13 Tempat Makan Malam Best di Temerloh, Pahang | Temerloh, sebuah bandar maju dan tersusun. Ia terletak di Pahang Tengah dan merupakan pusat pertemuan diantara Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Temerloh juga popular dengan jolokkan Bandar Ikan Patin kerana ikan ini banyak terdapat disini.
Jadi kami bawakan kepada anda, 13 tempat makan best yang anda boleh singgah di Temerloh, Pahang.
1. ALONG PATIN STATION – PATIN TEMPOYAK NO 1 PAHANG – MAKAN MALAM
Kalau korang nak cuba makan makanan tempatan, korang kena ke Along Patin Station ini. Restoran ini adalah salah satu restoran yang popular dengan hidangan tempatan yang sedap. Terdapat bermacam jenis hidangan tempatan yang korang boleh cuba seperti Ikan Patin Tempoyak, Pating Goreng Berlada, Tempoyak Gravy, Sotong Goreng Tepung dan banyak lagi. Korang mesti akan kesedapan menjilat jari punyalah. Jadi selamat mencuba!
Lokasi ini di Lot 15424, Kampung Bukit Batu, 28000, 28000 Temerloh, Pahang dan dibuka pada setiap hari kecuali Selasa dan Rabu pada 10 pagi hingga 11:30 malam.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/alongpatinstation/
2. NAZAN’S CORNER – MAKAN MALAM
Korang suka makan Char Kuey Teow? Korang kena cuba makan di Nazan’s Corner. Kalau korang nak tahu, Nazan’s Corner adalah sebuah hidden gem di Temerloh yang menghidangkan salah satu Char Kuey Teow Banjir terbaik yang korang perlu cuba. Setiap hidangan ini kaya dengan rasa, kuey teow yang dikacau dengan sempurna, dibanjiri dengan portion makanan laut yang banyak dan aroma smoky yang menyelerakan. Korang pasti akan terpegun kerana perkhidmatan disini sangatlah tiptop dan ditambah pula dengan suasana yang menenangkan. Jadi bagi korang yang nak pengalaman makan malam yang santai, korang wajib cuba disini.
Lokasi Nazan’s Corner ini di Lot 3902, KM4, Jalan Maran – Temerloh, Taman Harapan, 28000 Temerloh, Pahang dan dibuka pada setiap hari kecuali Ahad pada 5:30 petang hingga 11:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di 019-9955123.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/NazanCorner/
TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@nazancorner
3. WARUNG ACU – MAKAN MALAM
Kalau korang ada di Temerloh, korang wajib singgah di Warung Acu. Warung Acu adalah cafe terbaik yang ada disini. Cafe ini menerima rating 4.8 oleh 711 orang, dimana hampir kesemua berpuas hati dengan makanan, perkhidmatan dan suasana yang ditawarkan. Cafe ini menyediakan pelbagai jenis makanan Western yang pastinya korang akan kesedapan menikmatinya. Korang boleh lah bawa seisi keluarga atau lepak bersama rakan-rakan disini. Memang korang takkan menyesal punya.
Lokasi warung ini di 9, Jalan Dagang 2, Taman Bukit Angin, 28000 Temerloh, Pahang dan dibuka pada setiap hari pada 3 petang hingga 10:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah boleh hubungi di 013-3011965.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/warungacu/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/warung_acu/
4. PIZZA KAYU API ANAK DOL TEMERLOH – MAKAN MALAM
Korang craving nak makan pizza pada waktu malam? Korang kena pergi ke Pizza Kayu Api Anak Dol Temerloh ini. Restoran ini sangatlah popular dengan hidangan pizza. Bukan setakat lazat je tapi gebu sekali. Dekat sini, terdapat banyak jenis topping yang korang boleh pilih seperti Sambal Hitam, Chicken Supreme, Beef Pepperoni, Daging salai, Sambal Udang dan banyak lagi. Bukan setakat tu je, terdapat bermacam saiz yang korang boleh pilih. Korang pasti akan suka punya. Selamat mencuba!
Lokasi ini di NO130, Jalan Persiaran Damai 1, Damai Court, 28000 Temerloh, Pahang dan dibuka pada setiap hari pada 2:30 petang hingga 10 malam. Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di 011-69550392.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Anakdol-Pizza-Temerloh-100079879756025/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/anakdol/
5. HOGOH DE COC HQ – MAKAN MALAM
Korang peminat tegar kelapa? Korang kena pergi ke Hogoh De Coc HQ. Kalau korang nak tahu, Hogoh De Coc HQ ini adalah salah satu restoran yang popular di Temerloh, Pahang ini. Dekat sini, mereka specialize dalam Coconut Shake yang padu. Sekali rasa pasti nak lagi. Terdapat bermacam toping Coconut Shake yang korang boleh pilih seperti Oreo, Durian, Strawberry dan banyak lagi. Sememangnya korang akan puas hati punyalah. Disini bukan setakat Coconut Shake je tau ada, mereka juga ada menawarkan makanan Local yang sedap. Dahlah sedap, harga, portion dan perkhidmatan disini mmg tiptop. Jadi, selamat mencuba!
Lokasi ini di Paya Pulai, 28000 Temerloh, Pahang dan dibuka pada setiap hari pada 10 pagi hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di 09-2973277.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/hogohdecocohq/
Sekarang ni, kami hanya jumpa empat tempat makan malam terbaik di daerah Temerloh ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Temerloh, Pahang. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!