13 Tempat Makan Malam Best di Beaufort, Sabah | Khalifah Media Networks – Beaufort adalah sebuah daerah di Sabah, Malaysia yang berada di sebelah barat laut pulau Borneo. Bandar ini amat lah popular sebagai salah satu destinasi percutian tidak kira pelancong luar ataupun dalam. Bukan setakat itu saja, bandar ini juga popular dengan tempat makan menarik yang anda boleh nikmati.

Lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang anda boleh kunjungi di Beaufort, Sabah ini.

 

1. Y&Y RESTAURANT – MAKAN MALAM

Teringin nak makan malam dengan hidangan Malay, Asian dan juga Western tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, masalah ini boleh diselesaikan di Y&Y Restaurant. Y&Y Restaurant ini adalah sebuah restoran yang cukup popular di Beaufort ini kerana kepelbagaian hidangan yang anda boleh pilih. Pasti akan membuatkan anda rambang mata nak makan apa. Bukan itu sahaja, anda pasti akan berpuas hati kerana hidangannya sangat sedap, suasana yang cukup baik dan perkhidmatan disini pun terbaik. Jadi, restoran ini amatlah sesuai sekiranya anda ingin  makan malam bersama keluarga atau beramai-ramai.  Sebelum kita ke senarai yang lain, jom cuci mata tengok beberapa gambar menu yang ada disini.

Nampak sedap, bukan? Lokasi Y&Y Restaurant ini di Jalan Binunuk, Beaufort Jaya, 89800 Beaufort, Sabah dan beroperasi setiap hari pada 10:30 pagi hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 087-211787.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/people/YY-Restaurant/100063792810630/

 

2. PONDOK D’SALSABILA – MAKAN MALAM

Ni bukan sebarang pondok tapi pondok yang luar biasa kerana siapa sangka disini mereka ada menyediakan pelbagai hidangan Asian dan juga Western. Pondok D’Salsabila adalah salah satu hidden gem yang ramai masih tak tahu. Tempat makan ini sangatlah berbaloi untuk dikunjungi, lebih lebih  lagi harga makanan yang ditawarkan pun cukup berpatutan. Antara menu yang ada disini ialah Butter Prawn Rice, Nasi Goreng Paprik, Nasi Daun Ikan Lele Keli, TomYam Seafood, Sayur Kangkung Belacan Ikan Baulu 3 Rasa dan banyak lagi. Nampak menarik kan? Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi ini di Jln Lumatai, 89800 Beaufort, Sabah dan dibuka setiap hari pada 10 pagi hingga 11 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 013-8511882.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/DSalsabila.Restoran/

 

3. NASI KERABU AYAM BEREMPAH – MAKAN MALAM

Tiba-tiba craving Nasi Kerabu tapi tak tahu dekat mana? Anda boleh kunjung di Nasi Kerabu Ayam Berempah ini. Pasti akan menjilat jari punya. Dikatakan Nasi Kerabu ini akan membuatkan anda seolah-olah berada di Kelantan kerana keaslian rasanya seperti pantai timur.  Bukan setakat Nasi Kerabu sahaja ada di sini terdapat pelbagai menu yang anda boleh dapatkan seperti Nasi Penyet Ayam Berempah, Nasi Ayam Dagang, Nasi Kukus Ayam Berempah dan banyak lagi.

Lokasi Nasi Kerabu Berempah ini di 89800 Beaufort, Sabah dan dibuka setiap hari pada 8:30 pagi hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 013-4163280.

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Beaufort ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Beaufort ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply