13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Baling Kedah | Baling tidak terkenal setanding daerah di Kedah yang lain, namun ia miliki banyak tempat menarik di Baling untuk diterokai. Ia telah wujud kira – kira 17 000 tahun dahulu sebagai penempatan awal manusia di Gua Sireh yang berada di Gunung Pulai.

Berikut adalah 15 tempat menarik di Baling yang boleh diterokai dan penuh dengan sejarah serta kehijauan alam semula jadi. Antara tempat best di Kedah yang boleh anda kunjungi ialah Gua Jepun, Gunung Baling dan Sungai Angkat Ulu Legong. Jom kami kongsi 13 tempat menarik di Jitra yang mungkin sesuai untuk perancangan anda. Sebelum tu jangan lupa tengok 13 Tempat Makan Best Western di Jitra ni ye.

1. Pekan Baling

Di Pekan Baling, anda boleh dapat apa jua barangan idaman anda dengan harga durian runtuh! Selain harga yang murah, ini juga dapat menjimatkan kos penduduk Kedah dari berbelanja di tempat yang jauh. Tambahan pula, anda juga boleh borong pakaian dan peralatan rumah di tempat viral di Kedah ini.

2. Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong

Kolam air panas yang dibina sejak 1998 ini berada bersebelahan dengan Sungai Angkat Ulu Legong. Di sini, terdapat 3 bahagian kolam air panas dan bilik – bilik chalet menarik di Kedah. Terdapat kolam untuk dewasa, kanak – kanak dan kolam yang tidak sesuai untuk berendam kerana suhu air panas yang sangat tinggi.

3. Sungai Angkat Ulu Legong

Memiliki sungai yang bersih dan sejuk menjadikan Sungai Angkat Ulu Legong sebagai tempat popular bagi pengunjung. Terletak berhampiran sungai Baling, sejauh 22 km di mukim Siong. Aktiviti menarik seperti berkelah, barbeku, mandi – manda, jungle trekking dan berkhemah menjadi kebiasaan di tempat lepak ini.

4. Sungai Siung

Anda gemar membuat aktiviti lasak? Kunjungi Sungai Siong yang berhampiran sungai Baling sebagai port terbaik untuk anda membuat aktiviti water tubing, kayak dan rakit. Kerana arusnya yang deras dan berjeram, sungai ini sangat sesuai untuk program seperti ini. Perjalanan aktiviti air di tempat viral di Kedah ini adalah kira – kira 20 km dari Sungai Siong ke Sungai Baling.

5. Gunung Baling

Mencari port latihan awal sebelum hiking ke gunung yang lebih tinggi dan berliku? Gunung Baling menawarkan keindahan gunung batu kapur setelah anda sampai ke puncak. Anggaran masa untuk sampai ke tempat menarik Kedah ini adalah sekitar 2-3 jam bergantung kepada stamina anda.

6. Gunung Pulai

Jika Gunung Jerai gunung tertinggi di Kedah, Gunung Pulai pula gunung ke-2 tertinggi di Kedah dengan ketinggian 620 m. Tempat best di Kedah ini menempatkan banyak gua bersejarah yang boleh anda terokai. Dikelilingi oleh 4 buah kampung iaitu Kampung Paya, Kampung Tanjung, Kampung Sungai Limau dan Kampung Dalam Wang.

7. Gua Jepun

Tahukah anda bahawa Baling juga punyai tempat bersejarah? Salah satunya ialah Gua Jepun yang menempatkan variasi khazanah menarik. Ia berada di kaki Gunung Baling yang memudahkan pencarian untuk ke gua ini. Tempat bercuti di Kedah ini punyai sebuah terowong komunis yang dipercayai menjadi kubu komunis pada zaman dahulu.

8. Air Terjun Lata Bayu

Kalau anda nak tahu tempat perkelahan terkenal di Baling, inilah Air Terjun Lata Bayu. Dengan jarak 30 km dari pekan Baling, anda boleh menuju ke kawasan air terjun tempat rekreasi ini. Selain ketenangan air terjun, ia juga miliki suasana tenang penuh dengan kehijauan alam semula jadi yang cukup indah.

9. Rumah Rehat Majlis Derah Baling

Mencari tempat bermalam untuk seisi keluarga sebelum menuju ke tempat menarik Kedah yang akan datang? Tempat ini sesuai untuk anda. Tempat bercuti di Kedah ini berada dekat dengan Balai Polis Baling dan Majlis Daerah Baling. Bilik-bilik yang diberi juga amatlah luas dan lengkap dengan siaran TV Astro.

10. Baling Mountain Garden Village

Jarang sekali kan dapat lihat tempat penginapan dengan view kawasan pergunungan? Itulah keistimewaan Baling Mountain Garden Village yang menyediakan bilik dengan pemandangan indah dari Gunung Baling. Chalet menarik di Kedah ini strategik berhampiran Pekan Baling, Gunung Baling dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

11. D Bamboo Park

Mencari port menarik di Baling di mana anda boleh lakukan banyak aktiviti dalam satu kawasan bersama seisi keluarga? D Bamboo Park adalah pilihan sesuai. Confirm tak rugi punya lah! Tempat best di Kedah ini menawarkan tempat berkelah, berkhemah, barbeku, mandi – manda, family day dan banyak lagi.

12. Hotel Seri Baling Inn

Hotel Seri Baling Inn menyediakan kemudahan yang lengkap seperti kolam renang, pusat kecergasan, dewan, dan restoran bagi pengunjung yang datang di sini. Penginapan ini punyai 28 bilik yang lengkap dengan pendingin hawa. Harga penginapan semalam serendah RM 137.

13. MR Homestay Baling Kedah

Jika Baling Mountain Garden Village berada dekat dengan Gunung Baling, Mr Homestay Baling Kedah pula berada berhampiran Gunung Pulai. Kapasiti setiap unit rumah ini bergantung kepada jumlah pengunjung yang hadir. Homestay ini berdekatan dengan Pekan Baling dan Air Panas Ulu Legong.

 

Terdapat banyak tempat menarik di Baling dari tempat rekreasi hingga lah tempat bersejarah yang boleh anda lawati. Harap kita semua dapat memelihara tempat peranginan di Baling ini agar sering bersih dan cantik.

Jangan tunggu lagi, jom rancang percutian anda ke Baling, Kedah dengan memasukkan semua tempat menarik di Baling ini dalam list anda!

Share.

Leave A Reply