Kes Langgar Di Ipoh. Ini Tindakan Keluarga Arwah Zaharif. | IPOH: Keluarga Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie melantik firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak (HWAM). Untuk membela nasib pelajar itu yang maut dipercayai dilanggar kenderan dipandu pegawai kanan polis pada Jumaat lalu.
LANTIK PEGUAM
Mengulas berhubung pelantikan itu, Peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid berkata. Pasukannya akan memastikan siasatan yang telah bermula dibuat secara telus. Dan melihat bagi mengambil tindakan sivil kepada pelaku.
Pihaknya juga sedang melihat adakah tindakan perlu diambil terhadap kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Setakat ini apa yang kami buat adalah mengumpul segala bahan bukti yang ada. Dan melihat kembali semua video-video yang dihadapkan kepada kami. Dan juga mengumpul setiap saksi yang berada di tempat tersebut.
KUMPUL BUKTI
“Insya Allah dalam masa dua tiga hari ini kami dapat kumpul semua ini. Kami akan hadapkan semua pembuktian ini kepada pihak polis. Agar dapat membantu mereka menjalankan siasatan dan tuntutan kami terhadap kejadian tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pihak keluarga Muhammad Zaharif Affendi di Taman Chepor Sentosa, tak jauh dari tempat makan best di Chemor di sini hari ini.
Firma guaman itu sebelum ini pernah mengendalikan beberapa kes berprofil tinggi dalam negara.
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes tersebut daripada pelbagai sudut sebelum kertas pendakwaan berkenaan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
BEBERAPA SAKSI TAMPIL BANTU SIASATAN
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri ketika dihubungi semalam memberitahu, beberapa saksi telah pun tampil bagi membantu siasatan dengan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Polis harap mana-mana individu yang mempunyai bukti seperti rakaman papan pemuka (dashcam) kenderaan atau kamera litar tertutup (CCTV), berhubung kes pelajar maut selepas dilanggar kenderaan yang disyaki dipandu seorang pegawai kanan polis Jumaat lepas, untuk tampil membantu siasatan.
“Kita masih menunggu.. yang ada dashcam, CCTV atau lain-lain, siapa yang ada itu (bahan bukti) kita akan terima. Setakat ini belum lagi,” kata Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi hari ini.
Baca : Keluarga Minta Pegawai Penyiasat Kes Ditukar (LINK)
ESOK TAHANAN REMAN AKAN TAMAT
Beliau berkata esok tempoh tahanan reman pegawai berkenaan akan tamat, namun beliau masih belum dapat mengesahkan sekiranya tempoh reman akan disambung atau sebaliknya.
“Biarkan polis siasat dengan telus dan adil seperti arahan KPN (Ketua Polis Negara), dan juga kita minta saksi-saksi di luar sana yang boleh membantu siasatan untuk tampil, hubungi polis atau pegawai penyiasat untuk beri keterangan,” katanya.
Dua hari lepas, tular di media sosial seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal yang dinaikinya dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati dekat Meru dipercayai dipandu oleh seorang pegawai kanan polis berusia 44 tahun.
Sumber : UM