13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Bayan Lepas, Pulau Pinang | Khalifah Media Networks – Bayan Lepas adalah sebuah bandar di sebelah selatan Pulau Pinang. Bandar ini adalah kawasan perindustrian yang pesat membangun dan juga popular dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Walaupun Bayan Lepas ini kawasan perindustrian tetapi siapa sangka, bandar ini juga mempunyai tempat makan yang best seperti kafe.

Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana?  Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Bayan Lepas, Pulau Pinang ini.

 

1. BURN OUT CAFE – KAFE

Anda lapar tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, anda boleh kunjungi di Burn Out Cafe ini. Kalau anda nak tahu, Burn Out Cafe adalah salah satu cukup popular di sekitar Bayan Lepas ini. Dekat sini, ada bermacam macam jenis hidangan yang anda boleh cuba seperti Spaghetti Squid Ink Chicken Slice, Potato Wedges, Salmon Pasta, Burger dan banyak lagi. Rata rata pelanggan disini sangat lah berpuas hati dengan kesedapan hidangan, harga yang ditawarkan dan saiz portion yang cukup mengenyangkan. Kafe ini amat lah sesuai untuk anda makan bersama tersayang atau kawan kawan. Memang best!

Lokasi Burn Out Cafe ini di 188, Jalan Sultan Azlan Shah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang dan dibuka setiap hari pada 6:30 petang hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel:  017-6004514.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/burnout.penang/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/burnout.penang/

 

2. BITESHACK CAFE – KAFE

Kalau anda ada di Bayan Lepas ini, jangan segan silu untuk singgah di Biteshack Cafe ini. Biteshack cafe adalah salah satu port lepak yang best dan wajib untuk anda cuba. Mereka ada bermacam macam jenis menu yang anda boleh dapatkan. Sememangnya sedap terutamanya menu signature mereka iaitu Buttermilk Chicken With Rice. Pasti anda akan menjilat jari kesedapan punya. Bukan setakat itu saja, harga pun cukup mampu milik dan berbaloi dengan saiz portion. Fuh, memang terbaik. Jadi, tunggu apa lagi. Cuba lah rasai sendiri pengalamannya.

Lokasi kafe ini di 15-G-14, Bayan Point, Medan Kampung Relau, Kampung Seberang Paya, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang dan dibuka setiap hari kecuali Rabu pada 12 tengah hari hingga 10 malam kecuali Jumaat dibuka pada 3 petang. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-63367633.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/biteshackcafepenang/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/biteshackcafepenang/

 

3. SE’GARIS CAFE – KAFE

Anda seorang coffee lovers? Kalau jawapan anda “Ya” maka Se’Garis Cafe adalah tempat untuk anda. Kalau nak tahu, Se’Garis Cafe ini adalah salah satu cafe yang menjadi pilihan orang ramai untuk mendapatkan secawan kopi. Dikatakan kopi disini sangat lah sedap ditambahkan pula dengan suasana yang cukup tenang. Rata rata pelanggan yang pernah kunjung ke sini juga mengesyorkan kepada orang ramai untuk merasai sendiri pengalamannya. Harga yang ditawarkan pun cukup mampu. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi se’Garis cafe ini di 415 Jalan Besar, Jalan Bayan Lepas, Kampung Bukit, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang dan dibuka setiap hari kecuali Ahad pada 5:30 petang hingga 1 pagi. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 018-9099954.

BUSINESS PAGE: https://segariscafe.com/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/segaris_coffee/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga kafe menarik di daerah Bayan Lepas ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Bayan Lepas ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply