13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Alor Setar Kedah | Alor Setar, bandar yang berada di utara semenanjung Malaysia ini menyimpan banyak keunikan yang membuat sesiapa sahaja terpegun. Tempat ini adalah bandar pentadbiran dan juga adalah bandar kedua terbesar di negeri Kedah selepas Sungai Petani.

Merancang untuk melancong ke ibu negara Kedah, Alor Setar pada musim cuti akan datang? Anda telah membuat pilihan yang tepat. Tak terfikir lagi nak ke mana musim cuti sekolah hujung tahun ini? Apa kata kalau anda beramai – ramai bercuti ke negeri Kedah, negeri Jelapang Padi, negeri yang aktif dengan pertanian. Tanpa buang masa lagi, jom kita lihat yang mana yang menarik hati anda. Sebelum tu jangan lupa tengok 13 Tempat Makan Best Western di Sungai Petani ni ye.

Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.

1. Pusat Sains Negara Cawangan Utara

Pusat Sains Negara ini tidak lah sebesar Pusat Sains Negara di Kuala Lumpur namun cukup lengkap dengan pameran dan permainan indoor dan outdoor. Anda dan keluarga sangat digalakkan untuk terokai banyak hukum sains dengan mencuba aktiviti interaktif yang mereka sediakan di sini.

2. Merdeka Clock Tower / Menara Jam Besar

Merdeka Clock Tower ataupun Menara Jam Besar ini adalah sebuah binaan klasik yang telah berdiri dengan teguh di hadapan Masjid Zahir sejak tahun 1912 lagi. Mengenai seni binanya, dapat dilihat unsur kesenian Islam dengan kewujudan bulan sabit dan kubah. Namun begitu, apabila diamati ukiran di bawah menara, wujud pengaruh Hindu.

3. Menara Alor Setar

Kalau pergi ke Alor Setar tapi tak singgah ke Menara Alor Setar rasa macam tak lengkap perjalanan makan angin di sini. Sebagai menara telekomunikasi kedua yang tertinggi di Malaysia, sudah mesti ini menjadi tarikan utama yang tak patut anda lepaskan. Seni binanya diinspirasi dari gelaran yang diberi kepada negeri Kedah sendiri.

4. Muzium Padi Alor Setar

Berlatar belakangkan keindahan Gunung Keriang yang penuh kehijauan, Muzium Padi Alor Setar hanya lah 8 km sahaja dari bandar Alor Setar. Sekiranya anda datang pada musim menanam, kawasan di sekitar muzium ini kelihatan seperti permaidani hijau yang sangat menyegarkan pandangan mata.

5. Gua Gunung Keriang

Sesudah melawat Muzium Padi, lokasi seterusnya yang boleh anda lawati adalah Gua Gunung Keriang. Kedudukan kedua-dua tarikan ini sangat hampir antara satu sama lain. Bagi yang ingin memanjakan mata dengan keindahan alam semula jadi, inilah salah satu lokasi yang tidak rugi untuk lawati.

6. Masjid Zahir Alor Setar

Sesudah puas jalan dari satu lokasi ke satu lokasi menarik, apa kata jika anda singgah ke Masjid Zahir Alor Setar untuk mendapatkan ketenangan yang sebenar sambil menunaikan ibadah. Terletak di tengah – tengah pusat bandar, cukup mudah untuk anda sampai ke masjid ini. Setibanya di sini nanti, anda pasti teruja dengan reka bentuk masjid ini nanti.

7. Taman Jubli Emas Alor Setar

Bercadang ingin berjogging bersama keluarga di dalam suasana penuh keindahan? Anda boleh membuka langkah kaki ke Taman Jubli Emas Alor Setar. Di tengah – tengah taman ini miliki sebuah kolam ikan di mana anda boleh berhenti seketika setelah berjogging satu pusingan untuk memberi ikan – ikan yang ada di sini makanan.

8. Masjid Al-Bukhary

Selain Masjid Zahir, masjid lain yang mesti anda singgah untuk merasai nikmat beribadah di Alor Setar adalah Masjid Al-Bukhary. Di masjid ini, anda dapat menunaikan ibadah dengan penuh khusyuk bukan hanya kerana ketenangan suasananya yang jauh dari gangguan bunyi, tapi juga kerana keindahan rekaannya yang sungguh mempesonakan.

9. Uptown Stadium Darul Aman

Tertanya-tanya apa nak dibuat bila tiba waktu malam di Alor Setar? Salah satu aktiviti menarik yang boleh dilakukan adalah bershopping sakan di Uptown Stadium Darul Aman. Di sini, ada lebih dari 100 buah gerai dengan jualan barangan seperti pakaian, kosmetik, kasut, jersey, merch dan macam – macam lagi.

10. Balai Seni Negeri

Antara yang ada di Balai Seni ini adalah pameran koleksi ukiran kayu, karya khat dan karya lukisan yang telah dihasilkan oleh rakyat Kedah sendiri dari pengkarya kontemporari hinggalah veteran. Ada dalam kalangan pengkarya ini pernah menempa nama hingga ke peringkat antarabangsa.

11. Top Fast Food Toys

Mari datang ke muzium yang akan menggamit nostalgia zaman kanak – kanak anda. Top Fast Food Toys adalah sebuah muzium memorabilia dan permainan dari jenama McDonald’s dan Coca-Cola. Memorabilia dan barangan yang dikumpul dan menjadi koleksi di sini dan juga mainan dari happy meal, pakaian, merchandise lain dan juga poster – poster dari restoran ternama ini.

12. Kota Kuala Kedah (Kuala Kedah Fort)

Kota Kuala Kedah adalah sebuah kompleks bersejarah yang berada di bahagian utara sungai Kedah. Kubu ini telah dibina untuk melindungi negeri Kedah dan juga ibu negeri, Alor Setar pada tahun 1771 oleh Sultan Muhammad Jiwa. Tempat ini telah menjadi saksi serangan dari Bugis, Siam dan juga Acheh.

13. Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Gallery

Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Gallery berada di dalam bangunan yang pada asalnya punyai fungsi sebagai Bangunan Mahkamah Tinggi. Secara umumnya, muzium ini miliki dalam 2,000 koleksi barang peribadi. Antaranya adalah seperti dokumen rasmi, pakaian istana, aksesori dan juga rajah yang memaparkan salasilah keluarga diraja Kedah bermula dari 1136 hingga kini.

 

Banyak juga tempat menarik di Alor Setar rupanya. Tarikan mana yang anda rancang untuk lawat semasa di Alor Setar nanti?

Untuk  pengetahuan anda, sebenarnya ada banyak lagi tarikan lain yang tidak dimasukkan dalam artikel ini. Alang-alang sampai, apa kata kalau anda singgah sahaja semua tempat hebat di Alor Setar ni, baru puas hati. Selamat Bercuti!

Share.

Leave A Reply