13 Tempat Menarik Di Sabah Yang Anda Harus Lawati | Sabah adalah sebuah negeri di Malaysia yang berada di utara pulau Borneo. Indah berbentuk muka bumi yang bergunung – ganang, hutan mekar dan dikelilingi Laut Sulu di timur lautnya, Laut China Selatan di bahagian pantai barat dan Laut Celebes di selatan.
Di samping bentuk muka bumi, negeri di bawah bayu ini turut punyai banyak aktiviti menarik yang kebanyakannya dapat mendekatkan anda dengan keindahan dan keunikan alam semulajadi. Apakah aktiviti itu dan di mana tempat menarik di Sabah? Mari kita terokai 13 tempat menarik di Sabah.
Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.
1. Gunung Kinabalu
Tarikan yang satu ini tidak asing lagi, Gunung Kinabalu yang disebut sebagai puncak tertinggi di Malaysia. Disebabkan itu, Gunung Kinabalu menjadi dambaan ramai kaki hiker yang ingin mencuba sesuatu yang ekstrem. Jangan lupa untuk membawa banyak pakaian yang dapat menghangatkan badan dan juga sarung tangan.
2. Lok Kawi Wildlife Park
Lok Kawi Wildlife Park terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian zoologi dan botani. Sepanjang perjalanan melihat haiwan eksotik yang ada, anda dilindungi dari sinaran matahari terik oleh dedaun pokok hutan hujan. Antara haiwan yang dapat dilihat adalah orang utan, monyet belanda, harimau, gajah dan banyak lagi.
3. Maglami-Lami Waterhouse
Kalau bercuti di Semporna, pasti fikiran anda terbayang lautan yang cantik dengan kejernihan air laut hingga dapat dilihat terumbu karang. Apatah lagi jika menginap di chalet atas air. Apa yang anda impikan itu ada pada Maglami-Lami Waterhouse yang menawarkan satu penginapan atas air dengan harga berpatutan.
4. Pulau Bohey Dulang

Pulau Bohey Dulang adalah sebuah pulau bukit – bukau yang menjadi sisa kepada limpahan volkano yang pernah terjadi pada masa lampau. Selain menarik untuk aktiviti skuba, sebab lain mengapa pulau ini menjadi tarikan yang terkenal di Sabah adalah kerana pemandangan yang dapat anda nikmati dari puncak bukit pulau ini.
5. Mari Mari Cultural Village
Mari Mari Cultural Village adalah satu aktiviti yang akan membawa anda jauh ke kawasan pendalaman dan membuka mata anda tentang gaya hidup 5 etnik yang berbeza. Perkampungan ini dijadikan sebagai muzium untuk mengekalkan atau memelihara budaya etnik Borneo yang kian dimamah masa.
6. Taman Bukit Tawau
Di dalam hutan ini, anda dapat melihat kekayaan floranya yang tidak terkira banyaknya. Tarikan yang ada adalah seperti pokok hutan tropika tertinggi di dunia yang mencecah hampir 90 meter, kawasan air terjun (Air Terjun Table dan Air Terjun Bukit Gelas), taman botani dan kolam air panas.
7. Klias Wetland River Cruise
Untuk meneroka sekitar kawasan ini, anda boleh ikuti River Cruise yang akan membawa anda menyelusuri sungai. Anda dapat melihat suasana jelas sekitar hutan paya bakau yang menjadi habitat kepada variasi hidupan liar yang cukup sinonim dengan kepulauan Borneo seperti monyet Belanda dan orang utan.
8. Tanjung Aru Perdana Park
Selain menjadi pilihan orang ramai untuk berjogging atau membawa anak – anak bermain di taman permainan, sebab lain kenapa ianya cukup istimewa dalam hati pengunjung adalah kerana kewujudan tarikan yang menghiburkan iaitu Musical Fountain Show yang bermula dari pukul 7 petang hingga 9 malam setiap hari.
9. Marine Museum
Marine Museum Sabah dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti ruangan atrium yang dapat berikan pengalaman seperti anda berada di dasar lautan, muzium yang memaparkan flora fauna di dalam laut dan akhir sekali adalah laluan paya bakau. Akurium ini berada di Universiti Malaysia Sabah yang menjadi antara terbaik di kepulauan borneo.
10. Masjid Kota Kinabalu
Kos pembinaan Masjid Kota Kinabalu ini adalah 34 juta ringgit. Seni binanya diambil dari Masjid Nabawi yang berada di Madinah. Juga digelar sebagai Masjid Terapung, anda boleh menaiki bot pedal yang disediakan pihak masjid. Jangan lupa bawa kamera anda sewaktu ke sini.
11. Pulau Mantanani
Destinasi pulau pelancongan ini mungkin tidak sepopular Pulau Mabul, tetapi kecantikan air dan pesisir pantai tetap setara dengan pulau cantik lain di Sabah. Pulau Mantanani terkenal satu ketika dahulu kerana menjadi lokasi feveret untuk pelancong melihat dugong, dolphin dan plankton yang berwarna biru pada waktu malam.
12. Pulau Lankayan
Pulau Lankayan terkenal dengan aktiviti scuba diving kerana di sini adalah habitat untuk hidupan marin yang menarik seperti giant grouper dan leopard shark. Bagi yang ingin tempat percutian yang terpencil ini. Menginap di resort Pulau Lankayan untuk beberapa hari di Sabah adalah satu idea yang menarik.
13. Desa Cattle Fairy Farm
Ladang lembu di kawasan ini punyai pemandangan Gunung Kinabalu yang sangat cantik dan pasti menjanjikan satu pengalaman yang sangat bernilai untuk pelancong nikmati. Pelancong boleh melihat sendiri dengan lebih dekat ladang lembu ini dan aktiviti menarik yang boleh dibuat di sini.
Sabah memang satu negeri yang sangat besar dan punyai banyak tarikan pelancongan lebih – lebih lagi seperti alam semulajadi dan flora fauna. Majoriti tempat popular di Sabah adalah sama jenis tarikan dengan kebanyakan tempat menarik di Sarawak yang popular. Semoga artikel ini dapat bantu anda untuk memilih tempat percutian anda bersama keluarga. Jangan lupa untuk tempah penginapan dahulu sebelum datang ya!