Keluarga Minta Pegawai Penyiasat Kes Ditukar. Ini Puncanya.| Ipoh: Pihak Polis beri jaminan siasatan lebih telus.. Siasatan kes pelajar Tingkatan Lima yang di langgar kereta dipandu pegawai kanan polis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru.

Pegawai

KETUA POLIS BERI JAMINAN

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memberi jaminan itu selepas beliau mengadakan sesi kunjungan ke rumah  mangsa. Di Taman Chepor Sentosa.

“Insya-Allah saya akan ambil tindakan seperti mana yang diminta oleh keluarga itu. Ini untuk pastikan kepercayaan dan juga siasatan kes ini mendapat kebenaran yang dikehendaki mengikut undang-undang”. Katanya kepada pemberita selepas sesi ziarah itu petang tadi.

Ketika pertemuan itu, bapa mangsa, Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, dilihat tidak mampu menahan pilu susulan kematian anaknya, Muhammad Zaharif Affendi, 17.

MINTA PEGAWAI PENYIASAT KES DITUKAR

Pertemuan itu disusuli dengan luahan keluarga mangsa mengenai insiden berkenaan. Di samping meminta pegawai penyiasat kes yang didakwa mereka mempunyai hubungan sebagai rakan dengan suspek kes itu. Selain persoalan mengenai integriti ketika mengendalikan siasatan.

Dalam pada itu, Mohd Yusri berkata. Setakat ini tujuh saksi yang dipanggil memberi keterangan bagi kes itu dengan kesemua mereka terdiri daripada pelajar sekolah yang berada di lokasi ketika kejadian.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan seberapa segera untuk dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

ibu

Terdahulu, Mohd Yusri berkata reman pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan itu masih dijalankan. Mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 di samping Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh).

Perintah tahanan reman selama 3 hari bermula hari ini sehingga Isnin ini. Dikenakan terhadap suspek berusia 44 tahun yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Dalam kejadian itu, Muhammad Zaharif Affendi maut di lokasi kejadian selepas motosikalnya dikejar dan dilanggar dari arah belakang kereta yang dipandu pegawai polis berkenaan.

ARWAH TERSERET 5 METER

Pelajar  yang maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati. Dikatakan terseret sejauh lima meter.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah itu, mangsa yang juga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, maut di tempat kejadian.

Difahamkan, kejadian berlaku selepas pemandu kereta Perodua Ativa dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa. Iaitu membuat bunyi bising ekzos ketika perjalanan pulang dari sekolah dengan menunggang motosikal jenis Yamaha.

Dikatakan, tidak puas hati itu mendorong pemandu kereta (bukan EV) berkenaan mengejar motosikal ditunggang remaja itu. Kira-kira satu kilometer (km) sebelum melanggarnya dari belakang.

Akibat pelanggaran itu, mangsa yang masih lengkap berpakaian sukan sekolah terjatuh dari motosikal dan diseret kenderaan terbabit.

Saksi kejadian memaklumkan, pemandu kereta berkenaan kemudiannya berpatah balik ke lokasi untuk melihat keadaan mangsa sebelum beredar selepas menyedari kehadiran orang ramai.

Baca : Kes Langgar di Ipoh. Ini Tindakan Mengejutkan Keluarga Zaharif (LINK)

MENINGGAL DUNIA

Mangsa telah dikatakan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini untuk bedah siasat.

arwah

Tinjauan di Jabatan Forensik HRPB dapati, saudara mara mangsa masih menanti proses bedah siasat selesai.

Pengarah Pendidikan negeri. Datuk Mohamad Fauzi Mahson turut dilihat hadir ke Jabatan Forensik itu, bagi menzahirkan rasa dukacita atas kejadian itu terhadap adik beradik pelajar berkenaan.

Insiden berkenaan turut tular di media sosial hari ini.

Terdahulu, media menulis pegawai kanan polis ditahan bagi membantu siasatan kemalangan maut membabitkan pelajar berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, hari ini.

Sumber : HM 

Khalifah Media Networks

Share.

Leave A Reply