Ini Keadaan TERKINI Bapa Arwah Adik Zaharif. | Bapa pelajar lelaki 17 tahun yang maut dilanggar kereta, Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55. Sejak kejadian hitam itu sampailah hari ini tidak mampu menjamah makanan kerana sentiasa terkenang arwah anaknya.

Bapa

BAPA ARWAH TIDAK MAKAN

“Sampai hari ini pun, dia (Muhd Zamrie) masih belum makan apa-apa, kecuali air (minum) sahaja. Dia tidak boleh makan. Apabila teringat dekat anak, dia tak mampu nak suap makanan, nasi pun tak boleh, air saja yang boleh tampung.” Kata ibu mangsa, Mimi Julia Ismail, 50, kepada pemberita di rumah mereka di sini hari.

Pada 15 Dis, tular di media sosial seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal yang dinaikinya dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati. Berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, di sini dipercayai dipandu oleh seorang pegawai kanan polis berusia 44 tahun.

Kemalangan kira-kira 12.30 tengah hari itu menyebabkan mangsa Muhammad Zaharif Affendi, 17, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada dan abdomen.

MASIH TIDAK DAPAT MENERIMA

Mimi Julia dalam sebak menyatakan beliau masih tidak dapat menerima cara arwah anaknya itu meninggal dunia.

Mak

“Saya memang tidak boleh terima anak saya mati dibunuh. Kalau dia mati kerana merempit (menunggang motosikal secara berbahaya) pun saya tak kisah, tetapi dengan niat…. kenapa dia kena langgar sampai macam itu, polis pula itu, dia tahu undang-undang,” katanya.

PUNCA BAPA ARWAH SELALU REBAH

Sementara itu, Muhd Zamrie berkata beliau tidak boleh berada dalam situasi tertekan kerana keadaan itu boleh menyebabkan dia rebah akibat mengalami masalah kesihatan.

“Saya cerita berterus terang, saya baru sahaja lepas membuat operation bariatric, lebih kurang dalam satu tahun. Jadi masalah pemakanan saya memang kurang. Saya tak boleh di bawah tekanan, apabila bawah tekanan ataupun terlampau letih saya akan tumbang, itu sahaja,” katanya.

Petang semalam, Muhd Zamrie rebah semasa Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri tiba di kediamannya.

Beliau ditenangkan oleh Mohd Yusri serta orang sekeliling yang bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga berkenaan.

UPDATE TERKINI

Wakil Keluarga Mangsa Langgar Hadir Ke Mahkamah

Wakil keluarga pelajar lelaki 17 tahun yang maut dilanggar kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Ipoh hadir di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini bagi mengikuti pertuduhan, memetik Bernama.

wakil

Menurut wakil, bapa mangsa, Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, berada dalam keadaan yang baik dan akur dengan percaturan yang ditetapkan.

BAPA ARWAH HAMPIR TERIMA

“Buat masa sekarang ini, Alhamdulillah. Dia (bapa mangsa) macam dah hampir terima apa yang berlaku. Kami semua reda dengan pemergian mangsa,” katanya ketika ditanya pemberita pada Isnin.

Semalam, media melaporkan keluarga mangsa langgar telah melantik peguam bagi memastikan siasatan kes itu dijalankan secara telus.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husin berkata tindakan mendakwa pegawai berpangkat DSP itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaaan di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini diputuskan Jabatan Peguam Negara berdasarkan bukti dan keterangan yang diperoleh hasil siasatan menyeluruh oleh pegawai penyiasat.

Sumber : Bernama

KHALIFAH MEDIA NETWORKS

Share.

Leave A Reply