13 Tempat Makan Best Arab Di Jitra, Kedah | Korang kalau datang ke Jitra bercuti pastu teringin nak makan makanan arab? Korang boleh datang dan try restoran-restoran dekat bawah ni. Pasti korang akan puas hati dan repeat lagi untuk kali kedua.

Bagi yang suka food hunting cari port makan yang best, viral korang boleh datang ke sini dan menikmati pelbagai hidangan yang mereka tawarkan. Teringin nak cuba makanan yang menarik di Jitra tapi tak tahu dekat mana? Berikut kami Khalifah Media Networks kongsi senarai 13 tempat makan best untuk anda cari makanan arab di Jitra, Kedah.

 

1. ISTANBUL CAFE – MAKANAN ARAB

Kedai Nasi Arab paling sedap di Jitra & Alor Setar, recommend untuk datang makan di sini. Hiasan dalaman kedai yang lawa, makanan pon semua menarik dan pelbagai. Sangat berbaloi untuk korang datang cuba dekat sini. Layanan yang sangat mesra,  dan korang takkan tunggu lama. Makanan pon sedap sangat. Sangat recommended la untuk korang datang.

Rancang nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di 11, Jalan Jitra, Bandar Darulaman Jaya, 06000 Jitra, Kedah. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 12 tengah hari pagi hingga 10.30 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel:  016-575 1749.

 

2. WADI SINAI – MAKANAN ARAB

Restoran Wadi Sinai adalah Fusion Cuisine restoran yang sediakan Menu Utama Nasi Arab dan side dish seperti makanan barat, pasta (Spaghetti) dan menu lain ikut citarasa tempatan yang tepati selera orang kita, berbilang bangsa.

Ruang makan yang selesa untuk seisi keluarga, terutama untuk ibu-ibu yang ada baby ruang dalam bersila amatlah selesa. Untuk yang lebih suka santai sambil ambil udara luar, boleh pilih bahagian luar kedai yang ada bumbung. Selain nasi arab, pilihan Western Foods jugak ada dekat sini… Insyaallah tak menyesal cuba!

Jika anda dan keluarga nak datang untuk cuba makanan di sini. Lokasi restoran ini terletak di College Heights Utara Commercial Square, Kampung Paya Dudur, 06000 Jitra, Kedah. Waktu operasi pada setiap hari kecuali hari Selasa pada jam 12 tengah hari hingga 10.30 malam. Kalau anda ada sebarang soalan atau ingin buat tempahan boleh hubungi di no tel: 014-997 0881.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/restorenwadisinai/

 

3. SHAMIEDA BRIYANI HOUSE – MAKANAN ARAB

Shamieda Briyani House ini juga adalah salah satu kedai makanan arab yang agak famous di Jitra ni. Harga makanan dekat sini agak mahal tetapi berbaloi lah dengan portion dan rasanya, sangat sedap. Korang pasti akan puas hati dan repat lagi. Ramai pengunjung datang sini biasanya kalau nak buat gathering atau sambut event.

Makanan pon banyak sangat pilihan, korang boleh try nasi mandy ayam, daging, kambing, shawarma, kebab ayam,daging, kambing dan manisan arab yang lain. Datanglah beramai-ramai.

Jika anda dan keluarga nak datang untuk cuba makanan di sini. Lokasi restoran ini terletak di Bandar Darulaman Jaya, 06000 Jitra, Kedah. Waktu operasi pada setiap hari pada jam 11 pagi hingga 10.30 malam. Kalau anda ada sebarang soalan atau ingin buat tempahan boleh hubungi di no tel: 016-915 9724.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/shamiedabriyani/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/shamiedabriyani/

 

4. NASI ARAB EL-MANSOURA – MAKANAN ARAB

Dekat sini mereka ada sediakan menu nasi arab mendy yang citarasa Melayu asli, mereka kekalkan kelazatan seperti berada di negara Arab. Kawasan kedai ni pon meriah dan ramai orang. Mereka juga ada sediakan menu Western food sebagai menu tambahan. Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi no di bawah.

Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di NO 93 BAWAH, SUSURAN PELANGI KOMPLEKS PERNIAGAAN PELANGI, 06000 Jitra, Kedah Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 11 pagi hingga 7 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel:  018-916 8791.

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 4 tempat makan best makanan arab di kawasan Jitra ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply