13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Kepala Batas, Pulau Pinang | Khalifah Media Networks – Kepala Batas, sebuah bandar yang berada di utara negeri Pulau Pinang. Walaupun Kepala Batas ini juga ada di negeri Kedah tetapi Kepala Batas di Pulau Pinang ini berbeza kerana ia amatlah popular dengan banyak pusat pengajian seperti Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Uninversiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Bertam dan banyak lagi. Dekat sini juga, terdapat banyak tempat kafe menarik untuk anda cuba.
Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Kelapa Batas, Pulau Pinang ini.
1. NUHAYRA BREW & NUHAYRA PRETTY LEAF – KAFE
Kalau anda seorang yang sukakan bunga dan juga kopi, maka Nuhayra Brew & Nuhayra Pretty Leaf adalah jawapannya. Nuhaywa Brew adalah salah satu hidden cafe yang masih ramai tak tahu akan kewujudannya. Seiring dengan namanya, kafe ini dihiasi dengan pelbagai jenis pokok dan bunga yang cukup cantik untuk anda lihat sambil menikmati hidangan yang ada disini. Sememangnya best. Dekat sini, mereka ada menyediakan pelbagai jenis menu. Antaranya ialah Strawberry Cranberry, Rose Latte, Salteed Caramel Latte dan banyak lagi. Pasti anda akan suka punya. Tak percaya? Cuba rasai sendiri pengalamannya.
108G, Jalan Serdang 1, Taman Seri Serdang, 13100 Kepala Batas, Pulau Pinang dan dibuka setiap hari kecuali Ahad pada 8:30 pagi hingga 11:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-2705105.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/NuhayraPrettyLeaf/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/nuhayrabrew/
2. THE ORANGE HALL CAFE – KAFE
Lapar tapi tak tahu nak pergi dekat mana? Anda boleh singgah di The Orange Hall Cafe ini. Untuk pengetahuan anda, The Orange Hall Cafe ini adalah juga salah satu kafe yang masih ramai tak tahu lagi. Dekat sini, mereka ada menyediakan banyak jenis menu dengan saiz portion yang cukup mengenyangkan! Antaranya Crispy Chicken Burger, Grilled Chicken Fat, Spaghetti Carbonara, Nasi Lemak dan banyak lagi. Bukan setakat besar dan sedap, harga yang ditawarkan pun cukup mampu milik, suasana dan perkhidmatan disini pun memang terbaik! Haa, nampak menarik bukan? Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!
46 ground Floor, Jalan Dagangan 3, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Penang dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 11 pagi hingga 10:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-21874900.
3. CHOPIS CAFE – KAFE
Kalau anda mencari tempat yang best untuk melepak bersama kawan dengan makanan sedap dan vibes best, maka Chopis Cafe adalah jawapan untuk anda. Chopis Cafe adalah sebuah hidden cafe yang cukup menarik untuk anda kunjungi. Pasti anda akan suka punya lebih lebih lagi suasana disini cukup tenang, perkhidmatan 5 bintang yang disediakan oleh kakitangan, makanan yang sedap dan harga yang berpatutan. Nampak best kan? Jadi, boleh lah cuba plan datang kesini.
Jalan Maju, Taman Haji Abdullah Fahim, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang dan dibuka pada hari Isnin hingga Sabtu pada 5 petang hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-10746843.
TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@chopiscafe
4. CHEF ZAIN – KAFE
Inginkan makanan ala ala fine dining? Anda boleh cuba di Chef Zain ini. Kalau nak tahu, Chef Zain adalah salah satu kafe yang juga menarik untuk anda singgah. Suasana kafe ini sangat lah selasa ditambahkan pula dengan warm lighting dan hiasan moden yang sedap mata memandang. Bukan setakat itu sahaja, makanan disini juga berbaloi untuk anda cuba kerana mereka memastikan bahan yang digunakan segar, berkualiti dan dimasak sempurna. Pasti anda akan suka punya lebih lebih lagi harga yang ditawarkan pun cukup mampu milik. Selamat mencuba!
45 Jalan Paya Keladi 2 Taman Paya Keladi Kepala Batas, 13200 Seberang Perai, Pulau Pinang dan dibuka pada hari Sabtu hingga Khamis pada 3 petang hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-4959144.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/chefzainpenang/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/thechefzain/
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga kafe menarik di daerah Kepala Batas ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Kepala Batas ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!