13 Tempat Makan Malam Best di Dungun, Terengganu | Dungun adalah sebuah bandar yang terletak di negeri Terengganu, Malaysia. Bandar ini bukanlah sebuah bandar yang asing lagi kerana ia mempunyai banyak tempat pelancongan yang best seperti Sungai Bangan, Swan Island, Pulau Tenggol dan banyak lagi. Kalau korang nak tahu, Dungun bukan saja popular dengan destinasi pelancongan tapi dekat sini juga popular dengan tempat makan yang best-best.

Korang lapar tapi tak tahu nak makan apa? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang ada di Dungun, Terengganu.

 

1. SINGGANG ULAM BUDU – MAKAN MALAM

Bagi korang yang ingin merasa masakan Terengganu, korang boleh singgah di Singgang Ulam Budu. Kalau nak tahu, dekat sini mereka menyediakan pelbagai masakan tempatan yang korang boleh pilih. Ramai yang memberikan review yang positif dari segi makanan, harga dan perkhidmatan. Korang tak percaya? Cubalah rasai sendiri. Selamat mencuba!

Lokasi ini di  PT14909B, Jalan Pantai Kampung Sura Tengah, Dungun, 23000 Kuala Dungun, Terengganu dan dibuka pada setiap hari kecuali Khamis pada 11:30 pagi hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 013-9063716.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/SinggangUlamBudu/

 

2. SKYMAZE BISTRO – MAKAN MALAM

Bagi korang yang craving makanan Western, korang kena singgah di Skymaze Bistro ini. Skymaze Bistro adalah salah satu restoran yang popular di daerah Dungun dengan hidangan Western yang membuatkan korang menjilat jari. Rata-rata makanan disini sungguh lazat dengan kelembutan daging, sos yang memikat. Tempat ini amatlah sesuai bagi korang yang ingin makan bersama-sama keluarga atau rakan-rakan. Korang pasti akan suka punyalah.

Lokasi restoran ini di Jalan Pantai Sura, Hujung, 23000 Kuala Dungun, Terengganu dan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin dan Selasa pada 11 pagi hingga 10:30 malam.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/skymazebistro/

 

3. HOLA WEST DUNGUN – MAKAN MALAM

Kalau korang ada di Dungun, Terengganu, korang kena cuba makan di Hola West Dungun ini. Restoran ini  juga salah satu restoran Western yang agak popular disini. Dekat sini terdapat pelbagai menu Western yang korang boleh cuba seperti Chicken Chop, Lamb Chop, Mushroom Soup dan banyak lagi. Korang pun boleh cuba makan Smoked Duck, korang jangan tertipu walaupun kelihatan biasa diluar tapi sekali gigit pasti korang nak lagi. Makanan yang dihidangkan disini sangatlah berkualiti tinggi sehingga cara hiasan dan rasa pun umpama seperti restoran 5 bintang. Memang lazat! Rugi kalau korang tak rasa. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi Hola West ini di 561-A, Jalan Pantai Sura, Kampung Sura Selatan, 23000 Kuala Dungun, Terengganu dan dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu pada 5 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 013-2516001. 

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/HolaWest/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/holawestdungun/

 

4. MEDAN IKAN BAKAR SERI WARISAN – MAKAN MALAM

Kalau korang craving nak makanan Seafood, Medan Ikan Bakar Seri Warisan adalah jawapannya. Kalau korang nak tahu, Medan Ikan Bakar ini adalah salah satu restoran seafood yang best di Dungun. Dekat sini, terdapat pelbagai hidangan makanan laut yang korang boleh pilih seperti kerang, udang, ikan siakap, ketam dan bermacam-macam lagi. Korang akan puas hati punyalah dengan kesegarannya, harga, suasana dan perkhidmatan, sememangnya mantap. Bagi korang yang ingin makan bersama-sama keluarga, bolehlah cuba di sini. Memang berbaloi. Selamat mencuba!

Lokasi Medan Ikan Bakar ini di 23000, 171, Jalan Pasar, 23000 Kuala Dungun, Terengganu dan dibuka pada setiap hari pada 5:30 petang hingga 12 tengah malam.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Seri-warisan-100054535925968/

 

5. RESTORAN THE DAPO – MAKAN MALAM

Bagi korang yang ingin makan malam dengan vibes cafe, korang boleh cuba di sini. Restoran The Dapo adalah restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan Western dengan harganya yang berpatutan. Korang pilih je nak makan apa, semua ada. Kalau korang dah ada dekat sini, korang wajib cuba Spaghetti Chicken Grill. Confirm korang akan suka punyalah nanti. Tak percaya? Cubalah rasai sendiri pengalamannya.

 Lokasi restoran ini Lot 8409, Tingkat Bawah, Jalan Bunga Raya 4, 23000 Kuala Dungun, Terengganu dan dibuka pada setiap hari pada kecuali Isnin pada 12 tengah hari hingga 10 malam dan Jumaat pula dibuka pada 4 petang. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 013-7440402.

FACEBOOK PAGE: https://www.instagram.com/thedapodungun/

INSTAGRAM PAGE: https://www.facebook.com/thedapodungun/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa lima tempat makan malam terbaik di daerah Dungun ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Dungun, Terengganu. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

 

Share.

Leave A Reply