13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Besut Terengganu | Terengganu Darul Iman adalah negeri yang berada di pantai timur semenanjung Malaysia yang kaya dengan khazanah bumi dan laut serta maju membangun dalam banyak sektor. Negeri Terengganu terdiri dari 7 daerah dan Besut adalah salah satu negeri yang menjadi tarikan para pelancong yang datang ke daerah berkenaan.
Keistimewaan yang dapat kita nikmati ketika berada di negeri Terengganu ini adalah pelancong dapat nikmati makanan – makanan laut yang segar. Rata-rata makanan tradisional di Terengganu lebih kepada yang berasaskan ikan, sotong dan udang. Bagaimana pula tempatnya? Pasti anda ingin tahu kan.
Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di kawasan ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.
1. Bukit Keluang
Bukit Keluang di Besut ini miliki tarikan yang tersendiri, yang memukau para pengunjung tempatan dan luar negara dengan keindahan dan keunikan alam semula jadinya. Tempat menarik di Kuala Besut ini membolehkan anda membuat aktiviti pilihan tersendiri seperti memancing, bermain wau dan banyak lagi.
2. La Hot Spring
Antara tempat menarik yang berada di Besut adalah Kolam Air Panas La atau dikenali sebagai La Hot Spring. La Hot Spring ini berada di Jerteh dimana anda akan melalui jalan dari sana terus menuju ke kolam air panas ini. Sambil-sambil menyusuri perjalanan yang agak lama, nikmati lah suasana desa serta kehijauan flora dan fauna yang ada di sekelilingnya.
3. Masjid Kayu Ulu Albab
Tempat yang indah serta serba unik yang melambangkan keagungan dan ketamadunan tinggi islam Nusantara ini juga adalah tempat menarik di Kuala Besut. Masjid ini menawarkan reka bentuk menarik berasaskan seni bina pertukangan Melayu yang di adun dengan ciri – ciri islamik.
4. Pantai Air Tawar
Tempat menarik di Kuala Besut ini adalah tempat rekreasi tepi pantai yang agak menarik untuk di kunjungi jika anda melalui jalan pantai Terengganu Kelantan. Namanya sahaja pantai Air Tawar tetapi airnya masin seperti air laut yang lain. Bukan sahaja aktiviti air boleh anda lakukan, tetapi banyak lagi aktiviti seperti menaiki ATV, menunggang kuda dan juga aktiviti sukan yang lain.
5. Jeti Kompleks Perikanan
Para pengunjung berpeluang ke Jeti Perikanan LKIM di Besut ini kerana ia juga tersenarai sebagai tempat menarik di Kuala Besut untuk anda singgah. Pelbagai hidupan laut di sediakan oleh para nelayan untuk dijual kepada pemborong dan pelanggan. Jeti ini berada di seberang pekan Besut, kedudukannya yang strategik di muka muara dan dekat dengan pekan Besut jadikan jeti ini sangat meriah.
6. Hutan Lipur Lata Tembakah
Hutan Lipur Lata Tembakah berada di Jerteh ini adalah tempat pusat tarikan kepada pengunjung yang sukakan suasana air terjun yang aman dan damai. Bunyi laluan air yang mengalir dari atas bukit dan hirupan udara yang segar membantu anda menenangkan fikiran di sini.
7. Lata Belatah
Seterusnya, tempat menarik di Kuala Besut adalah Hutan Lipur Lata Belatah yang menjadi pintu masuk utama kepada pendaki ke Gunung Tebu. Pelbagai kemudahan disediakan seperti gerai, talak perkhemahan dan tandas yang lengkap dengan kemudahan elektrik.
8. Paragliding di Kota Putera
Paragliding ini telah popular di Malaysia dan dikatakan aktiviti yang patut dicuba oleh semua orang. Kota Putera Paragliding Park ini berdekatan dengan Bukit Keluang Terengganu. Apa yang menarik ialah peminat dengan sukan luncur udara ini boleh berada di awangan dari 300 hingga 500 meter dari paras laut.
9. Pasar Tani
Pasar Tani di Kuala Besut ini sangat luas dan miliki banyak pilihan barang seperti makanan, pakaian, alatan dapur, binatang peliharaan, kraftangan, perabot dan juga perhiasan rumah. Tempat ini beroperasi seawal 7 pagi hingga 12 tengahari. Barangan yang di jual di Pasar Tani ini punyai harga yang murah dan berpatutan.
10. Gunung Tebu
Gunung Tebu adalah sebuah gunung yang berada di Negeri Terengganu, juga dikatakan tempat menarik di Kuala Besut. Kawasan ini punyai ketinggian 1039 meter dan miliki latar belakang Laut China Selatan. Anda dapat melihat keindahan Pulau Perhentian dari Puncak Gunung Tebu.
11. Pulau Perhentian
Ramai yang memilih untuk bercuti di pulau ini kerana lokasi nya yang juga strategik, menyeronokkan, penuh banyak aktiviti dan yang menarik adalah airnya biru dan cantik. Anda boleh snorkeling, scuba, melihat tarian hula dan api pada waktu malam. Bersantai di persisiran pantai dan mandi manda juga menarik untuk dibuat di sini.
12. Turtle Bay 
Turtle bay adalah kawasan yang menjadi habitat utama penyu. Apabila anda kunjung ke kawasan ini, anda akan dapat melihat penyu secara dekat. Kawasan ini adalah sumber makanan penting bagi penyu dan juga miliki peranan sebagai pusat pemuliharaan untuk spesies penyu tempatan.
13. Kincir Angin D’Lagoon
Jika anda hiking ke puncak tertinggi di Perhentian Kecil, anda akan melihat Kincir Angin D’Lagoon yang menjadi tarikan di puncak ini. Selain nikmati pemandangan laut dari puncak, anda akan jumpai kincir angin ini sebagai pusat pemerhatian di seluruh pulau, dengan pemandangan seluas 360 darjah.
Gunakanlah peluang dengan lawati tempat menarik di Kuala Besut ini untuk melihat keindahan dan keunikan lokasi di atas dalam negara sendiri. Rasai sendiri keindahan semula jadi yang ada di sini. Jangan lupa untuk tempah hotel di Booking.com sebelum sampai ke sini. Selamat Bercuti!