13 Tempat Makan Malam Best di Tumpat, Kelantan | Tumpat adalah sebuah daerah yang berada di bahagian utara Kelantan dan bersempadan dengan Thailand. Bandar ini bukanlah sebuah bandar yang asing lagi kerana ia amatlah popular sebagai salah satu destinasi pelancongan tidak kira pelancong dari dalam ataupun luar negara. Bukan setakat itu sahaja, disini juga mempunyai tempat makan best yang masih ramai tak tahu.

Jadi kami bawakan kepada anda, 13 tempat makan best yang ada di Tumpat, Kelantan.

 

1. NASI AIR DINGIN ORIGINAL – MAKAN MALAM

Kalau korang ada dekat Tumpat, korang kena cuba pergi ke Nasi Air Dingin Original. Restoran ini adalah antara restoran yang terkenal dalam kalangan penduduk disini dengan hidangannya, Nasi Air Dingin. Dekat sini, terdapat pelbagai jenis gulai yang korang boleh pilih seperti Gulai Ikan, Ayam atau Daging. Korang mesti akan puas hati punyalah. Bagi korang craving Nasi Kerabu dan Nasi Dagang, jangan risau korang boleh dapatkan disini. Harga pun sangat berpatutan tau. Memang rugilah kalau korang tak cuba.

Lokasi ini di No 89, Kampung Air Dingin, 16200 Tumpat, Kelantan dan dibuka pada setiap hari kecuali Khamis pada 3 petang hingga 5 pagi.  Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 014-9690489.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/nasiairdingin

 

2. KEDAI MAKAN KAK ZA PERUT GORENG AIR ASAM – MAKAN MALAM

Korang lapar perut tapi tak tahu dekat mana yang menarik? Korang boleh ke Kedai Makan Kak Za Perut Goreng Air Asam. Kedai ini adalah salah satu tempat makan yang best di kawasan Tumpat ini. Dekat sini, mereka menyediakan banyak menu makanan tempatan yang berasaskan perut dengan harga yang murah dan sedap tau. Kalau korang ada disini, korang kena cuba Perut Goreng yang merupakan signature di kedai ini. Korang pasti akan puas hati punyalah. Selamat mencuba!

Lokasi kedai ini terletak di 16210 Tumpat, Kelantan dan dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat pada 11 pagi hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 012-6735073.

 

3. NA PIZZA STATION – MAKAN MALAM

Korang craving makanan western? Jangan risau, Na Pizza Station adalah jawapan untuk anda. Kalau korang nak tahu, restoran ini menawarkan pelbagai jenis aneka makanan Western yang korang boleh dapati seperti Chicken Chop, Spaghetti, Szilling dan Pizza. Korang mesti akan sukakan punyalah sebab portion, harga, perkhidmatan dan suasana ini cukup baik. Rata-rata pelanggan yang pernah kunjungi ke sini memberikan maklum balas yang positif mengenai makanan disini. Jadi tunggu apa lagi, selamat mencuba!

Lokasi Na Pizza Station ini di Lot G-2 Bangunan Arked Mara Chabang Empat 16210, Kampung Jirat, 16210 Tumpat, Kelantan dan dibuka pada setiap hari pada 12 tengahari hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel:011-10242430.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Napizzastation/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/na_pizza_station/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah tumpat ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Tumpat, Kelantan. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply