13 Tempat Menarik Di Negeri Sembilan Yang Anda Harus Lawati | Negeri Sembilan ialah sebuah negeri beradat yang kaya dengan tempat percutian menarik dan menawarkan banyak produk eko –  pelancongan yang pasti para pencinta alam tidak sabar untuk terokai negeri bertuah ini.

Untuk artikel kali ini, mari kita terokai majoriti tempat menarik di Negeri Sembilan yang sering menjadi pilihan orang dari dalam & luar negeri seperti bukit bukau, resort tepi pantai, air terjun, tempat rekreasi, aktiviti menarik untuk team building dan banyak lagi.

Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.

1. Pantai Port Dickson

Selain keindahan pantai, faktor lokasi juga boleh dikatakan pantai peranginan di Malaysia paling strategik dari KLIA, jadikan tempat ini pilihan orang luar untuk bercuti. Selain bercuti, PD juga ialah tempat penginapan yang menjadi pilihan kerana lokasi yang menarik seperti ditepi pantai.

2. Taman Negeri Kenaboi

Satu tempat yang kaya dengan khazanah hutan dan berada di Jelebu. Taman Negeri Kenaboi atau sebelum ini dikenali dengan Taman Alam Liar. Taman Kenaboi juga satu lokasi yang sangat ideal untuk mereka yang suka meredah hutan, lakukan aktiviti di sungai, melihat pemandangan jeram & juga mendaki gunung.

3. Pusat Edu – Ecotourism Sungai Menyala

Bagi warga kota KL & Selangor yang setiap hari melalui rutin harian di hutan batu bata, apa kata sekali sekala membawa keluarga bercuti di kawasan yang dikelilingi hutan rimba dan burung liar. Banyak aktiviti outdoor menarik yang boleh dibuat seperti jungle trekkingcamping , berbasikal dan melihat perkampungan orang asli.

4. Gunung Datuk

Bagi yang baru nak menjadi seorang hiker ataupun pernah mendaki Bukit Broga di Selangor, apa kata mencuba mendaki Gunung Datuk pula yang berada sekitar 13 km dari Pekan Rembau. Tahap pendakian di sini tidak lah berada dalam tahap yang terlalu sukar seperti Gunung Tahan & jarak perjalanan bagi yang biasa mendaki sekitar 1 jam 30 minit ke 2 jam sahaja.

5. Lexis Hibiscus Port Dickson

Satu lokasi penginapan yang pasti menjadi idaman setiap orang untuk datang ke sini. Resort mewah di atas air yang ada di Port Dickson ini cukup terkenal di kalangan orang dalam dan luar negara yang ingin satu penginapan yang eksklusif dan menenangkan jiwa sesiapa sahaja.

6. Masjid Negeri

Destinasi ini adalah di kawasan yang sangat tenang dan berbukit dengan pemandangan indah berhadapan Taman Tasik Seremban. Masjid ini punyai reka bentuk kontemporari dengan unsur – unsur kesenian tradisional Minangkabau. Alang – alang sampai di sini jangan lupa singgah ke masjid negeri ini.

7. Jelita Ostrich farm

Sebuah ladang burung unta yang berada di Jalan Sungai Serip, Seremban dan milik sepenuhnya oleh Jelita Impian Sdn. Bhd. Pengunjung berpeluang untuk melihat burung unta, menunggang, belajar proses penetasan telur burung unta dan juga membeli cenderahati yang ada di sini.

8. Grand Lexis Port Dickson

Apa yang sering menjadi pilihan orang ramai untuk datang ke sini adalah kerana 3 faktor utama ialah lokasi yang sangat strategik yang hanya 2 minit jalan kaki ke private beach di PD, punyai kolam renang yang besar dan gelongsor air untuk kanak – kanak dan diberi pilihan penginapan yang punyai private pool dalam bilik.

9. Muzium Adat di Jelebu

Di sini anda boleh lihat banyak alat – alat kebesaran Diraja dan kostum baju tradisional orang setempat. Uniknya, anda bukan sahaja dapat menyelami adat istiadat orang Negeri Sembilan sahaja, malah ada juga tarikan dan penerangan secara digital tentang dengan adat serta kebudayaan dari negeri lain di Malaysia.

10. Berhulu Camp

Jika anda berhasrat untuk menganjurkan aktiviti seperti campingteam building, kem jati diri & hari berkeluarga, anda boleh datang ke Berhulu Camp ini. Banyak aktiviti outdoor yang boleh dibuat di sini seperti berakit, meredah hutan, night walking, explorace dan banyak lagi.

11. The Dusun

Bagi mereka yang ingin bercuti pada hujung minggu bersama pasangan ke satu lokasi yang jauh dari hiruk pikuk kota, The Dusun adalah satu pilihan penginapan yang sangat disyorkan.  Di sini, Infinity pool yang ada punyai pemandangan hutan belantara asli yang sangat cantik dan menakjubkan.

12. Bukit Batu Putih

Destinasi ini sering menjadi lokasi pelancong yang bercuti ke Port Dickson untuk membuat aktiviti yang lebih kepada pengembaraan dan melihat keindahan alam sekeliling. Melihat panorama laut biru terbentang luas dari puncak Bukit Batu Putih pasti buatkan sesiapa sahaja suka akan keindahannya.

13. Pulau Burong

Walaupun nama tempat ini adalah sebuah pulau tidak bermakna anda perlu menaiki bot atau feri. Pulau Burong ini adalah pulau yang kecil dan berada bersebelahan sahaja dengan Pantai Cahaya Negeri. Suasana sekeliling Pulau Burong seperti sebuah kawasan hutan paya laut memang sangat mengasyikkan.

 

Kalau anda teliti, banyak tempat menarik di Negeri Sembilan seperti di atas. Majoriti tarikan utama adalah di kawasan Port Dickson & juga di kawasan bukit atau hutan simpan yang memberi variasi produk yang lebih menuju kepada jenis Ecotourism. Diharapkan senarai ini dapat bantu anda membuat pilih percutian dengan baik!

 

Share.

Leave A Reply