuh warna – warni ini!

Selain itu, jika anda ingin melihat banyak lagi info menarik anda boleh klik Di Sini.

1. Petrosains, KLCC

Percutian boleh jadi lawatan sambil belajar yang menyeronokkan! Dari pameran zaman angkasa lepas kepada teater mini dengan filem 3D, ada juga tunggangan yang membawa anda ke hutan hujan Malaysia yang tenang, zon Muzik dan Seni serta bahagian untuk kanak – kanak cuba berpakaian sebagai jurutera.

2. Zoo Negara

Zoo Nasional ini menempatkan lebih 400 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan! Ia didedikasi untuk pemuliharaan, rekreasi dan penyelidikan jenis – jenis spesies haiwan serta tumbuhan iaitu spesies terancam juga spesies eksotik seperti orang utan, Harimau Malaya, tapir dan banyak lagi.

3. KidZania Kuala Lumpur

KidZania berada di Pusat Beli-belah Curve NX dan menjadi tempat anak – anak anda boleh mencuba pengalaman menjadi doktor, bomba, saintis, juruterbang atau mana – mana peranan lain yang mereka minati. Tarikan ini dibina untuk kanak – kanak bergerak bebas dan penuh yakin.

4. Pavilion

Dengan tapak yang luas, sudah mesti pilihan kedai yang ada tak terkira banyaknya, hingga mencecah 450 buah kedai! Memang tak cukup sehari untuk habis melihat semuanya. Ingin berhibur? Anda boleh berkaraoke di Red Box atau menonton movie terbaru di Golden Screen Cinemas.

5. Suria KLCC

Suria KLCC adalah pusat membeli – belah yang menjadi sebahagian dari bangunan KLCC. Selain kedai beli – belah, di dalam bangunan yang sama juga turut menjadi` tarikan popular dalam kalangan pelancong di KL seperti Aquaria KLCC, Galeri Petronas, Petrosains dan Dewan Filharmonik Petronas.

6. Aloft Kuala Lumpur Sentral Hotel

Hotel mewah yang dekat dengan KL Sentral Station ini memberi penginapan yang ideal untuk mereka yang ingin ke lokasi yang strategik dan landskap hotel yang menarik di KL. Infinity pool di rooftop hotel ini menjadi satu fasiliti yang wajib anda cuba lebih – lebih di waktu malam atau pagi untuk melihat keindahan panorama bandaraya KL.

7. Masjid Wilayah Persekutuan

Masjid ini memberi aura seolah – olah anda sedang melawat masjid di luar negara. Ianya ini boleh menampung hingga 17 000 jemaah pada satu dan juga antara masjid yang termoden di Malaysia dengan sistem hawa dingin, sistem pemadam kebakaran, eskalator yang lengkap dan juga lift ke aras 4.

8. Masjid Negara

Masjid Negara, masjid kebanggaan rakyat Malaysia adalah salah satu masjid yang terbesar di dunia. Di ruangan solat utama, iaitu di bawah kubah besar ini, anda boleh melihat 14 buah lampu – lampu besar yang mewakili setiap negeri di Malaysia. Hiasan batuan marmar berwarna – warni di mimbarnya pula sangat menarik & dipengaruhi dengan sentuhan moden serta senibina Morocco dan Sepanyol.

9. Kuala Lumpur City Gallery

Di sini, pengunjung boleh melihat galeri – galeri yang punyai banyak infografik tentang sejarah pembangunan Kuala Lumpur. Paling menarik, di sini juga punyai sebuah replika sebenar Bandaraya Kuala Lumpur pada skala yang lebih kecil. Replika yang tampak real ini dibina dengan sangat terperinci dengan senibina bangunan, bentuk jalanraya, landskap taman dan banyak lagi.

10. Sunway Lagoon

Jika anda hanya punyai masa untuk mencuba satu taman tema di Kuala Lumpur, anda perlu menuju ke Sunway Lagoon. Taman tema ini juga menempatkan Taman Bertema Nickelodeon pertama di Asia, kolam luncur air paling besar di dunia dan juga Taman Hidupan Liar yang menjadi habitat kepada lebih 150 spesies haiwan.

11. Menara KLCC

Berdiri megah pada ketinggian 421 meter, Menara Kuala Lumpur (Menara KL) adalah salah satu mercu tanda paling ikonik dan popular di Malaysia yang semegah Menara Berkembar Petronas (KLCC). Menara KL ialah menara berdiri bebas ke – 7 tertinggi di dunia yang menawarkan pemandangan 360 darjah bandar yang menakjubkan dari sudut tertinggi di Kuala Lumpur!

12. Menara Berkembar Petronas KLCC

 

Menara Berkembar Petronas mungkin menjadi salah satu mercu tanda yang paling ikonik di Kuala Lumpur dan Malaysia. Rupanya yang megah pada siang hari dan mempesonakan pada waktu malam akan membuat anda tidak mahu melepaskan peluang untuk nikmati pemandangan indah ini apabila anda terokai bandar ini.

13. Bangunan Sultan Abdul Samad

Terletak betul – betul di seberang jalan dari Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad adalah salah satu monumen paling penting di Malaysia. Bangunan ini dibina sepenuhnya dari bata dengan gerbang yang anggun dan menara jam yang sekali lihat macam Big Ben mini! Ia dibina pada tahun 1897 dengan direka bentuk oleh arkitek yang sama mereka bentuk Masjid Jamek yang sama cantik.

 

Kalau bercuti ke Kuala Lumpur, satu perkara yang mungkin menjadi cabaran adalah kesesakan trafik lebih –  lebih lagi pada waktu puncak. Jadi sebaiknya kalau ingin jimat kos & masa anda boleh menggunakan pengangkutan awam seperti train, grab car, ataupun Go KL Bus. Selamat Bercuti!

 

Share.

Leave A Reply