13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Alor Gajah Melaka | Alor Gajah dikenali sebagai salah satu daerah yang terdapat di Negeri Melaka yang sinonim dengan gelarannya Melaka Bandar Bersejarah. Sememangnya Melaka mempunyai sejarah yang cukup banyak jika dibandingkan dengan negeri lain, namun ia tidak terkecuali mempunyai senarai tempat menarik yang paling best untuk anda lawati.
Jika anda melawat Melaka, sudah menjadi kebiasaan anda akan letakkan Bandar Hilir sebagai kawasan yang ingin anda kunjungi. Namun tahukah anda, Alor Gajah Melaka juga banyak tempat yang menarik untuk dilawati dan dikunjungi. Jadi di sini admin cuba bantu anda dengan beberapa tempat yang anda boleh kunjungi di kawasan Alor Gajah Melaka.
Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di kawasan ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.
1. A’Famosa Water Theme Park
A’Famosa Water Theme Park di Alor Gajah, Melaka ini adalah tempat menarik di Alor Gajah yang wajib anda kunjungi bersama keluarga atau kawan – kawan. Tempat menarik di Alor Gajah ini berukuran 20 ekar dan ia adalah taman tema terbesar di Malaysia. Semua peringkat umur boleh mandi – manda di sini, bermain banyak mainan air, gelongsor air dan juga diberi pelampung tau.
2. A’Famosa Animal World Safari
Tempat menarik di Alor Gajah yang diberi nama A’Famosa Animal World Safari ini mempamerkan banyak haiwan untuk anda lihat. Ia ala-ala mini zoo tetapi boleh dikatakan banyak haiwan yang anda boleh temui di sini seperti harimau, burung – burung, ular dan lain – lain lagi. Anak-anak pasti suka datang ke sini!
3. Alor Gajah Square
Dataran Alor Gajah ini juga dikenali dengan nama Alor Gajah Square. Sebenarnya, ia juga digelar Dataran Keris. Dataran Keris adalah sebuah tempat menarik di Alor Gajah untuk anda beristirehat sambil melihat monumen dan replika keris yang besar. Pastilah anda sejarah di sebalik replika keris ini dibina.
4. Air Panas Cherana Putih
Air Panas Cherana Putih adalah 5km dari Tol Simpang Ampat sahaja. Tempat menarik di Alor Gajah ini membolehkan anda berendam dan mandi – manda dalam kolam air panas yang amat menyedapkan dan menyegarkan badan. Segala kemudahan seperti tanda, bilik mandi dan lain – lain lagi lengkap di sini.
5. Cowboy Town A Famosa
Tempat menarik di Alor Gajah berkonsepkan Cowboy town ini pastinya memberi keseronokan kepada anda. Cowboy Town A Famosa menyediakan variasi aktiviti yang boleh anda lihat dan sertai seperti Red Indian Show, Fireworks, Carnival, 4D Theater, Bowling, Children Theme Park dan juga Funfair.
6. Tradition and Custom Museum
Tradition dan custom Museum ini adalah muzium tradisional yang mempamerkan banyak keunikan dan persembahan dari budaya melayu. Antara pameran yang boleh anda lihat di sini adalah set pakaian pengantin tradisional dan aksesori lama yang digunakan sejak zaman dahulu lagi.
7. Megalith Datuk
Tempat menarik di Alor Gajah ini amat berbeza dari tempat pelancongan lain. Megalith Datuk menempatkan hampir seratus kawasan pusara purba yang digelar “Megalith Datuk Tua”. Jika teringin melihat dan merasai suasana bersama kubur nenek moyang penduduk Alor Gajah, lihat lah batu Megalith di sini.
8. The Touch City
The Touch City adalah sebuah bandar pemandangan yang menyajikan banyak aneka pemandangan dan bangunan berasaskan penganut agama. Bandar ini lebih tertumpu kepada kaum Cina dimana anda boleh melihat replika Confucious, Men Zhi, The Imperial of Dragon, Flaming, Snowy Pheonix dan lain – lain lagi.
9. Kolam Air Panas Gadek
Kolam Air Panas Gadek yang adalah tempat menarik di Alor Gajah ini boleh anda datang pada bila – bila masa sahaja. Mandian air panas di sini amat memuaskan dan menyeronokkan. Kemudahan seperti tempat mandi, tandas, restoran dan lain – lain juga turut boleh anda gunakan di sini.
10. Tugu Kemerdekaan
Sebenarnya ada sebuah Tugu Kemerdekaan yang berada di Dataran Keris, Alor Gajah. Tugu ini juga adalah salah satu tempat menarik di Alor Gajah yang memberi kenangan upacara pembacaan ‘pemasyhuran’ Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada suatu masa dahulu. Tahukah anda, Tugu Kemerdekaan ini letaknya di atas pentas terbuka yang berada di Dataran Keris, Melaka.
11. Pantai Tanjung Bidara
Pantai Tanjung Bidara ini adalah sebuah tempat menarik di Alor Gajah yang letaknya 10km dari Bandar Masjid Tanah. Anda boleh mandi – manda bersama rakan – rakan dan keluarga di sini sambil bermain sukan air. Suasana pantai yang bersih dan cantik pasti menjadi kegemaran ramai.
12. Pantai Pengkalan Balak
Sama seperti tempat menarik di Alor Gajah yang berkonsepkan pantai, Pantai Pengkalan Balak adalah pantai yang bersih, menarik dan meriah dengan ramai pelancong untuk mandi – manda. Di samping itu, anda boleh melihat para nelayan pulang petang membawa hasil laut. Memang best juga jika anda lihat matahari terbenam di pantai ini.
13. Freeport A Famosa Outlet Village
Ramai pelancong yang berkunjung ke A Famosa Outlet ini untuk ambil gambar dan bersiar – siar. Namun, aktiviti utama di sini adalah beli – belah. Terdapat banyak jenis barangan berjenama di sini. Anda boleh dapatkan pakaian dengan harga berpatutan dan mewah untuk dibuat cenderahati untuk dibawa pulang.
Itulah dia 13 tempat menarik di Alor Gajah paling best dan boleh anda lawati jika berada di Melaka. Sebenarnya ada banyak tempat menarik diHanya sediakan keperluan anda, jom pergi bercuti di tempat menarik di Alor Gajah.