13 Tempat Menarik Di Kedah Semasa Cuti Sekolah. | Musim cuti sekolah tiba lagi. Sudah pasti ada Ibu Bapa yang sedang mencari tempat-tempat menarik untuk dilawati bersama anak-anak. Waktu cuti sekolah inilah ibu bapa dapat memberi ‘reward’ kepada anak-anak. Jangan lupa, cari juga tempat makan best di Kedah.

best

Bagi anda yang ingin tenangkan fikiran daripada kepadatan di kota, datanglah ke negeri di utara ini.

Kedah berada di Utara tanah air, masa perjalanan menaiki kereta jika dari Kuala Lumpur ke Kedah akan mengambil masa lebih kurang 5 sehingga ke 6 jam.

Jangan risau, jika sudah masuk ke negeri Kedah sudah pasti mata anda akan dijamu dengan suasana kampung yang indah, sawah padi yang terbentang luas dan alam semulajadi yang tidak terganggu oleh sebarang pencemaran. Ini dapat memberikan anda sekeluarga pengalaman percutian yang mendamaikan jiwa.

Sudah pasti jika sebut Kedah tempat menarik untuk bercuti adalah di Langkawi. Untuk kali ini, kita tinggalkan fikiran kita tentang Pulau Langkawi, dan kita fokuskan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi yang berada di kawasan ibu negeri Kedah.

Pelbagai benda menarik yang akan ditemui di Alor Setar baik dari segi sejarah, budaya, makanan, pusat membeli – belah dan juga seni jalanan.

Di sini kami sediakan antara tempat-tempat yang menarik ada di Kedah. Baca sampai habis, bolehlah buat petunjuk tempat mana untuk di tuju.

1 – MENARA ALOR SETAR

Sudah pasti jika ke Kedah tiada lagi idea yang lebih baik daripada memulakan perjalanan bermula dari ibu negeri Kedah iaitu Bandaraya Alor Setar atau orang Kedah sebut ‘Aloq Staq’.

Di tengah – tengah bandaraya Alor Setar terdapat sebuah menara telekomunikasi iaitu Menara Alor Setar. Menara Alor Setar ialah menara yang berketinggian 165.5 meter di Alor Setar, Ia dibina untuk Telekom Malaysia.

Menara

Ia merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Kedah. Menara Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, yang tersergam di kaki langit bandar setinggi 165.5 meter.

Menara Alor Setar ini juga ialah menara yang ke-19 tertinggi di dunia, dan bangunan tertinggi di Alor Setar. Pemandangan di seluruh Alor Setar dapat dilihat di atas menara ini.

Kegunaan menara ini juga adalah untuk membuat cerapan anak bulan bagi menentukan permulaan bulan Ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah, untuk menyambut bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Di atas menara ini juga terdapat sebuah restoran berpusing. Anda boleh menikmati makanan sambil melihat pemandangan bandaraya Alor Setar.

2 – PEKAN RABU

pekan rabu

Pekan Rabu adalah tempat persinggahan yang selalu disinggah oleh pelancong luar atau dalam negara. Di Pekan Rabu ini anda dapat melihat dan membeli pelbagai jenis makanan tradisional melayu seperti dodol, kuih bahulu, ikan perkasam dan lain-lain. Pakaian pun ada jual di Pekan Rabu ini.

3 – MUZIUM PADI

Muzium Padi ini terletak di sebuah perkampungan iaitu Gunung Keriang. Perjalanan daripada Menara Alor Setar hanyalah mengambil jarak sejauh 8.84KM sahaja.

Di dalam muzium ini terdapat pelbagai jenis peralatan tentang sawah padi, seperti contoh pisau mengerat padi, penumbuk padi, dan lain-lain lagi.

padi

Jika ke tingkat atas sekali, mata anada akan dijamu dengan lukisan kehidupan kampung yang tenang dan damai. Anda hanya perlu duduk di kerusi yang disediakan dan bahagian kerusi yang disediakan itu akan berputar 360 darjah dengan perlahan untuk anda nikmati lukisan itu.

4 – MUZIUM NEGERI KEDAH

Asalnya Muzium Negeri Kedah ini berada di sebuah bangunan. Oleh kerana ia mendapat sambutan ramai untuk mengetahui tentang sejarah negeri Jelapang Padi ini. Jesteru, ia telah dipindahkan ke satu tempat yang besar hanya di tepi jalan raya.

Muzium ini mempunyai 10 galeri yang terdiri daripada Dewan Kebudayaan, Dewan Sejarah, Dewan Manuskrip, Dewan Tekstil, Dewan Seni Kraf dan Sudut Bahasa dan Sastera yang dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan.

5 – KOTA KUALA KEDAH

Kota Kuala Muda ialah sebuah kota yang penuh dengan sejarah. Ia adalah tempat yang menarik untuk anda kunjungi bagi mengimbau sejarah bangsa melayu.

Kota kuala Kedah ini menjadi benteng pertahanan dibina pada tahun 1771 ketika pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa.

Sejarah telah tertulis, kota ini pernah diserang oleh Acheh, Siam dan Bugis. Di Muzium ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu pengenalan sejarah, fungsi kota pada zaman British Jepun dan zaman selepas merdeka.

Anda ada tempat menarik lagi di Kedah?

Bersambung….

Share.

Leave A Reply