13 Tempat Menarik Di Kelantan Yang Anda Harus Lawati | Kelantan adalah negeri luar bandar di timur laut Semenanjung Malaysia yang sangat popular dan terkenal sebagai serambi Mekah. Kota Bharu, ibu kotanya yang berkedudukan di tepi sungai dengan Istana Jahar diperbuat dari struktur kayu hiasan dengan prasasti Islam.

Jika menyebut tentang lokasi percutian di Kelantan, ada banyak tempat – tempat menarik menjadi tumpuan. Kita buka sahaja hanya bercakap tentang itu, tetapi ianya melibatkan kebudayaan yang unik, dan kepelbagaian makanan serta akitiviti menarik menanti anda. Mari kita terokai 13 tempat menarik di Terengganu.

Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.

1. Pasar Siti Khadijah

Lokasi pasar basah & kering ini menjanjikan banyak produk menarik untuk dibeli serta ideal untuk dijadikan buah tangan untuk jiran tetangga. Antara barang menarik untuk diterokai di sini adalah pakaian – pakaian, kain wanita, kain ela, alatan untuk solat, barang kraftangan, perkakasan hantaran perkahwinan dan banyak lagi.

2. Pantai Nami Bachok (Pantai Senok)

Pantai indah ini menawarkan pemandangan unik yang dapat buatkan anda berasa seolah – olah berada di dalam dunia lain. Pokok – pokok ru yang tersusun indah, ditemani pula dengan angin yang sering bertiupan dari kawasan pantai. Ketenteraman yang dapat anda nikmati di sini tidak dapat diungkapkan dengan kata – kata.

3. Pantai Kemayang

Kalau anda berkesempatan untuk ke Bachok, Kelantan, pastikan anda melawat Pantai Kemayang, atau lebih dikenali sebagai Kemayang Lagoon oleh orang – orang di sini. Pantai yang menjadi sebuah lagoon ini dikelilingi oleh pemecah ombak buatan dengan batu – batu di susun hingga ke tengah laut.

4. Rumah Api Pantai Senok

Ingin nikmati ketenangan yang tidak berbelah bahgi? Datanglah ke Rumah Api Pantai Senok. Dari sini, anda dapat menyaksikan suasana penuh ketenangan lautan biru yang terbentang luas di samping pemandangan nelayan yang pulang dari menangkap ikan.

5. Pasar Terapung Pulau Suri

Pasar terapung yang cukup sinonim di Thailand, kini boleh didapati di Kelantan dan lokasi di Kampung Pulau Suri, Tumpat. Bagi yang ingin mencari makanan popular orang Kelantan, anda boleh ke pasar terapung ini sambil merasai pengalaman yang berbeza ketika membeli juadah makanan orang setempat.

6. Masjid Ar-Rahman

Untuk sampai ke sini, perlu melalui jalan kampung untuk diakses dengan kenderaan tanpa perlu meredah hutan. Masjid yang dibina dengan kayu cengal ini, kaya dengan ukiran bermotifkan kesenian Islam Melayu. Paling mencuri tumpuan adalah ukiran ayat suci Al-Quran yang sangat halus seninya dan kepala paip di kawasan berwudhu yang lain dari yang lain.

7. Pasar Malam Wakaf Che Yeh

Pasar Wakaf Che Yeh ini memang sangat besar & jika anda datang ke sini, mesti tidak kurang 2 jam untuk aktiviti cuci mata sahaja. Suasana di sini mula meriah di sebelah malam hingga ke awal pagi keesokannya. Kota Bharu bukanlah seperti di KL yang mempunyai banyak kedai mamak 24 jam atau pun midnight cineplex. 

8. Zon Bebas Cukai Rantau Panjang

Seperti juga di Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor, lokasi ini juga salah satu tempat menarik di Kelantan untuk shopping barang – barang seperti pinggan mangkuk, periuk belanga, toto, sudu garfu dan banyak lagi. Yang membezakannya adalah dari segi harga dan juga pilihan yang ada.

9. Pantai Tok Bali

Sekitar Pantai Tok Bali ini turut ada beberapa buah resort tepi pantai yang menarik seperti D’muara One Chalet Tok Bali, Tok Aman Bali Beach Resort, Arwana Inn Tok Bali dan D’Kuala Resort. Lokasi ini sangat ideal untuk dijadikan sebagai tempat penginapan ketika bercuti di Kelantan bersama keluarga dan rakan.

10. Tok Aman Bali Beach Resort

Salah satu penginapan yang lokasi di tepi pantai adalah di Tok Aman Bali Beach Resort yang terletak di Pantai Bisikan Bayu, Tok Bali yang terletak kira – kira 45 minit dari Bandar Kota Bharu. Resort ini juga dikelilingi laguna air Sungai Semerak & kalau dapat bilik yang mengadap pantai atau laguna air ini memang sangat puas hati,

11. Kampung Kraftangan

Bahan binaan utama bangunan ini ialah kayu dan lokasi ini lebih kepada pusat perniagaan bagi songket, barangan perak, batik dan hasil seni kraftangan yang pasti sesuai bagi mereka yang obses dengan seni. Bagi yang ingin merasai pengalaman mewarna batik, boleh mencuba di sini dengan bayaran hanya RM 10.

12. Pantai Cahaya Bulan (Pantai PCB)

Pantai PCB ialah antara pantai yang tidak jauh dari Bandar Kota Bharu . Kehadiran pengunjung ke Pantai PCB lebih meriah pada waktu petang dan aktiviti di sini lebih kepada untuk beriadah, makan – makan, melayan jiwa sendiri & bermain layang – layang dengan anak – anak.

13. Sungai Kenerong Dabong

Bagi yang ingin adakan aktiviti outdoor berkumpulan di kawasan yang indah dengan keindahan flora fauna, salah satu tempat menarik di Kelantan adalah di Sungai Kenerong, Dabong. Sungai Kenerong memang sangat jernih dan sesuai untuk aktiviti di sungai seperti water tubing, berkayak ataupun berakit.
Seperti yang kita tahu, Kelantan penuh dengan tempat yang menarik yg belum diterokai sepenuhnya. Sekiranya anda sekeluarga ke negeri ini, dapat merasa suasana kehidupan orang kampung yang agak simple dan agak rapat antara satu sama lain. Satu suasana yang menyenangkan. Semoga artikel ini dapat bantu anda untuk memilih tempat percutian anda bersama keluarga. Jangan lupa untuk tempah penginapan dahulu sebelum datang ya!

Share.

Leave A Reply