13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Ampang Selangor | Sejarah penamaan Ampang juga unik, kononnya berkaitan dengan cara sebutan orang Cina terhadap perkataan ’empangan’. Selain itu, dahulu Ampang terkenal dengan aktiviti perlombongan bijih timah.

Ampang adalah mukim terkecil dalam daerah Hulu Langat. Walaupun kecil, masih banyak tempat best untuk dikunjungi seperti Taman Eko Rimba, Zoo, Bukit Ampang dan Ampang Point Shopping Centre.

Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di bandar ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.

1. Bukit Ampang

Kalau nak tengok view KL terbaik, jom singgah Bukit Ampang! Terletak hanya 25 km dari bandar Kuala Lumpur, tempat ini terkenal untuk melihat view KL dan bunga api semasa perayaan atau hari kemerdekaan.

2. Bukit Saga

Kalau anda penggemar jungle trekking dan kaki hiking, anda wajib cuba menawan Bukit Saga. Bukit ini mempunyai dua trek iaitu trek landai dan trek pacak. Kalau anda mempunyai stamina tinggi bolehlah mendaki ikut laluan pacak.

3. Bukit Batu Chondong

Terletak di kawasan pedalaman Kampung Kemensah, Bukit Batu Chondong memang berbaloi untuk ditawan. Pendakian memakan masa 30 hingga 40 minit sahaja tetapi denai Bukit Batu Chondong agak sedikit mencabar.

4. Bukit Kembara

Kalau anda baru berminat untuk mendaki atau nak mendaki santai-santai cubalah mendaki di Bukit Kembara yang cuma berketinggian 244 meter dari paras laut. Apa yang menariknya di Bukit Kembara adalah sebuah tasik yang dipanggil Tasik Hijau yang merupakan bekas kawasan takungan air.

5. Dagang Avenue

Dagang Avenue pula merupakan lubuk makanan di Ampang. Medan makan yang popular di Ampang ini menghidangkan pelbagai jenis makanan seperti makanan laut, char kue teow, dan banyak lagi dengan harga yang berpatutan. Hujung minggu pula selalunya akan ada live band.

6. Air Terjun Sofea Jane

Sofea Jane bukan ada lagu sahaja bahkan ada air terjun sekali. Nama tempat yang unik ini terletak di Ampang. Air Terjun Sofea Jane atau juga dikenali Air Terjun Kubang Gajah ini antara tempat picnic di KL yang menarik untuk dikunjungi. Anda boleh jungle trekking atau menggunakan ATV untuk sampai ke air terjun ini.

7. Kemensah Valley

Adakah anda nak camping di Selangor pada hujung minggu ini? Jomlah datang ke Kemensah Valley. Selain camping dan bbq, anda juga boleh mandi-manda serta menyewa di chalet terdekat. Kalau anda nak rasai pengalaman yang unik dan berbeza, datang sahaja ke Kemensah Valley.

8. Zoo Negara Malaysia

Tahukah anda? Terdapat sekitar 5000 haiwan daripada 476 spesis mamalia, burung, amfibia, reptilia dan ikan dalam zoo ini. Anda juga berpeluang untuk melihat spesis terancam seperti harimau malaya, orang utan, atau haiwan dari benua lain seperti girafah atau gajah afrika.

9. Taman Tasik Ampang Hilir

Taman Tasik Ampang Hilir adalah kawasan hijau yang berada di Ampang. Tempat ini lengkap dengan laluan pejalan kaki di tepi tasik untuk anda joging atau hanya jalan – jalan di sekitar kawasan taman. Paling penting, kawasan taman sering bersih dan terjaga dibawah jagaan DBKL.

10. Taman Rimba Ampang

Ingin keluar dari kesibukan kota di Ampang? Bawa je rakan atau keluarga ke Taman Rimba. Turut dikenali sebagai Hutan Lipur, tempat picnic di KL ini hanya sekitar 8 KM dari bandaraya Ampang. Apa yang best dalam hutan lipur ni? Sudah tentu udaranya yang segar dan ada air terjun untuk mandi-manda.

11. Victoria Station

Pening nak bawa keluarga keluar makan? Bawa saja mereka ke Victoria Station. Tempat makan menarik di Ampang ini menyajikan makanan barat seperti steak, BBQ, makanan berasaskan grill bahkan seafood pun ada.

12. Safa Restoran

Safa Restoran antara tempat makan yang berbaloi anda cuba untuk mengisi perut yang lapar. Kedai makan area Ampang ini terkenal dengan segala hidangan makanan arab yang sedap dan memuaskan. Kalau anda nak buat jamuan, anda boleh tempah awal sebab ada buffet disediakan.

13. BBQ Lamb KL Kemensah

Bbq Lamb Kemensah antara tempat makan best di Ampang sebab ianya adalah satu – satunya restoran yang bertemakan restoran atas air. Suasana tempat makan ini sangat tenang. Bahkan, anda yang datang sekali pasti datang berkali – kali.

 

Bawalah keluarga bercuti ke tempat menarik di Ampang, Kuala Lumpur ini dan luangkan lebih masa dengan mereka. Ampang adalah salah satu tempat tumpuan para pelancong bukan sahaja penduduk tempatan malah luar negara jika berkunjung ke Kuala Lumpur. Jangan lupa tempah hotel di Booking.com jika datang ke Ampang. Selamat bercuti!

Share.

Leave A Reply