13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Batu Pahat Johor | Batu Pahat dikatakan sebagai syurga makanan bagi negeri yang pernah menjadi pengeluar terbesar gambir dan lada hitam pada suatu masa dahulu, negeri Johor Darul Ta’zim.
Dari sup yang beraneka rasa hingga lah mee racun, sungguh banyak sekali lokasi santapan menyelerakan untuk dicuba di sini. Bukan sahaja syurga bagi deria rasa, Batu Pahat juga menempatkan banyak lokasi yang menarik untuk disinggahi. Selain itu, ada banyak lagi tempat yang menarik sesuai untuk anda lawati bersama keluarga.
Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di kawasan ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.
1. Dataran Penggaram
Pemandangan di sekitar dataran ini buatkan kedatangan anda tetap berbaloi, lebih – lebih lagi pada waktu malam, waktu ketika mana cahaya lampu neon dari pokok – pokok menceriakan suasana persis di I-City Shah Alam. Kemeriahan di sini tambah tambah lagi dengan banyak penganjuran acara seperti pameran, ceramah, persembahan kebudayaan dan banyak lagi.
2. Wet World Batu Pahat
Siapa yang tak suka mandi – manda? Lagi syok kalau setiap kali melancong ke satu – satu tempat, anda cuba setiap taman tema airnya, barulah lengkap ‘portfolio’ mandi manda anda sekeluarga. Tidaklah sebesar Sunway Lagoon tapi tetap lengkap dengan banyak tarikan yang pasti buatkan anda sekeluarga gembira.
3. Taman Botani
Kaitannya dengan Taman Botani yang berada di Sri Medan ini adalah kerana di sinilah lokasi rakaman filem legenda ini. Lihat sahaja pemandangan yang ditunjuk di Taman Botani ini, tidak hairan lah ia telah menjadi lokasi pilihan. Cukup indah dan mendamaikan jiwa.
4. Pantai Minyak Beku
Sepanas-panas terik mentari yang menjadi bebelan ramai, keindahan cahayanya jika dilihat pada waktu yang tepat buatkan segala masalah lenyap dari ingatan. Di mana dapat anda melihat keindahannya ini kalau tidak di pantai dengan lautan yang memancarkan cahaya mentari ibarat lukisan di galeri.
5. Asam Pedas Mak Limah
Asam pedas Batu Pahat di Restoran Asam Pedas Mak Limah ini boleh dikatakan salah satu kedai legend bagi penduduk setempat dan orang luar. Hidangan asam pedas di sini yang menggunakan ikan merah punyai keunikan rasa rempah dan kelazatannya yang tersendiri.
6. BP Walk (Batu Pahat Walk)
BP Walk ataupun Batu Pahat Walk adalah kawasan yang berada di sekitar Jalan Rahmat. Bagi anda yang ‘burung hantu’ ataupun tercari – cari tempat makan pada waktu malam, di sinilah salah satu lokasi yang boleh disinggahi. Bukan main banyak gerai makan yang ada di sepanjang jalan ini tau.
7. Old Street Batu Pahat
Wahai instagrammers yang tegar, inilah heaven untuk anda mendapatkan foto -foto yang hebat sewaktu bercuti di Batu Pahat. Berlokasi di Old Street Batu Pahat, di atas bumbung bangunan ini ada sebuah taman yang dihias cantik yang diberi nama Sky Garden Old Street. Selain taman yang indah, di bahagian atas bumbung ini juga terdapat banyak restoran yang dihias dengan penuh kreatif.
8. Tugu Batu Pahat
Tugu yang menjadi lambang Batu Pahat ini berdiri dengan megah ini di Dataran Penggaram. Lokasi ini miliki rekaan yang cukup unik menggambarkan nama ‘Batu Pahat’ itu sendiri dengan tangan yang tergantung dan memegang pahat. Untuk pengetahuan anda, nama Batu Pahat dipilih untuk menjadi nama daerah ini kerana peristiwa yang disebut berlaku pada tahun 1456.
9. Pantai Punggur
Terletak dalam sekitar 30 km dari Batu Pahat, namun ianya ambil sedikit masa untuk sampai ke Pantai Punggur ini. Perjalanan terasa terbayar dengan pemandangan menakjubkan yang terhidang di depan mata lebih – lebih lagi pada waktu matahari terbenam.
10. Hutan Lipur Soga Perdana
Hanyalah 3 km dari Bandar Batu Pahat, Hutan Lipur Bukit Soga Perdana adalah hutan simpan yang miliki taman rekreasi yang lengkap dengan banyak kemudahan seperti trek jogging, tandas dan pondok rehat. Pemandangan dari menara ini sungguh indah, dapat dilihat di sini adalah keindahan yang flora menghijau.
11. Ladang Nanas (Kg. Parit Tengah)
Ladang nanas yang berada di Kampung Parit Tengah ini adalah ladang yang terbesar di Asia Tenggara dan juga yang ketujuh terbesar di dunia. Tidak terlihat penghujungnya. Antara jenis nanas yang diusahakan di sini adalah dari jenis Josaphine dan juga Morris.
12. DIY Playground
Cukup mengagumkan betapa banyak sekali benda menarik yang boleh dihasilkan dengan barang kitar semula dan salah sebuah lokasi untuk anda menyaksikannya adalah di DIY Playground. Kerana keunikannya, DIY Playground turut dilawati oleh banyak pelancong dari luar negara.
13. Taman Rekreasi Tasik Y
Simple sekali nama yang diberi, Taman Rekreasi Tasik Y. Ini kerana, taman ini nampak seperti bentuk Y jika dilihat dari sudut pandangan burung yang berterbangan di awan. Dahulunya adalah tapak perlombongan, taman ini kini menjadi sebuah taman rekreasi yang dilawati ramai orang untuk beriadah di waktu petang dan di hujung minggu.
Diharapkan artikel tempat menarik di Batu Pahat ini dapat bantu anda sekeluarga untuk rancang sebuah percutian yang terindah dalam memori. Dalam membuat perancangan percutian, jangan lupa untuk layari Booking.com untuk dapatkan harga yang terbaik bagi banyak hotel menarik yang terdapat di sekitar Johor. Selamat bercuti ke Batu Pahat!