13 Tempat Makan Malam Best di Kunak, Sabah | Khalifah Media Networks – Kunak adalah sebuah daerah di Sabah, Malaysia yang berada di pantai timur Semenanjung Sabah. Daerah ini cukup popular dengan keindahan alamnya seperti pantai pantai pasir putihnya dan kehidupan laut yang cantik. Bukan itu sahaja, Kunak ini juga popular dengan hidangan lautnya yang segar, lazat dan autentik.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang boleh kunjung di Kunak, Sabah ini.

 

1. RESTORAN SAMBAL HIJAU KUNAK SABAH – MAKAN MALAM

Kalau korang ada di Kunak, korang kena datang ke Restoran Sambal Hijau Kunak Sabah. Dikatakan Restoran Sambal Hijau Kunak Sabah adalah salah satu restoran terbaik dalam menghidangkan Ikan Baulu di Kunak ini. Apa yang menariknya ialah Ikan yang dihidangkan itu tiada sebarang tulang. Memang best lah nak makan. Oleh disebabkan itu, restoran ini popular dalam kalangan penduduk setempat.

Lokasi Restoran Sambal Hijau ini di Kampung Simpang Empat, 91209 Kunak, Sabah dan dibuka setiap hari pada 9 pagi hingga 8 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 017-8606461.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/sambalhijaukunak/

 

2. SENDUK JEBAT IKAN BAKAR CORNER RESTAURANT – MAKAN MALAM

Ini bukan sebarang Senduk, Senduk ini bakal memikat hati korang dengan hidangannya. Senduk Jebat ini adalah sebuah restoran makanan laut terbaik di Kunak ini.  Walaupun kedai ini kelihatan biasa pada luarannya tapi mereka juga mampu menghidangkan pelbagai hidangan makanan laut yang lazat. Rata-rata pelanggan disini berpuas hati sehingga menjilat jari. . Antara menu yang korang kena cuba disini ialah Sotong Bakar Bersambal dan Ikan Bakar Ketambak. Memang berbaloi lah orang kata, sedap pun sedap, murah pun murah. Korang tak percaya? Cubalah rasai sendiri pengalamannya.

Lokasi ini di Lot 63K, Bangunan Man Ho, Lot No5, 91207, 91100 Kunak, Sabah dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 9:30 pagi hingga 9 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-35481905.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/SendukJebatIkanBakarCorner/

 

3. IZZAT CAFE – MAKAN MALAM

Kalau korang lapar, korang boleh ke Izzat Cafe ini. Izzat Cafe ini menghidangkan beberapa hidangan yang korang boleh cuba tambah tambah lagi makanan tempatan. Jika korang ada dekat sini dan buntu nak makan apa, korang boleh cuba Tomyam, Classic Chicken Noodle Soup, Chicken Fried Noodles dan banyak lagi.  Harga pun murah dan persekitaran pun bersih. Bukan itu sahaja, tempat ini amatlah sesuai bagi korang yang nak melepak bersama kawan-kawan. Jadi, selamat mencuba!

Lokasi Izzat Cafe ini di Jalan Kg Getah, 91100 Kunak, Sabah dan dibuka setiap hari pada 10 pagi hingga 10 malam.

 

4. DOZO KUNAK – MAKAN MALAM

Dozo bukanlah sebuah restoran yang asing lagi kerana ia cukup popular dengan kualiti hidangan dan perkhidamatan yang ditampilkan. Buktinya, Dozo Kunak ini mendapat 4.9 star di Google Review. Dekat sini, mereka ada menawarkan pelbagai jenis hidangan yang lazat. Antara menu yang menjadi pilihan di Dozo ini ialah Nayang Kopi Tarik Sejuk, Dozo Mee Basah dan banyak lagi. Korang pasti akan puas hati punya lah lebih lebih lagi tempat ini telahpun disyorkan oleh orang ramai. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi Dozo Kunak ini di Plaza Boheyan, Jalan Bagiang, Pekan Kunak, 91100 Kunak, Sabah dan dibuka setiap hari pada 9 pagi hingga 9 malam.

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa empat tempat makan malam terbaik di daerah Semporna ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Semporna ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply