13 Tempat Makan Best Sarapan Di Kangar, Perlis | Kangar adalah bandar utama negeri Perlis di Malaysia. Perlis merupakan negeri terkecil di Malaysia, terletak di bahagian utara negara dan bersempadan dengan Thailand. Kangar merupakan pusat pentadbiran Perlis dan berfungsi sebagai pintu gerbang kepada tarikan semulajadi dan warisan budaya negeri ini. Selain itu, Kangar juga mempunyai tempat makan sarapan yang best yang boleh korang kunjungi sekiranya anda datang ke sana.

Jika anda sedang mencari tempat makan yang best di Kangar tapi tak tahu dimana, Di sini kami kongsikan beberapa tempat makan best yang menarik untuk anda sarapan yang perlu di cuba di sekitar Kangar, Perlis ini.

 

1. WARUNG TEPI SAWAH 2769 – SARAPAN

Sesuai dengan namanya, warung ini benar-benar berada di tepi sawah. Oleh itu, korang dapat menikmati sarapan sambil menikmati pemandangan sawah yang luas dan gunung-ganang yang tinggi di sini. Sudah pasti anda akan makan dengan rasa tenang melihat keindahan sawah padi yang hijau dan udara yang segar. Di sini, terdapat pelbagai menu sarapan yang mereka sediakan seperti roti bakar telur mata, roti bom kuah kari, nasi lemak , pasembor, lempeng kelapa dengan gulai ikan dan banyak lagi.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di Kg Bohor Janggus, 01000 Kangar, Perlis. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 011-1083 7769.

 

2. CAPATI LABU SAYONG & NASI GULAI PANAS – SARAPAN

Bagi peminat capati anda wajib datang dan singgah ke kedai ini untuk merasai mereka punya capati. Capati special mereka sangat laris di kedai mereka dan ini merupakan menu wajib bagi pengunjung yang datang untuk mencuba. Selain capati mereka juga mempunyai menu lain seperti roti canai biasa, nasi lemak, teh tarik special dan banyak lagi pilihan makanan yang boleh korang cuba.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di 26, Jalan Raja Syed Saffi, Kampung Bintong, 01000 Kangar, Perlis. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 04-264 3564.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/capatilabusayung/

 

3. KOPITOK – SARAPAN 

Kopitok merupakan salah satu kedai sarapan pagi di Kangar yang popular jugak. Di sini, terdapat pelbagai jenis minuman kopi bagi penggemar kopi. Kopi mereka sangatlah sedap dan pekat. Berbaloi untuk anda mencubaa. Selain itu, roti tabur, roti john, roti mata, roti kahwin, nasi lemak pandan dan nasi kukus ayam berempah merupakan menu lain yang popular di sini. Harga makanan mereka takde lah mahal sangat sesuai dengan untuk semua orang yang ingin mencuba.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di KM1, Jalan Raja Syed Alwi, Kampung Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Ahad pada pukul 7.30 pagi sehingga 1 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 601156639093 atau boleh terus email di [email protected].

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kopitokmalaysia/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kopitok/?hl=en

 

4. SHIDI ROTI CANAI (SRC) – SARAPAN

Shidi roti canai menyediakan roti canai yang lembut namun kuahnya agak manis. Sesuai untuk mereka yang gemarkan manis tetapi pada yang kurang dengan makanan manis mungkin bagi mereka agak kurang sedap.
Nasi lemak pandan pon merupakan salah satu menu yang recommended oleh pengunjung yang pernah datang ke sini. Terdapat pelbagai pilihan lauk seperti kari ikan, ayam goreng, sambal udang dan sambal sotong kering.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di Abi, Perlis, 01000 Kangar, Perlis. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Selasa pada pukul 6.45 pagi sehingga 11.45 pagi. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 012-460 2567.

 

5. ALI KOPITIAM – SARAPAN

Pilihan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa menanti untuk memuaskan semua selera. Dari Roti Telur Sarang Burung yang garing hingga gulai ikan panas-panas, dari aroma segar teh tarik hingga keunikan roti peknga yang mencuci lidah, kedai ini menawarkan pelbagai hidangan yang memikat. roti lengang, yang menyerupai pancake dengan sentuhan lokal, pasti menjadi daya tarikan tersendiri.

Ali Kopitiam bukan sekadar tempat untuk makan, tetapi juga merupakan peluang untuk merasai budaya makanan setempat. Menjadikannya destinasi kegemaran untuk memulakan hari dengan penuh kebahagiaan dan kenikmatan

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di No. 65, Kampung Kechor Behor Ampang, 01000 Kangar, Perlis. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7 pagi sehingga 8 malam. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 011-5850 2107.

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 5 tempat makan best sarapan di kawasan Kangar ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply