13 Tempat Menarik Di Pulau Pangkor Yang Harus Anda Lawati | Pulau Pangkor miliki bentuk muka bumi yang bukit – bukau, dan masih segar dengan pokok – pokok yang hijau. Pulau ini terkenal sebagai tempat pelancongan yang sangat menarik untuk dilawati bersama keluarga kerana banyak aktiviti yang menyeronokkan boleh dibuat di sini.

Kalau anda sukakan aktiviti outdoor dan ingin melihat flora dan fauna yang tak dapat dinikmati di kawasan bandar, jomlah ke Pulau Pangkor. Kalau anda datang dari kawasan bandar seperti KL atau Selangor, ini adalah salah satu pulau terdekat yang boleh anda lawati.

Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di Pulau Pangkor yang pasti membuat anda rasa teruja.
Selain itu, banyak info – info menarik untuk anda di sini.

1. Pulau Marina

Marina Island atau Pulau Marina adalah pulau buatan manusia yang pertama di Malaysia. Terletak bertentangan dengan Pulau Pangkor, pulau yang berkeluasan hampir 320 ekar ini menempatkan variasi fasiliti dan tarikan yang buatkan ia sebagai sebuah lokasi percutian menarik untuk anda lawati bersama keluarga.

2. Lumut Waterfront

Untuk aktiviti yang santai, anda boleh melawat Lumut Waterfront. Dari sini, anda boleh nikmati pemandangan yang damai ketika mana bot – bot nelayan yang berwarna – warni dengan perairan yang tenang. Anda boleh nikmati pemandangan ini bersama anak – anak ketika datang kesini.

3. Pantai Teluk Belanga

Pulau Pangkor memang terkenal dengan keindahan dan kecantikan pantai di sini. Keistimewaan pantai ini berada pada kombinasi bentuk teluk yang punyai bentuk crescent sempurna, serta kelilingnya yang penuh dengan kehijauan. Namun, pantai ini hanya boleh diakses melalui Pangkor Laut Resort. Ini bermakna, pantai cantik ini sangat private.

4. Masjid Sungai Pinang Kecil

Masjid Sungai Pinang Kecil atau lebih dikenali sebagai Masjid Khairiah, dibina dalam satu kawasan di mana rata – rata penduduknya bukan Islam. Namun, masjid ini sangat istimewa, terutama sekali buat penduduk di Pulau Pangkor. Masjid ini telah direka dengan pengaruh seni oriental Cina dan2 digabungkan dengan sentuhan Islamik.

5. Pantai Teluk Nipah

Antara pantai yang boleh anda kunjungi untuk nikmati panorama luar biasa Pulau Pangkor ialah Pantai Teluk Belanga. Juga dikenali sebagai Emerald Bay, Pantai Teluk Belanga ini memang terkenal sebagai antara pantai tercantik di dunia. pantai ini hanya boleh diakses melalui Pangkor Laut Resort. Ini bermakna, pantai cantik ini sangat private.

6. Pulau Mentagor

Pulau Mentagor adalah antara lokasi Snorkeling yang menarik di Pangkor. Untuk menuju ke sini, anda boleh menaiki bot yang disediakan dari Teluk Nipah. Anda boleh meminta pemandu bot untuk hantar anda ke bahagian utara pulau yang bertentangan dengan Teluk Nipah dan bersebelahan dengan Pulau Giam.

7. Teluk Ketapang

 

Terletak di antara dua buah pantai iaitu Teluk Nipah dan Pasir Bogak, kawasan pantai yang indah Teluk Ketapang adalah sebuah tarikan di Pangkor yang mampu berikan ketenangan yang anda idamkan. Kawasan pantai ini dipisahkan dari jalan raya dengan sebuah padang rumput yang luas.

8. Galeri Panorama Pangkor

Galeri Panorama Pangkor adalah sebuah galeri mini yang akan membuka mata anda tentang sejarah Pulau Pangkor seawal era Kerajaan Gangga Negara. Turut terdapat di sini adalah salinan Perjanjian Pangkor 1874 yang juga menjadi punca bermulanya campur tangan British ke atas negeri di Tanah Melayu. Dokumen yang cukup penting untuk dilihat bukan?

9. Pangkor Laut Resort

Pangkor Laut Resort adalah salah satu penginapan yang menjadi tarikan di Malaysia. Sekiranya anda tidak kisah untuk berbelanja lebih demi sebuah percutian yang sempurna, anda boleh booking resort ini. Anda boleh memilih untuk menginap di Sea Villa iaitu ruang yang terapung di atas permukaan lautan yang tenang.

10. Nipah Guesthouse Pangkor

Nipah Guesthouse Pangkor adalah sebuah penginapan yang berada di dalam kawasan kampung yang damai ini jadikan ianya lokasi yang sempurna untuk anda peroleh ketenangan fikiran. Dah puas bersantai, anda boleh terjun ke dalam kolam renang yang cukup luas atau sekadar bersantai untuk nikmati angin segar di taman yang punyai lanskap indah.

11. Joe Fisherman Inn

Hanyalah dalam 10 minit pemanduan dari jeti utama Pangkor adalah Joe Fisherman Inn yang menawarkan 32 buah bilik penginapan yang selesa. Bilik – bilik yang dibina dengan kayu jadikan suasana hotel terasa sangat ‘tropikal.’ Biliknya juga agak luas dan lengkap dan banyak kemudahan disediakan.

12. Pulau Giam

Pulau ini berada bersebelahan degan Pulau Mentagor, dan berhadapan dengan Teluk Nipah. Untuk ke Pulau Giam ini, dari Teluk Nipah anda boleh berkayak ataupun menaiki bot. Yang bestnya di pulau ini, airnya agak jernih jadi bolehlah bersnorkeling di sini.

13. Masjid Terapung Pulau Pangkor

Masjid Terapung Pulau Pangkor atau nama lainnya Masjid Al – Badr 1000 Selawat ini adalah hasil inspirasi dari Menteri Besar Perak. Dalaman masjid ini sangat indah dengan variasi jenis hiasan unik dan menarik. Diberi nama 1000 selawat kerana masjid ini punyai kaligrafi 1000 selawat di dinding masjid.

 

Menarikkan semua yang ada di Pulau Pangkor ni? Tempat bersejarah, pulau – pulau di sekitar, pantai, bukit, gerai – gerai makan, semua ada. Sekarang anda percaya yang Pulau Pangkor ni tempat yang best untuk menjadi tempat percutian yang akan datang?

Semoga anda dapat percutian yang indah apabila ke Pulau Pangkor nanti. Jangan lupa untuk bawa pakaian sesuai bila ke sana ya, banyak aktiviti outdoor untuk dibuat nanti.

 

Share.

Leave A Reply