13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Kemaman Terengganu | Kemaman adalah satu daerah yang agak besar yang berada di selatan Negeri Terengganu dan bandar utama pula adalah Bandar Chukai yang berada berhampiran dengan Cherating, Pahang. Jarak dari Bandar Chukai ke Kuala Terengganu kira – kira 200 km dan jarak ke Bandar Kuantan pula sekitar 70 km.

Terdapat banyak tempat menarik di Kemaman seperti kawasan pantai, pedalaman dan kaki bukit untuk anda jalan – jalan di sekitar. Tambahan pula, mukim Kemaman Terengganu terdiri dari 11 kawasan. Antara mukim yang dikenali sebagai tempat tumpuan pengunjung ialah Chukai, Binjai, Kemasik, Kerteh dan Kijal.

Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di kawasan ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.

1. Warung Aziz Satar

Kalau ke tempat menarik Kemaman Terengganu, tidak sah jika tidak mencuba makanan tradisionalnya iaitu satar. Warung Aziz Satar yang terkenal dengan makanan satar menjadi ia sebagai tarikan utama pengunjung dari luar negeri untuk mencuba. Selain itu, warung ini menjadi tumpuan pengunjung kerana harga makanan yang amat berpatutan.

2. Pantai Teluk Mak Nik

Pantai Teluk Mak Nik atau nama lainnya yang menjadi sebutan orang ramai iaitu Monica Bay, salah satu tempat best ala-ala pantai overseas. Tempat menarik di Kemaman ini amat sesuai untuk aktiviti santai bersama keluarga atau sahabat karib pada waktu petang kerana ada wakaf yang disediakan.

3. Warung Otak-Otak Che Wan

Anda mencari tempat makan best di Kemaman? Jom ke Warung Otak-Otak Che Wan yang menjual banyak menu masyarakat setempat dan boleh anda nikmati di wakaf tepian pantai. Antara makanan yang disajikan ialah satar, pais, otak – otak, pulut panggang, mee chalong dan banyak lagi. Semestinya menyelerakan!

4. Warung Satar Kak Nab Kuala Kemaman

Berbagai pilihan gerai yang menjual satar namun tidak kurangnya Warung Satar Kak Nab Kuala Kemaman yang menyediakan satar Kemaman yang enak. Namun begitu, makanan istimewa yang pengunjung wajib cuba yang tidak ada di gerai – gerai lain ialah Paun Ubi Kayu. Ia adalah signature dish di sini.

5. Maggi Ketam Bistro Kemaman

Anda penggemar makanan laut seperti ketam nipah? Jom singgah ke Maggi Ketam Bistro Kemaman yang menjamin kesegaran makanan lautnya 100%! Selain itu, ketam nipah masak maggi dan masak lada adalah juadah yang popular dalam kalangan pengunjung yang hadir. Dalam pada itu, pengujung boleh memilih ketam yang diinginkan mengikut kehendak saiz dan bajet sendiri.

6. Muzium Kemaman

Muzium Kemaman adalah muzium negeri di Terengganu yang diwujudkan pada tahun 2012. Meskipun muzium 2 tingkat ini tidak lah sebesar mana, namun ia padat dengan banyak informasi berkenaan negeri Terengganu. Selain itu, informasi tentang tokoh – tokoh, pembesar, fakta dan sejarah Terengganu turut dipamerkan di sini.

7. Restoran Ani Selera Kampung

Restoran Ani Selera Kampung atau Kedai Nasi Budu adalah lokasi terbaik untuk makan tengahari di bandar Kemaman ini. Selain itu, lauk pauk selera kampung yang disediakan serta berada berhampiran dengan Sungai Kemaman buatkan feel kampung benar – benar terasa. Tambahan pula, menu pantai timur seperti singgang, gulai dan ulam budu adalah menu popular dalam kalangan pengunjung yang menjamu selera.

8. Kedai Keropok Lekor Cap Delima

Selain satar, kerepok lekor Kemaman turut menjadi sebagai ole-ole untuk pengunjung bawa pulang. Kerepok Lekor Cap Delima adalah kedai keropok lekor Kemaman yang terkenal di sini. Antara menu berasaskan keropok lekor yang boleh anda dapati ialah jenis besar, frozen, vacuum, cheezy cheese, cheese ball dan satar frozen.

9. Pasar Besar Kemaman

Pasar Besar Kemaman atau dikenali Pasar Besar Chukai adalah pasar terbesar di Kemaman yang menyediakan keperluan harian penduduk setempat. Selain itu, kebanyakan barang dagangan yang dijual di sini ialah barangan basar yang segar dan barangan kering. Di samping itu, makanan tradisional orang Terengganu serta barangan kraftangan boleh ditemui pengunjung di pasar ini yang dibuka setiap hari.

10. Pantai Chendor

Pantai Chendor ialah pantai yang berada di sempadan antara dua negeri iaitu Terengganu dan Pahang. Selain itu, tempat menarik di Kemaman ini amat cantik dengan keindahan pasir pantai yang putih dan halus serta bayu laut yang menenangkan. Pengunjung boleh nikmati makanan yang dijual di gerai berhampiran.

11. Restoran Terapung Bakau Tinggi

Mencari tempat makan malam yang best di Kemaman? Jom dinner di Restoran Terapung Bakau Tinggi atau 3K Café yang terapung di atas Sungai Chukai. Restoran berlatar belakangkan sungai dan pohon – pohon hijau ini menyajikan banyak menu menarik untuk pengunjung. Antaranya ialah masakan panas, ikan bakar, western food dan banyak lagi yang dijamin sedap dan menyelerakan.

12. Keladi Western Hut

Anda punyai alahan terhadap makanan berasaskan ikan dan seafood? Keladi Western Hut adalah lokasi ideal untuk anda menjamu selera. Tempat makan menarik di Kemanan ini berasaskan makanan barat ini menyajikan banyak menu makanan barat yang best dengan harga mesra rakyat. Antaranya ialah pasta, chicken chop, lamb chop dan banyak lagi untuk anda membuat pilihan.

13. Kijalena Beach B&B

Mencari tempat penginapan yang lain dari yang lain bersama pasangan anda? Kijalena Beach B&B adalah lokasi ideal untuk bercuti. Rumah penginapan mini ini terletak strategik di pesisiran pantai Kuala Kemaman yang jauh dari kesibukan kota. Terdapat 4 bilik tidur yang disediakan di mana 3 darinya adalah bersaiz standard dan kolam renang.

 

Banyak bukan tempat menarik yang ada di Kemaman? Kalau anda mencari penginapan yang betul – betul selesa dan bertaraf 5 bintang di dalam daerah Kemaman, anda juga boleh lihat di Booking.com. Sekiranya anda ingin mencari penginapan yang lebih murah, pilihan hotel bajet lebih banyak di sekitar Bandar Chukai dan sekitar Pantai Cherating. Selamat Bercuti!

Share.

Leave A Reply