13 Tempat Makan Best Sarapan di Sibu, Sarawak | Daya tarikan Sibu ialah keramahan penduduk di sini. Terdapat juga sebuah bangunan yang tinggi iaitu To Pek Kong yang terletak di perairan Sibu yang jelas kelihatan dari jauh. Disebabkan itu, terdapat banyak tempat-tempat makan yang best dan viral yang boleh korang kunjung kalau korang datang ke sini.

Bagi yang suka food hunting cari port breakfast yang best, viral korang boleh datang ke sini dan menikmati pelbagai hidangan yang mereka tawarkan. Teringin nak cuba makanan yang menarik dari daerah Sibu tapi tak tahu dekat mana? Berikut adalah senarai 13 tempat makan best untuk anda sarapan best di Sibu, Sarawak.

 

1. YS CAFE – SARAPAN

Ini adalah salah satu restoran yang boleh korang pergi untuk sarapan kalau korang berada di sekitara Sibu. Mereka ada sediakan menu sarapan pagi seperti roti titab, laksa Sarawak, mee kolok, nasi ayam, nasi goreng, kuih-muih dan macam-macam lagi. Makanan yang di masak panas-panas oleh staff yang handal pasti akan buat anda terliur dengan masakan mereka. Boleh datang kalau korang free hujung-hujung minggu untuk cuba.

Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di Kampung Nangka, 96000 Sibu, Sarawak. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel:  05-462 4868.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/ysofficial.sbw/?locale=ms_MY

 

2. RASA SAYANG CAFE – SARAPAN

Restoran ni dapat rating yang tinggi dekat Google dan rata-rata pengunjung yang datang bagi review dan komen yang memuaskan. Harga pon mereka kata murah dan berbaloi dengan rasanya. Menu yang ada dekat restoran ni banyak. Laksa Sarawak mereka adalah menu yang paling bestseller dekat sini. Ini kerana kuahnya yang pekat dan cukup rasa, buatkan laksa tersebut menjadi pilihan pengunjung yang datang.

Jika anda dan keluarga nak datang untuk cuba makanan di sini. Lokasi restoran ini terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak. Waktu operasi pada setiap hari kecuali hari Rabu, pada jam 6.30 pagi hingga 3 petang.

 

3. D’DAPUR ANI – SARAPAN

Korang dah bosan asyik breakfast tempat yang sama je? Bolehlah datang ke sini untuk cuba menu breakfast yang ada dekat sini pula, mesti korang akan repeat. Restoran ni dulu pernah viral dekat media sosial. Menu-menu yang mereka sedikan pon banyak dan kawasan restoran pon besar dan luas. Sangat selesa untuk bawa family besar.

Jika anda dan keluarga nak datang untuk cuba makanan di sini. Lokasi restoran ini terletak di Kampung Datu, 96000 Sibu, Sarawak. Waktu operasi pada setiap hari kecuali hari Ahad pada jam 7 pagi hingga 2.30 petang. Kalau anda ada sebarang soalan atau ingin buat tempahan boleh hubungi di no tel:  013-569 1419.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Ddapur-Ani-100057309384016/

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best sarapan di kawasan Sibu ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply