13 Tempat Makan Malam Best di Ranau, Sabah | Khalifah Media Networks – Ranau adalah sebuah bandar yang berada di negeri Sabah. Bandar ini cukup dikenali dengan kawasan bukit bukau yang indah untuk mata memandang. Walaupun bandar ini kaya dengan keindahannya tapi siapa sangka, bandar ini juga mempunyai tempat makan malam yang sedap.

Lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang anda boleh kunjungi di Ranau, Sabah ini.

 

1. MARI MAKAN RANAU – MAKAN MALAM

Anda buntu nak makan apa di Ranau ini? Jangan risau, Mari Makan Ranau adalah salah satu tempat makan yang anda boleh kunjungi. Untuk pengetahuan anda, Mari Makan Ranau adalah sebuah hidden gem di Ranau ini. Terdapat banyak pilihan yang anda boleh pilih di sini. Semestinya akan membuatkan anda rambang mata. Tapi jangan risau, anda boleh cuba Nasi Padang, Nasi Campur, Nasi Goreng Belacan Berlauk Daging Masak Kicap ataupun Nasi Goreng Black Pepper Chicken. Sedap pun sedap, harga pun berpatutan! Sementara tu, boleh lah anda lihat gambar dibawah ini, pasti terliur punya lah.

Lokasi Mari Makan ini di Jalan Tamparuli – Ranau, Pekan Ranau, 89308 Ranau, Sabah dan dibuka setiap hari 7 pagi hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-8106992.

 

2. TEMPAYAN CAFE – MAKAN MALAM

Kalau anda inginkan makan makanan Mamak, anda boleh ke Tempayan Cafe ini. Dikatakan Tempayan Cafe adalah salah satu port yang terbaik dalam menghidangkan masak Mamak di Ranau. Aroma sahaja pun cukup mengiurkan apatah lagi bila menjamu selera. Kambing kari disini cukup rempahnya ditambah pula dengan daging dan nasi yang lembut apabila dimakan. Memang puas hati lah orang kata. Bukan setakat itu saja, dekat sini juga mereka ada menyediakan makanan seperti Nasi Goreng Ayam, Mee Goreng Ayam, Soto Ayam, Nasi Mandy Ikan Goreng dan banyak lagi. Kalau anda seorang big eater, pasti akan menyukainya kerana saiz portionnya cukup mengenyangkan. Nampak menarik, bukan? Jadi tunggu apa lagi, jom singgah di Tempayan Cafe ini.

Lokasi kafe ini di Kiaburi Plaza, Pekan Ranau, 89308 Ranau, Sabah dan dibuka setiap hari pada 7 pagi hingga 9 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 016-9341143.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Tempayan-Cafe-Ranau-100063914618681/

 

3. AUGUST KITCHEN – MAKAN MALAM

Craving makanan Western tapi anda inginkan suasana makan malam seperti di dalam hotel? Persoalan anda itu terjawab di August Kitchen ini. August Kitchen ini bukanlah sebuah restoran yang asing lagi kerana ianya cukup popular dengan suasana dalaman yang cantik mata memandang. Sekali anda melangkah, pasti anda akan terpesona melihatnya. Bukan itu sahaja, kepelbagaian hidangan Western juga bakal memukau anda. Dua gabungan ini menjadikan ia sebagai makan malam yang sempurna. Restoran ini amatlah berbaloi untuk dikunjungi. Tak percaya? Cubalah rasai sendiri pengalamannya.

Lokasi ini di Jalan tamparuli Kundasang, 89300 Ranau, Sabah dan dibuka pada Isnin hingga Jumaat pada 8 pagi hingga 3 petang dan dibuka semula pada 5 petang hingga 9 malam manakala pada Sabtu dan Ahad dibuka pada 8 pagi hingga 9 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 018-2235622.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/augustkitchen6666/

 

4. LOHAN ROCK CAFE – MAKAN MALAM

Tiba-tiba tekak terasa nak makan makanan Western? Anda boleh cuba singgah di Lohan Rock Cafe ini. Lohan Rock Cafe adalah sebuah kafe yang simple menghidangkan pelbagai hidangan Western dan juga makanan tempatan Sabah. Anda pasti akan terpegun kerana suasana disini cukup cantik, selesa dan paling penting hidangan disini cukup sedap. Pasti anda akan menjilat jari kesedapan punya lah. Kalau anda ada di sini, bolehlah cuba Burger mereka. Memang terbaik dan berbaloi lah untuk dikunjungi. Anda masih ragu ragu? Jom lihat dulu gambar menu dibawah ini, pasti anda akan mengubah fikiran.

Lokasi Lohan Rock Cafe ini di Jalan Lohan Bongkud, 89308 Ranau, Sabah dan dibuka pada 1 petang hingga 8:30 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 014-9903070.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/LohanRockCafe/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa empat tempat makan malam terbaik di daerah Ranau ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Ranau ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply