13 Tempat Makan Malam Best di Raub, Pahang | Raub adalah sebuah bandar yang terletak di negeri Pahang. Bandar ini bukanlah sebuah bandar yang asing lagi kerana ianya amatlah popular sebagai salah satu tempat tarikan pelancongan semula jadi.
Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best di Raub, Pahang yang korang boleh kunjungi.
1. AZMI STEAM TEMPOYAK RAUB – MAKAN MALAM
Kalau korang inginkan masakan tempatan yang padu, korang kena singgah di Azmi Steam Tempoyak Raub ini. Restoran Azmi Steam Tempoyak Raub adalah antara restoran yang popular dalam kalangan penduduk disini. Seramai 760 orang rata-ratanya memberikan review yang baik dari segi harga, portion, perkhidmatan dan suasana. Memang korang akan puas hati punyalah. Tak percaya? Cubalah rasai sendiri pengalamannya.
Lokasi restoran ini di lot 1001, 27600 Raub District, Pahang dan dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat pada 11 pagi hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 013-9311071.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/azmisteam.tempoyak/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/azmisteamtempoyak_raub/
2. AWIERA TOMYAM – MAKAN MALAM
Korang cari makan malam dengan harga yang berpatutan dan portion yang banyak? Korang kena singgah di Awiera Tomyam ini. Dekat sini, terdapat banyak jenis hidangan yang korang boleh pilih seperti Tomyam, Ayam Goreng Kunyit, Telur Dadar, Kai Lan dan banyak lagi. Korang pasti akan gembira punyalah. Tempat ini sesuai untuk seisi keluarga makan bersama. Selamat mencuba!
Lokasi ini di 1906, Lebuhraya Kuala Lumpur – Gua Musang, 27600 Raub District, Pahang dan dibuka pada setiap hari pada 10:30 pagi hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 019-9559410.
3. RESTORAN SATAY HOUSE (CEEK YAA) – MAKAN MALAM
Nak makan Satay tapi tak tahu dekat mana yang best? Korang boleh ke Restoran Satay House (Ceek Yaa). Kalau korang nak tahu, restoran ini adalah salah satu restoran yang terbaik dalam menghidangkan Satay di daerah Raub. Dikatakan Satay disini mempunyai rasa yang cukup lazat, juicy dan sangat berbaloi untuk korang makan. Terdapat pelbagai jenis Satay yang korang boleh cuba seperti Satay Kambing, Satay Ayam, Satay Daging dan banyak lagi. Bau aroma saja pasti akan buatkan korang terpukau punya. Jadi tunggu apa lagi.
Lokasi satay ini di No 9, Pusat Komersial Raub, Tingkat Bawah, 27600 Raub District, Pahang dan dibuka pada setiap hari pada 2 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 013-9311071.
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Raub ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Raub, Pahang. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!