13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Jitra Kedah | Jitra adalah bandar terbesar ke empat di Kedah selepas Alor Setar, Kulim dan Sungai Petani. Terdapat banyak tempat menarik di Jitra Kedah yang menjadi persinggahan tatkala berkunjung ke Kedah Darul Aman ini.
Selalunya, tempat menarik di Jitra Kedah terbahagi kepada dua iaitu tempat bersiar – siar dan juga tempat makan – makan. Berkunjung ke salah satu negeri utara, pasti anda tak nak ketinggalan merasai makanan menarik yang terkenal di sini. Sambil bersiar – siar, sambil nikmati makanan yang sedap – sedap ini di Jitra. Jom kami kongsi 13 tempat menarik di Jitra yang mungkin sesuai untuk perancangan anda. Sebelum tu jangan lupa tengok 13 Tempat Makan Best Western di Jitra ni ye.
1. Awanaz Agro farm and Rarecreation
Awanaz Agro Farm and Rarecreation menawarkan lebih dari sekadar pemandangan yang indah. Farm camping hujung minggu ini membuka peluang untuk pengunjung merasai keindahan alam secara dekat. Salah satu aktiviti yang paling disukai ialah merendam kaki dalam sungai yang mengalir dengan tenang.
2. Blackwood Coffee & Chocolate
Ini adalah sebuah kafe yang paling digemari oleh remaja, kerana konsep lebih santai dan menarik. Terdapat banyak hidangan barat yang menyelerakan seperti pasta, burger, toast dan sandwich. Kepada pengemar kopi, anda boleh datang ke sini untuk mencuba Capuccino, Hazelnut dan banyak lagi.
3. Nasi Lemak Royale Jalil, Cawangan Jitra
Nasi lemak tidak asing lagi dalam masyarakat melayu. Ramai yang sanggup beratur panjang untuk nikmati keenakan nasi lemak di sini. Antara lauk pauk pilihan yang paling popular dan boleh anda nikmati adalah sambal sotong dan ayam goreng. Jika anda lapar pada waktu malam, jangan risau sebab kedai ini buka sampai 1 pagi.
4. Santaian Eko Zati
Santaian Eko Zati adalah tempat menarik yang menawarkan banyak kemudahan yang meliputi perkhidmatan penginapan, kolam mandi, dan anda juga boleh lakukan aktiviti memancing di Santaian Eko Zati Sungai Wang Tepus. Pengalaman ini turut menjadi sebahagian dari banyak aktiviti yang boleh anda nikmati.
5. Fantasia Aqua Park
Bagi keluarga yang ingin membawa anak – anak bermain dengan aktiviti air boleh berkunjung ke Fantasia Aqua Park. Di sini ada juga banyak aktiviti sukan air yang sangat menarik dan paling penting semuanya tidak membahayakan untuk anak – anak anda bermain dan bersuka ria.
6. Hutan Lipur Bukit Wang
Taman ini punyai kawasan mandi yang agak panjang, iaitu satu kilometer dan sesuai dengan semua peringkat umur. Bagi yang meminati aktiviti lasak disediakan juga laluan untuk memanjat bukit dan berjoging sambil melihat keindahan alam iaitu tumbuhan sagu dan periuk kera.
7. Restoran Cendol Pulut Haji Johari, Napoh
Jom bersantai petang dengan nikmati makanan dingin seperti cendol di Restoran Cendol Pulut Haji Johari, Napoh ini. Cendol di restoran ini sangat sedap dan amat menarik dengan banyak pilihan jenis. Di samping itu, masakan kampung dan kudap – kudapan seperti cucur udang dan sate juga turut dijual di sini.
8. Masjid Al-Muttaqin Taman Mahsuri
Setelas puas bersiar – siar. Anda boleh datang untuk solat di masjid ini. Masjid ini adalah yang terawal dibina dan sangat cantik pada waktu malam, kerana cahaya lampu yang menghiasi seluruh masjid. Anda boleh datang ke sini untuk menunaikan solat sambil mengagumi kecantikan seni binanya.
9. Mix Legacy Cafe
Restoran ini berada bertentangan dengan Masjid Al-Fateh dan berkonsepkan tanpa bumbung. Bagi yang ingin nikmati makan malam boleh berkunjung ke sini. Pelbagai jenis makanan boleh anda nikmati di sini, seperti makanan barat, kampung dan macam – macam lagi.
10. Darul Aman Park
Di tasik Darul Aman Park anda boleh menyewa bot untuk merasai pengalaman menaiki bot. Dengan menaiki bot anda boleh nikmati keindahan alam sekitar sambil melihat sekitar tasik yang sangat tenang. Aktiviti lain yang boleh dibuat di sini ialah berjoging dan berkelah bersama keluarga.
11. Restoran Tok Keramat
Restoran ini menyediakan banyak hidangan sarapan pagi dan tengahari yang menyelerakan. Antaranya ialah roti jala, roti arab, roti canai, gulai kawah, ikan bakar, sotong bakar, ulam – ulaman dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Kepada anda yang punyai selera utara dan kampung di sinilah tempat makan yang terbaik.
12. Sabai Dee Cafe
Sesiapa yang ingin mencuba keenakan masakan Thai anda sangat dialu – alukan untuk datang berkunjung ke restoran ini. Antara menu pilihan popular pengunjung ialah tomyam campur, kerabu manga, sotong goreng tepung dan pencuci mulut Red Ruby. Jika anda gemar makanan Thai, mari lah singgah di Sabai Dee Cafe ini.
13. Teratak Al QARNI
Terletak di tengah – tengah suasana kampung yang damai, Teratak Al Qarni menawarkan CHALET eksklusif dalam suasana KAMPUNG serta Dusun Durian yang mempesona dengan sungai dan kolam mandi yang menarik. Nikmati aktiviti menarik seperti ATV adventure ride dan agro farm tour yang pasti akan memuaskan hati anda.
Terdapat banyak tempat menarik di Jitra dari tempat rekreasi hingga lah tempat bersejarah yang boleh anda lawati. Harap kita semua dapat memelihara tempat peranginan di Jitra ini agar sering bersih dan cantik.
Jangan tunggu lagi, jom rancang percutian anda ke Jitra, Kedah dengan memasukkan semua tempat menarik di Jitra ini dalam list anda!