13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Ayer Keroh Melaka | Daripada sunyi sepi, Ayer Keroh ini mula menjadi tumpuan pelancong apabila banyak jenis tarikan baharu mula diperkenalkan.  Sejak ditransformasikan dengan tarikan lokasi yang unik dan tapak perniagaan pada waktu malam, Ayer Keroh kini menjadi antara lokasi tertinggi dikunjungi pelancong.

Ingin bercuti di Ayer Keroh? Tepat pada masanya. Artikel ni akan bagitahu anda tentang tempat – tempat seronok yang wajib anda lawati. Ayer Keroh, sebuah kawasan yang berada di Melaka, memang padat dengan tempat menarik yang boleh buat korang teruja gila.

Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di sini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.

1. Taman Rama-rama Dan Reptilia Melaka

Taman rekreasi yang dibuka kepada awam pada 1 Februari 199i oleh Menteri Besar Melaka ini adalah syurga rama – rama yang pastinya akan membuatkan anda sekeluarga berseronok sambil melihat pelbagai spesis rama – rama yang bebas berterbangan di sini.

2. Taman Buaya Dan Rekreasi Melaka

Siapa yang tak suka melihat buaya? Buaya adalah haiwan eksotik seperti dinosor yang sudah wujud di dunia sejak ribuan tahun yang lalu. Buaya merupakan haiwan reptilia yang menjadi minat orang ramai kerana sikapnya yang ganas namun nampak sangat tenang.

3. Zoo Melaka dan Zoo Malam

Zoo Melaka adalah di antara zoo tertua yang ada di Malaysia. Ia telah dibuka pada tahun 1979. Kini Zoo Melaka merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia dan menjadi rumah kepada 215 spesis haiwan yang berbeza. Di antara haiwan menarik yang boleh ditemui di Zoo Melaka ini adalah Badak Sumatera yang hamper pupus dan Gajah Kecil Asia yang semakin terancam.

4. Taman Botanikal Melaka

Taman Botanikal Melaka atau lebih dikenali dengan nama Taman Botani Melaka juga adalah destinasi percutian di Ayer Keroh yang wajib anda kunjungi semasa bercuti di sana. Dulu namanya ialah Taman Rekreasi Ayer Keroh. Di sini anda boleh bersantai berehat ambil angin yang segar sambil melihat keindahan alam

5. Melaka Wonderland Themepark and Resort

Tempat menarik di Ayer Keroh yang seterusnya ialah Melaka Wonderland Theme Park & Resort yang semakin popular di kalangan pengunjung yang bercuti di Melaka. Apa yang menarik, jumlah air yang ada di kesemua kolam di di taman tema air ini ia lebih dari 200 juta liter.

6. Taman Burung Melaka

Tempat menarik di Ayer Keroh yang seterusnya ingin kami kongsikan pada hari ini ialah Taman Burung Melaka. Lokasi Taman Burung Melaka adalah di dalam kawasan Taman Botanikal Ayer Keroh Melaka dan bersebelahan dengan Melaka Wonderland. Untuk maklumat anda, Taman Burung Melaka merupakan taman burung yang pertama di buka di Melaka.

7. Mini Malaysian and Asean Cultural Park (Taman Mini Malaysia)

Tempat menarik di Ayer Keroh yang seterusnya ialah Mini Malaysia & Asean Cultural Park atau lebih dikenali dengan nama Taman Mini Malaysia. Ianya adalah sebuah  taman budaya yang menjadi tapak untuk mempamerkan kepelbagaian reka bentuk rumah tradisional dari 13 buah negeri di Malaysia seperti rumah kayu Perlis, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah dan sebagainya.

8. A Famosa Resort

 

Tempat menarik di Ayer Keroh yang terakhir ingin kami kongsikan ialah A Famosa Resort yang mempunyai 2 taman yang sangat menarik untuk anda sekeluarga. Taman yang pertama adalah A’famosa Water Park yang merupakan taman tema air terbesar di Malaysia dengan 2 tarikan yang paling popular iaitu Kids Adventure Party Pool danHigh Speed Slides.

9. Taman Burung Melaka

aman Burung Melaka adalah salah satu tempat menarik di ayer keroh yang menarik untuk peminat burung dan keluarga yang ingin menghabiskan masa berkualiti bersama-sama. Taman ini mempunyai pelbagai jenis burung yang eksotik dan langka dari seluruh dunia.

10. Taman Seribu Bunga Ayer Keroh

Taman Seribu Bunga Ayer Keroh adalah destinasi yang menarik bagi pengunjung yang mencintai keindahan taman dan kebun bunga. Tempat ini menawarkan pemandangan yang memukau dengan ribuan bunga yang berwarna-warni dan indah. Pengunjung dapat berjalan-jalan di taman yang luas, menikmati udara segar, dan menghayati keindahan flora yang tumbuh subur di sini.

11. Muzium Orang Asli Ayer Keroh

Muzium Orang Asli Ayer Keroh adalah destinasi yang menarik untuk mempelajari tentang budaya dan kehidupan Orang Asli di Malaysia. Di muzium ini, pengunjung dapat melihat pameran yang menampilkan seni, alatan, dan artifak Orang Asli. Terdapat juga informasi mengenai tradisi, adat resam, dan cara hidup masyarakat Orang Asli.

12. Restoran Ikan Bakar Malim

Ada yang sukakan ikan bakar di sini? Ikan bakar cukup sedap dinikmati untuk makan tengah hari atau makan malam. Jika ikannya segar, lagilah berganda keenakkannya. Ikan bakar di restoran Ikan Bakar Malim ini diakui segar oleh ramai pelanggannya. Jenis ikan juga ada berbagai. Anda boleh cuba ikan pari, ikan kembung, ikan siakap, ikan keli dan banyak lagi.

13. Berkat Salam

Melaka memang sinonim dengan hidangan asam pedas mereka, Jadi, memang rugi jika anda tak singgah di restoran Berkat Salam untuk mencuba asam pedas Melaka. Ada banyak pilihan lauk asam pedas yang boleh dipesan. Antaranya termasuklah tenggiri, pari, ikan duri, daging tetel dan telur ikan. Memang pekat dan sedap, anda wajib cuba.

 

Akhirnya, dengan pelbagai tempat menarik yang ada di Ayer Keroh ini pasti anda takkan berasa bosan. Jadi, jangan tunggu lagi. Rancanglah perjalanan anda ke Ayer Keroh dan serbu la tempat – tempat menarik yang ada. Jangan lupa tempah hotel sebelum sampai ya.

Share.

Leave A Reply