13 Tempat Menarik Di Johor Yang Anda Harus Lawati | Negeri Johor mempunyai banyak tempat percutian menarik yang boleh dikatakan lengkap dalam semua kategori baik di pantai, pulau, taman tema, resort menarik, taman negara, air terjun, tempat membeli belah dan banyak lagi
Sudah masuk musim cuti sekolah bulan Disember ini. Hari ini, mari kita terokai 13 tempat menarik di Johor yang paling popular untuk anda lawati bersama keluarga dan rakan. Kesemua tempat percutian di Johor seperti bawah ini pasti ada jawapan yang sesuai dengan minat & cabaran yang anda kehendaki.
Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.
1. Legoland
Legoland adalah tempat wajib untuk dilawati jika anda ingin membawa anak – anak anda berekreasi. Sehari di sini pasti anda tidak puas. Untuk datang ke sini, pastikan anda merancang dengan teliti terlebih dahulu. Theme Park dan Water Park di sini akan membuatkan anak – anak anda untuk berada di sini lebih dari sehari.
2. Danga Bay Park
Bagi mereka yang memilih Johor sebagai lokasi pelancongan, anda wajib melawati Danga Bay yang merupakan kawasan bersantai popular di tepi laut. Anda boleh berjalan santai di tepi pantai Danga Bay, menaiki Cruise, bermain di Theme Park, membeli – belah di Danga City Mall dan lain – lain lagi.
3. Pulau Rawa
Bagi anda yang nak melepaskan lelah berkerja selama 2 ke 3 malam di satu kawasan yang jauh dari hiruk pikuk bandar, Pulau Rawa adalah satu lokasi yang sangat ideal untuk anda bercuti di Johor menenangkan fikiran ataupun boleh dijadikan sebagai lokasi percutian anda di Johor.
4. Desaru Coast Adventure Water Park
Pelbagai aktiviti keriangan di sini yang sesuai untuk semua golongan samaada kanak – kanak ataupun belia remaja yang inginkan cabaran dengan aktiviti yang lebih membuatkan ‘setiap darah mengalir lebih cepat dari hujung kaki ke hujung kepala’. Satu tarikan pelancongan di Johor yang sangat menarik untuk waktu riang ria anda!
5. Pantai Desaru
Pantai Desaru adalah antara pantai peranginan di Johor yang menarik dan popular di kalangan pelancong tempatan dan pelancong dari Singapura. Sekitar Pantai Desaru diberi beberapa pilihan resort menarik yang sesuai untuk percutian bersama keluarga. Di sini turut punyai banyak aktiviti yang pasti anda akan suka.
6. Batu Pahat Botanical Park (Taman Botani Batu Pahat)
Terletak 20km dari pekan Batu Pahat, anda akan terjumpa taman rekreasi yang sangat cantik ini untuk bersiar – siar santai di taman. Berjalan di sekitar jambatan kayu yang mengelilingi tasik yang besar ini akan buatkan anda sangat tenang. Jangan lupa bawa tikar untuk rasai petang yang santai jauh dari bandar.
7. Lost in JB Escape Room
8. Masjid Sultan Abu Bakar
9. Pantai Air Papan
10. Penggaram Square Batu Pahat
11. Taman Merdeka
12. Lanchara de Malayos Kota Tinggi
Terletak di tengah – tengah keindahan alam semula jadi, syurga perkhemahan ini menawarkan variasi aktiviti untuk seisi keluarga. Sediakan khemah dan tenggelamkan diri anda dalam ketenangan alam semula jadi, merenung langit malam yang punyai banyak bintang.
13. Taman Laut Sultan Iskandar (TLSI)
TLSI yang berkeluasan lebih 8,000 hektar terdiri dari 13 pulau yang disebut sebagai sebuah taman laut di negara in. Taman laut ini dibahagi kepada 6 kumpulan gugusan pulau iaitu Pulau Tinggi, Pulau Aur, Pulau Sibu, Pulau Pemanggil, Pulau Besar dan Pulau Rawa. Jadi anda boleh pilih pulau yang anda ingin terokai!
Destinasi percutian di tempat menarik di Johor memang sangat banyak baik untuk kategori taman tema, hutan rimba, taman negara, kepulauan yang cantik, shopping & resort – resort yang menarik.
Rancang percutian anda di Johor dan jangan lupa lihat ramalan cuaca semasa di Johor dan juga untuk mereka yang nak ke tempat menarik di Johor di bahagian kepulauan di Mersing nanti.