13 Tempat Makan Malam Best di Jerantut, Pahang | Jerantut, sebuah pekan di Pahang. Pekan ini bukanlah sebuah pekan yang asing lagi kerana ia amatlah popular sebagai salah satu destinasi pelancongan alam semula jadi dan tempat pengembaraan.
Jadi kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best di Jerantut yang anda boleh kunjungi.
1. SATE TEMEEN JERANTUT – MAKAN MALAM
Korang craving nak makan satay? Jangan risau, korang boleh ke Sate Temeen Jerantut. Sate Temeen Jerantut adalah sebuah restoran yang terbaik dalam hidangan Satay yang padu. Korang pasti akan suka punyalah sebab saiz satay disini agak besar, juicy dan tender. Kuah kacang pun sangat pekat. Memang berbaloilah. Harga yang ditawarkan pun sangat berpatutan, suasana yang santai dan perkhidmatan disini sangat baik. Bagi korang yang ingin lepak bersama rakan atau makan bersama keluarga, korang boleh datang ke sini. Selamat mencuba!
Lokasi ini di Lot 15494 L, Jalan Kuantan, 27000 Jerantut, Pahang dan dibuka pada setiap hari pada 3 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di 013-4841176.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/satetemeenofficial/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/satetemeenofficial/
2. GYPSY GARDEN JERANTUT CAFE – MAKAN MALAM
Kalau korang ada di Jerantut, korang kena cuba makan malam di Gypsy Garden Jerantut Cafe. Dekat sini, mereka menyediakan pelbagai jenis makanan Western dan Arab yang best. Antara menu yang korang boleh cuba ialah Nasi Arab Ayam, Sizzling Chicken Grill, Spaghetti Bolognese, Lasagna dan banyak lagi. Korang pasti akan suka punyalah sebab suasana disini sangat tenang. Jadi bagi korang yang inginkan makan malam yang santai, korang boleh makan disini.
Lokasi cafe ini di 41, Jalan Besar, Bandar Lama, 27000 Jerantut, Pahang dan dibuka pada setiap hari pada 11 pagi hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di 016-4604798.
BUSINESS PAGE: https://gypsygardenjerantut-cafe.business.site/
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/ypsygardenJerantut/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/gypsysmokedgrill/
3. KOPI CHANTEK – MAKAN MALAM
Bagi yang ingin lepak dengan rakan atau makan bersama keluarga, Kopi Chantek adalah salah satu restoran yang sesuai untuk korang. Kalau korang nak tahu, dekat sini terdapat pelbagai jenis menu makanan yang korang boleh pilih. Antaranya ialah Steak, Creamy Chicken Spaghetti, Meatball Spaghetti dan banyak lagi. Dari segi harga pula, korang tak perlu risau, harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan. Selamat mencuba!
Lokasi Kopi Chantek ini di Jalan Kuantan, Kampung Sungai Jan, 27000 Jerantut, Pahang dan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin pada 3:30 petang hingga 11:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di 012-9570328.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kopichantek/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kopi_chantek/
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Jerantut ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Jerantut, Pahang. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!