13 Tempat Makan Malam Best di Kota Kinabalu, Sabah | Khalifah Media Networks – Kota Kinabalu atau dikenali sebagai KK adalah ibu kota bagi negeri Sabah. Bandar yang berlokasi di pantai barat Sabah ini cukup lah popular sebagai salah satu destinasi percutian yang menarik untuk dikunjungi. Terdapatnya pantainya yang indah, gunung ganang yang menjulang serta kehidupan laut yang kaya. Bukan itu sahaja, KK ini juga mempunyai tempat makan menarik yang boleh untuk dicuba.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang boleh cuba di Kota Kinabalu, Sabah ini. Pasti mengiurkan!

 

1. MASAKAN SEDAP RESTAURANT – MAKAN MALAM

Korang buntu nak makan apa? Jangan risau, masakan sedap restaurant ni adalah tempat untu korang. Masakan Sedap Restaurant ini adalah sebuah restoran yang dikenali sebagai syurga makanan. Ini kerana restoran ini ada pelbagai jenis pilihan yang korang boleh dapatkan. Antaranya seperti Steamed Siakap, Nonya Style, Pucuk Manis Belacan, Salted Egg Squid, Salted Egg Crab, Butter Prawn, Lemon Chicken dan banyak lagi. Kebanyakan makanan disini sangat lah lazat dan puas apabila dimakan. Suasana disini sangat lah cantik dengan cahaya lampu yang tersusun rapi, kawasan yang bersih dan luas. Jadi, restoran ini amatlah sesuai bagi korang yang makan bersama keluarga. Memang berbaloi!

Lokasi restoran ini di 1, Jln Lintas, Kolam Centre, 88200 Kota Kinabalu, Sabah dan beroperasi setiap hari pada 9:30 pagi hingga 2:30 petang dan dibuka semula pada 5 petang hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 088-247459.

 

2. WARUNG BANDUNG – MAKAN MALAM

Kalau korang teringin nak makan makanan Nusantara, korang boleh ke Warung Bandung ini. Warung Bandung ini adalah sebuah restoran Indonesia di Sabah ini. Restoran ini menjadi salah satu port bagi sesiapa sahaja yang inginkan makanan Nusantara. Terdapat pelbagai pilihan yang boleh dapati disini antaranya seperti Nasi Panggang Ayam Penyet, Nasi Panggang Ayam Panggang Balado dan banyak lagi. Memang best lah makan dekat sini lebih lebih lagi kalau ada kawan sekali. Selamat mencuba!

Lokasi ini di Tingkat Bawah Lot 4, Block C, Lintas Jaya Fasa 1, Jalan Penampang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah  dan dibuka setiap hari pada 11 pagi hingga 8 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-26869735.

 

3. KK GARDEN SEAFOOD RESTAURANT – MAKAN MALAM

Tiba-tiba terasa nak makan Seafood, korang bolehlah cuba di KK Garden Seafood Restaurant ini. KK Garden Seafood Restaurant adalah sebuah restoran Seafood milik pemilik Muslim. Korang pasti akan suka punya kerana dekat sini, terdapat pelbagai pilihan hidangan yang korang boleh dapati seperti Ikan, Ketam, Sotong, Udang dan banyak lagi. Rata-rata pelanggan disini sangat berpuas hati dengan rasa makanan disini, kesegaran makanan laut, suasana yang baik dan perkhidmatan pun tiptop. Kenyang pun dapat hati pun gembira. Korang tak percaya? Korang cubalah rasai sendiri pengalamannya.

Lokasi KK Garden Seafood Restaurant ini di Street, Jalan Gaya, Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah dan dibuka setiap hari pada 11:30 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-23660600.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kkgardenseafood/

 

4. KAMPUNG NELAYAN FLOATING SEAFOOD MARKET RESTAURANT – MAKAN MALAM

Korang Seafood Lover? Kalau jawapan korang ya, korang kena singgah di Kampung Nelayan Floating Seafood Market Restaurant ini. Kampung Nelayan ini adalah salah satu port Seafood yang best di Kota Kinabalu ini. Dekat sini, bermacam macam jenis hidangan makanan laut yang korang boleh dapatkan seperti Ikan, Ketam, Udang, Sotong dan banyak lagi. Tempat ini amatlah sesuai bagi korang yang ingin gathering bersama keluarga atau rakan rakan. Harga pun murah sedap pun sedap. Bukan itu sahaja, restoran ini juga ada menyediakan persembahan tarian tradisional. Jadi, sambil korang menikmati hidangan tu, boleh lah korang menikmati persembahan mereka. Nampak menarik bukan? Selamat menjamu selera!

Lokasi ini di Kampung Nelayan Floating Seafood Market Restaurant, Jalan Bukit Padang Luyang, Taman Tun Fuad Stephen, 88300 Kota Kinabalu, Sabah dan dibuka setiap hari pada 11 pagi hingga 2 petang dan dibuka semula pada 6 petang hingga 11 malam.  Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 088-231003.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kampungnelayan/

 

5. BORENOS FRIED CHICKEN (ASIA CITY) – MAKAN MALAM

Tiba-tiba korang craving Fast Food? Selain KFC, korang boleh ke Borenos Fried Chicken ini. Borenos Fried Chicken adalah restoran Fast Food tempatan No. 1 di Sabah. Sesiapa sahaja yang datang ke Kota Kinabalu, pasti wajib singgah disini tambah tambah lagi penggemar ayam goreng. Dikatakan ayam goreng disni sangat lah sedap, juicy, panas dan paling penting portion besar. Memang puas lah makan. Pasti korang akan repeat punya lah. Dekat sini, korang boleh pilih menu yang telah disediakan. Harga yang ditawarkan pun sangat lah mampu milik. Jadi, tunggu apa lagi. Rugi tau kalau korang tak cuba.

Lokasi ini di Kompleks, Lot G23, Ground Floor, Jalan Asia City, Asia City, 88000 Kota Kinabalu, Sabah dan dibuka setiap hari pada 24 jam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 018-9632280.

BUSINESS PAGE: https://www.borenos.com/

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/borenos/

 

6. NOOK CAFE – MAKAN MALAM

Inginkan makan malam dengan suasana yang tenang dan mempunyai pelbagai pilihan hidangan? Jawapan tersebut terjawab di Nook Cafe ini. Nook Cafe adalah salah satu kafe yang popular dan wajib untuk dikunjungi di Kota Kinabalu ini. Suasana kafe ini cukup menenangkan ditambah pula dengan perkhidmatan disini yang semakin bagus. Bukan setakat itu sahaja, mereka ada menyediakan pelbagai jenis hidangan yang berkualiti. Antaranya ialah Chicken and Egg Sandwiches, Pesto Pasta, Tomato Soup dan banyak lagi. Kafe ini boleh dijadikan salah satu tempat untuk bersembang atau makan bersama kawan-kawan. Memang terbaik!

Lokasi Nook Cafe ini di 19, Lorong Dewan, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah dan dibuka setiap hari pada 8 pagi hingga 9 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 012-8663900.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/nookcafekk/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/look.for.nook/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa enam tempat makan malam terbaik di daerah Kota Kinabalu ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Kota Kinabalu ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply