13 Tempat Makan Malam Best di Kota Marudu, Sabah | Khalifah Media Networks – Kota Marudu adalah sebuah kawasan di Sabah, Malaysia. Bandar ini amat lah popular dengan keindahan alamnya termasuk pantai pantai yang menakjubkan dan gunung gunung yang menarik. Sebagai sebuah kawasan yang kaya dengan keindahan alamnya, Kota Marudu juga menawarkan pengalaman kulinari yang menarik untuk anda nikmati.

Lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang anda boleh kunjungi di Kota Marudu, Sabah ini

 

1. MYSARA CAFE – MAKAN MALAM

Anda risau harga mahal? Jangan risau, masalah itu boleh diatasi di Mysara Cafe. Di Mysara Cafe, anda boleh dapatkan banyak hidangan terutamanya masakan tempatan dengan harga yang mampu milik. Nasi Ayam, Tomyam, Nasi Campur Kari Ikan Pari Sayur Bawang adalah antara menu yang disukai oleh rata rata pelanggan disini. Restoran ini amatlah sesuai bagi anda yang ingin makan bersama seisi keluarga atau kawan kawan. Sambil melihat restoran yang lain, boleh lah lihat gambar menu dibawah ini. Pasti anda akan terliur melihatnya.

Lokasi Mysara Cafe ini di 89100 Kota Marudu, Sabah dan dibuka setiap pada 8 pagi hingga 11 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 014-6765468.

 

2. RESTORAN ANJUNG SANTAI – MAKAN MALAM

Nama pun Anjung Santai, sudah semestinya restoran ini menawarkan makan malam yang santai. Dekat sini, terdapat banyak hidangan yang anda boleh dapati. Antaranya ialah Sizzling Special, Tomyam, Nasi Lalapan Ayam, Nasi Ayam Penyet dan banyak lagi. Anda pasti akan suka lebih lebih lagi harga yang ditawarkan pun cukup murah. Memang best lah orang kata. Jadi, bagi anda yang ingin santai bersama kawan kawan atau bersendirian, anda boleh lah kunjung disini.

 Lokasi Restoran Anjung Santai ini di 89100 Kota Marudu, Sabah dan dibuka setiap hari pada 8 pagi hingga 8 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-61607947.

 

3. ZACS PLACE – MAKAN MALAM

Anda seorang yang suka mengambil gambar makan? Zacs Place adalah tempat untuk anda. Zacs Place adalah sebuah kafe yang cukup popular dalam hidangan Korea dalam kawasan dalaman. Anda pasti tertanya tanya bagaimana kafe ini boleh ada di kawasan seperti ini. Unik, bukan? Kalau anda seorang penggemar makanan Korea, anda pasti akan menyukainya kerana hidangan disini dikatakan lebih baik dari kebanyakkan kafe Korea di KK. Rasanya seperti lebih kurang di Korea. Jadi, kafe ini amat lah berbaloi untuk anda kunjungi. Memang terbaik. Jadi, tunggu apa lagi. Cubalah rasai sendiri pengalamannya.

Lokasi Zacs Place ini di FQ6Q+FP, 89100 Kota Marudu, Sabah dan beroperasi setiap hari kecuali Isnin pada 11:30 pagi hingga 9:30 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 010-3674561.

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/zacsplace/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Kota Marudu ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Kota Marudu ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply