13 Tempat Menarik Di Kedah Yang Anda Harus Lawati | Kedah berada di utara Semenanjung Malaysia dan miliki keluasan 9,425 km2. Negeri Kedah mencakupi sekitar 2.87 peratus dari seluruh Malaysia dan sebahagian besar muka buminya adalah terdiri dari tanah pamah landai yang sering dijadikan aktiviti pertanian.
Sempena cuti sekolah yang bakal tiba ini, apa kata kalau anda sekeluarga beramai – ramai bercuti ke negeri Kedah, negeri Jelapang Padi, negeri yang aktif dengan aktiviti pertaniannya ini.
Jika anda sudah biasa hidup di Kota dan di kelilingi oleh bangunan, anda boleh merasa suasana kampung di Kedah kerana di Kedah penuh dengan jelapang padi yang mungkin boleh melegakan minda anda.
Selain itu, banyak tempat – tempat makan best yang akan menarik minat anda. Jika anda ingin ketahui lebih lanjut, boleh klik Di Sini.
1. Berangan Aqua Park
2. Seni Mural 3D
Lukisan bertemakan ‘Alor Setar Tradisi 1879′ pada tembok dinding Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Setar lama di Jalan Penjara, Salah satu tarikan di kedah ini juga ialah Tembok 37 meter yang dipenuhi dengan lukisan 3D di Alor Setar. Lukisan mural 3D yang memaparkan keindahan kawasan jelapang padi berlatar belakangkan Gunung Jerai dan keadaan penanaman padi pada tahun 1879, bakal menjadi tarikan buat anda yang ingin kunjungi bersama keluarga anda nanti.
3. Gunung Jerai
Buat anda yang ingin datang ke sini hanya perlu melalui perjalanan sejauh 14km dari kaki gunung ke puncak. Anda tidak perlu mendaki kerana jalan menuju ke puncak itu boleh dilalui dengan kenderaan. Gunung tertinggi di Kedah ini juga ada menyediakan kemudahan penginapan yang dikelilingi dengan pelbagai jenis flora dan fauna berwarna-warni.
4. Air Terjun Titi Hayun
Titi Hayun ialah kawasan peranginan air terjun yang terletak di daerah Yan, Kedah. Selain mandi-manda, ada beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Titi Hayun. Jika anda merancang untuk berkunjung kesini, jangan lupa untuk bawa pakaian dan kasut yang sesuai untuk jungle trekking. Jika tidak, kunjungan anda kesini tidak akan sempurna tau!
5. Pusat Rekreasi Sungai Sedim
Pusat Rekreasi Sungai Sedim berada di Hutan Lipur Sungai Sedim, Kulim. Hutan Lipur Sungai Sedim juga dikenali sebagai tapak perkelahan Di Raja Kedah. Selain mandi-manda, berkelah, berkhemah, dan aktiviti sukan air lasak seperti berkayak, anda juga boleh melakukan aktiviti jungle trekking di Pusat Rekreasi Sungai Sedim.
6. Pusat Sains Negara Wilayah Utara
Pusat Sains Negara yang bertempat di Alor Setar adalah lokasi yang sangat sesuai untuk membawa kanak – kanak. Malah ia sesuai untuk semua peringkat usia. Jika anda tinggal di Kedah atau membawa keluarga bercuti di Alor Setar, bawa anak – anak melawat tempat ini. Ia akan mendedahkan mereka kepada dunia sains dan dapat memupuk minat dari kecil. Harga tiket yang dikenakan juga sangat murah.
7. Muzium Negeri Kedah
Muzium Negeri Kedah berada di alor Setar, Kedah. Lokasi ini punyai banyak perkara menarik yang menggambarkan sejarah, budaya, dan warisan negeri Kedah. Destinasi ini adalah tempat yang bagus untuk dikunjungi. Pastikan anda rancang lawatan anda dengan ambil kira waktu operasi dan info terkini tentang pameran di muzium agar anda tidak terlepas.
8. Tree Top Walk Sungai Sedim
Tree Top Walk Sungai Sedim ini terletak di Kulim. Di sinilah mulanya laluan kanopi 925 meter. Dikatakan ini adalah laluan kanopi hutan hujan tropika yang terpanjang di dunia. Ketinggian bermula pada aras 5 meter dari lantai hutan. Jom kita mulakan perjalanan dengan nikmati hutan hujan tropika pada aras tinggi.
9. Hutan Lipur Ulu Paip
Hutan Lipur Ulu Paip, Kulim Kedah, adalah kawasan rekreasi untuk mereka yang sukakan alam sekitar. Tempat ini adalah temapat perkelahan atau rekreasi yang sangat sesuai untuk datang bersama keluarga. Sungai dia cetek dan ianya selamat untuk anak – anak bermain air.
10. Pantai Merdeka
Pantai Merdeka Kedah terkenal sebagai pantai peranginan dan perkelahan bagi mereka yang berada di negeri lain seperti Pulau Pinang dan Perak. Kemudahan-kemudahan yang ada di sini termasuklah rumah penginapan calet, rumah rehat, pondok, surau, tandas, tempat berkhemah, kolam renang dan tempat – tempat makan buatkan orang ramai sering datang untuk bercuti di sini.
11. Kota Kuala Kedah
Kalau anda singgah ke Kota Kuala Kedah ini anda dapat melihat 60 koleksi artifak arkeologi yang diikuti batu bata asal kota ini, seramik, peluru meriam dan meriam yang dibuat oleh pihak Inggeris yang sudah berusia lebih dari 100 tahun. Sangat banyak yang dapat dilihat di pameran ini, bagi anda yang cintai sejarah dan ingin memupuk semangat kecintaan kepada sejarah dalam diri anak – anak, mari datang ke sini.
12. Ulu Legong Hot Spring
13. Air Terjun Puncak Janing
Hutan Lipur Puncak Janing ini berada di Daerah Padang Terap Kedah adalah antara tempat menarik yang menjadi tarikan pelancong untuk nikmati keindahan semula jadi dan tempat beriadah bersama keluarga dan rakan – rakan.
Seronok kan? Kedah punyai banyak tarikan dan tempat menarik yang sesuai untuk semua orang. Segala-galanya dapat dicapai. Akhirnya, kami harap perjalanan anda ke Kedah akan dipenuhi dengan kenangan indah untuk anda dan keluarga atau rakan anda. Selamat bercuti Malaysia di Kedah!